Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

JOM TANAM POKOK KURMA...

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, November 10, 2010

JOM TANAM POKOK KURMA...























Kali ini kita akan berkongsi cerita mengenai tanaman pokok kurma...
Pokok kurma,,, atau nama latinnya Phoenix dactylifera,,, adalah tanaman yang tumbuh di daerah beriklim panas... Tanaman ini berasal dari sekitar Teluk Parsi dan buahnya telah dijadikan sebagai makanan serta bahagian-bahagian lain pokok juga telah dimanfaatkan oleh masyarakat di Timur Tengah sejak berkurun lamanya...

Tetapi
tahukah kita di Malaysia pokok kurma pun boleh hidup subur dan mengeluarkan hasil... Sudah ada projek tanaman kurma di buat di beberapa tempat di Malaysia dan negara-negara asia tenggara lain,,, dan hasilnya pun lumayan... InsyaAllah,,, bersama kita kongsi satu maklumat dari pembacaan dan dari beberapa artikel panduan penanaman kurma yang dibuat di Malaysia...

Pertama sekali,,, bagaimana hendak menanam pokok kurma??? Jawapannya ada dua kaedah penanaman kurma,,, iaitu:


A) Menanam pokok kurma dari anak kurma...

Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa... Lagi tua lagi banyak...

Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain...

Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa... Jadi kenalah hati-hati ketika kerja pengorekan dan pemindahan anak benih... Agar agar pokok induk dan anak tidak rosak berlebihan...

Menurut sesetengah pendapat ahli dalam bidang penanaman kurma ini,,, dikatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah...

Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan...

Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma,,, ia mestilah dibekalkan dengan air secukupnya... Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini mudah terputus semasa kerja-kerja pengorekan dan pemindahan anak benih...

Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah... Guni yang direndam air sebelum dibalut pada akar pokok dan sentiasa disiram...

Atau dengan cara lain iaitu dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh...

Sekiranya kita memilih untuk menanam anak-anak kurma,,, sebaik sahaja ia dipisahkan, dari induk,,, adalah sangat perlu untuk menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. (sentiasa lembap).. Pastikan tanah sekitar anak pokok kurma yang baru ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan...


B) Menanam pokok kurma menggunakan biji benih...

Macamna hendak dapatkan biji-biji kurma??? Mudah je,,, kita boleh dapatian dari buah kurma yang kita makan dari pasaran,,, tetapi hendaklah dari kurma jenis yang kering (tamar)... Kerana bijinya telah matang,,, kurma segar dan bertangkai tidak sesuai... Jadi biji kurma kering (tamar) bolehlah diambil dan diasingkan dari isi bagi tujuan penyemaian...

Terdapat beberapa jenis kurma yang popular dan biasa dibawa pulang dari tanah Arab iaitu dari jenis ajwah dan ambar...


Rahsia pendebungaan...

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina... Kedua-dua jantina pokok kurma ini menghasilkan bunga...

Satu fakta tentang pokok kurma adalah,,, bunga-bunganya tidak menghasilkan bau dan rasa... Jadi,,, serangga dan lebah tidak dapat membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma...

Oleh itu,,, kaedah pencantuman bunga jantan dan bunga betina haruslah dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan...

Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga...

Proses pendebungaan boleh dibuat pada hari ketiga hingga hari ke-30 setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok...


Macamna hendak membuat proses debunga daripada bunga jantan???

Bagi persoalan ini,,, ada beberapa langkah yang yang boleh diikuti...

Langkah pertama,,, kita hendaklah membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah... Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga... Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas tempat yang kering...

Langkah kedua,,, setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai,,, goyangkan bunga kurma jantan tadi diatas bunga betina atau dalam bekas bagi mendapatkan debunga kurma jantan untuk percantuman...

Bunga-bunga kurma jantan boleh dibahagikan kepada dua bahagian... Di mana,,, sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina...

Langkah terakhir,,, setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar... Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil...


2 ulasan

  1. Klasik Niaga Says:
  2. Dapatkan Tips PERCUMA Cara 'Make Over' POKOK KURMA Anda yang Udoh Lama Hidup tapi Idok Berbunga, Apatah Lagi Berbuah!

    Singgah ziarah di :
    Moh Le Singgah...!
    http://cnccrew.blogspot.com ATAU via
    http://kwaleshop.blogspot.com

     
  3. Unknown Says:
  4. INGIN PETIK DAN MAKAN BUAH KURMA SEGAR DARI POKOK...???
    INGIN MENGAMALKAN SUNNAH NABI...???
    JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA...!!!
    80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
    BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM...!!!
    TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
    PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
    MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN...!!!
    TEL/WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921

     

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani