Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

JAGUNG DAN AYAM...

Dicatat oleh ELYAS Saturday, March 19, 2011 0 ulasan


Assalamualaikum... Sekadar merehatkan otak,,, selepas sibuk dengan kerja-kerja di Qudrifaram... Baru-baru ini ada perancangan untuk penanaman jagung dan buah naga... Sambil mencari bahan-bahan tentang penanaman jagung,,, terjumpa pula aku cerita-cerita yang boleh dimuatkan dalam senyum kambing... Ini mungkin cerita pertama mengenai jagung:

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang???

Lelaki : Ya doktor...
Doktor : Siapa kamu sebenarnya...
Lelaki : Saya ini manusia doktor...
Doktor : Ya ke? Bukan jagung???
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor...
Doktor : Kamu takut dengan ayam???
Lelaki : Tidak doktor...
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh...
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan...
Doktor : Apa dia???
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia...
Doktor : "??$$??"....................


BERTANI SATU IBADAH

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, March 8, 2011 0 ulasan


ASSALAMUALAIKUM,,, entri kali ini adalah penerbitan semula petikan dari ucapan YAB Menteri Besar Kelantan semasa merasmikan Ekspo Pertanian Kelantan 2010 pada 27 April 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad keIV.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dia-lah, yang Telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”Surah an-Nahl, ayat 10-11.

Islam telah berkembang dan tersebar secara meluas sekali ke seluruh pelusuk dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sehingga menjangkau ke Sepanyol dan Perancis di Barat, dan menjangkau ke China serta Filipina di Timur. Para pendokoong dan pejuang Islam yang membawa tamadun Islam ke tempat-tempat ini, bukan sahaja arif dalam bidang agama, tetapi telahpun menerap dan meneroka pelbagai ilmu baru.

Daripada orang-orang Arab Jahiliyyah, yang cuma tahu menggunakan unta dan kuda untuk merentasi padang pasir, mereka sudah menjadi satu bangsa yang tahu menyeberangi laut dengan menggunakan Celestial Navigaton, tahu mencipta dan menggunakan kompas, memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang astronomi, architecture, berkemampuan mengubati pelbagai jenis penyakit, mempelopori kepakaran dalam bidang pembedahan untuk tujuan perubatan, menggunakan logam, mencipta ilmu hisab baru termasuk algebra serta bermacam-macam lagi ilmu selepas memeluk agama Islam.

Jelas sekali Islam telah membuka minda dan mata hati masyarakat Arab Jahiliyyah yang memeluk Islam sehingga mereka menjadi bangsa yang bertamadun. Syahadah yang mereka lafazkan menanam pasak keyakinan kepada hari akhirat namun tidak menghalang mereka berusaha bersunguh-sungguh meneroka ilmu dunia. Di dalam banyak-banyak ilmu yang diterokai oleh orang-orang Islam ialah ilmu pertanian.

Di dalam ayat, tadi Allah SWT telah menyatakan kuasa-Nya yang menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi yang kering kontang sepeti zaitun, kurma dan anggur. Ayat-ayat seperti ini secara tidak langsung merupakan gesaan kepada setiap pembaca al-Quran untuk mengkaji dan menerokai ilmu pertanian.

Di dalam sejarah, inovasi pertanian diperkenal oleh jurutera dan peladang Muslim seperti bentuk baru penyewaan tanah, pembaikan dalam penyaliran, pelbagai kaedah pengairan yang moden, pengenalan baja dan sistem pengaliran yang meluas serta pembangunan sistem penyaliran berasaskan aliran graviti dari sungai dan mata air.

Berdasarkan catatan sejarah dan para ilmuwan termasuk dari Barat, sistem pertanian pada era Kerajaan Islam Sepanyol merupakan sistem pertanian yang paling canggih yang pernah disusun oleh kecerdikan manusia. Ini kerana budaya ilmu yang ada di dalam Islam telah menghasilkan banyak perubahan. Pada masa itu, seluruh Eropah sedang bergelut dengan isu perhambaan, namun tanah di bawah kekuasaan Islam mengalami kemajuan pesat di bidang pertanian. Inilah hasil daripada anjuran Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah” (Hadis riwayat Bukhari)

Di pihak kerajaan, ke arah meningkatkan lagi kesedaran masyarakat agar mendalami ilmu pertanian serta meningkatkan hasil keluaran, kita telah melancarkan visi Kelantan Jelapang Makanan Negara. Visi ini digarap berasaskan cita-cita untuk menjadikan Kelantan akan menjadi pengeluar terbesar makanan di Malaysia. Kerajaan Kelantan dalam menjayakan usaha menjayakan visi ini akan menggerakkan seluruh sektor pertanian untuk lebih agresif dan mampan, memanfaatkan bumi Kelantan untuk memberi sumbangan terbesar dari segi pengeluaran pertanian KDNK di Malaysia.

Justeru, sesuai dengan sasaran Malaysia untuk mengurangkan pergantungan import makanan Kelantan akan berusaha menjadi Jelapang Makanan Negara di dalam membekalkan makanan yang berasaskan pertanian yang halal dan bersih.

Di dalam menjayakan visi ini juga, Kerajaan negeri telah meletakkan sasaran untuk mencapai tahap KDNK sebanyak 3 billion pada tahun 2015. Menurut rekod, pada tahun 2006, pencapaian KDNK sektor pertanian negeri Kelantan ialah sebanyak 1.61 billion manakala pada tahun 2007 pula sebanyak 1.87 billion iaitu meningkat sebanyak 15.3%. Ini melebihi pertumbuhan sektor pertanian di peringkat nasional iaitu hanya 1.4% sahaja. Berasaskan pencapaian ini, saya optimis dengan usaha berterusan dari semua pihak, cita-cita untuk mencapat 3 billion pencapaian KDNK sektor pertanian pada tahun 2015 tidak mustahil menjadi kenyataan.

Slogan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri merupakan satu gagasan yang dibentuk berasaskan cita-cita murni untuk melihat para petani berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan daya usaha dan pengeluaran. Ini akan dapat dicapai sekiranya golongan petani ditanamkan dengan kefahaman bahawa bertani bukan sahaja menjadi satu punca pendapatan bahkan ia juga merupakan satu ibadah tanda pengabdian kepada Allah SWT. Betapa mulianya kerja seorang petani sehingga disebut oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

Seorang lelaki daripada ahli syurga memohon kepada Allah SWT untuk bertani, lalu Allah SWT bertanya kepadanya : Bukankah kamu mendapat segala yang kamu hajati? Dia menjawab : Ya, tetapi aku suka untuk bertani. Lalu dia menaburkan benih dan tumbuh dalam sekelip mata, sehingga membesar seperti bukit. Lalu berfirman Allah SWT : Makanlah tanamanmu wahai anak Adam kerana kamu tidak kenyang daripada menikmati nikmat itu” Riwayat Bukhari.

Demikianlah mulianya kerjaya seorang petani sehingga diberikan keizinan oleh Allah SWT kepada mereka untuk bertani di dalam syurga. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani