Hari ini

Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

“Dalam dusun kita rumput pun boleh dimakan…” 

AYAM, ITIK DAN AYAM MUTIARA SEBAGAI EJEN KAWALAN BIOLOGI DI QUDRIFARM

Kesedaran awal tentang bahaya baja dan racun kmia selalu diingatkan kepada kami semasa kecil… Ayahanda selalu menyebut dan mengingatkan kami bahawa “Dalam dusun kita rumput pun boleh dimakan…”  Kami dari kecik diajar untuk menebas atau memotong rumput dengan mesin dan sekali-kali tidak boleh menggunakan racun…

Sebagai petani kecil-kecilan usaha pertanian organik ini mungkin hanya dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar sahaja… Tetapi  sedikit perkongsian ini mungkin adalah lebih luas hasilnya untuk dimanfaatkan bersama…

Apa yang dipraktikkan di QudRiFaRm dalam mengawal rumpai dan serangga perosak selain menebas dan memotong rumput???

Mungkin teman-teman di laman facebook dan page QudRiFaRm merasa hairan atau menganggap sebagai ia sebagai rojak apabila melihat gambar dan aktiviti yang dikongsikan kadang-kadang bercampur-campur antara ternakan dan tanaman…  Kadang-kadang gambar dan cerita yang dikongsi adalah  ayam,,, itik atau ternakan,,,, dan kadang-kadang pula segala macam pokok-pokok dan tanaman… Kenapa???

Sebenarnya itulah maksud  yang hendak saya kongsikan disini antara kegunaan dan peranan yang dimainkan oleh setiap ternakan dan tumbuhan dalam ekosistem… Setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t kepada kita sepatutnya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya…

Kesedaran kita juga penting supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bahan-bahan yang boleh mencemari diri kita secar tidak kita sedar… Berapa banyak bahan-bahan kimia dan merbahaya dalam daging,,, ayam dan itik yang kita makan??? Berapa banyak pula dalam sayur-sayuran yang kita anggap perlu untuk kesihatan tetapi sebenarnya telah dicemari racun-racun kimia merbahaya???

Sebenarnya setiap tanaman dapat dimanfaatkan untuk ternakan atau tanaman lain yang kita usahakan dan sebaliknya juga peranan ternakan untuk tanam-tanaman kita…

Kami di QudRiFaRm  telah memanfaatkan ternakan seperti  ayam,,, itik,,, dan ayam mutiara (ternakan ruminan dll juga) sebagai agen kawalan biologi yang paling berkesan  dalam mengawal serangga,,, siput dan rumpai sejak diusahakan pada tahun 1980 lagi…

Kawalan biologi merupakan satu kaedah jangka panjang dalam memastikan sumber dan hasil kebun yang diperolehi bebas baja kimia dan racun kimia yang memudaratkan diri kita secara perlahan dan tidak disedari…
 
Biarpun sedikit usaha kita walaupun hanya bertani di kawasan rumah atau terhad penggunaan baja dan racun kimia patut dielakkan sebolehnya…

Ayam mutiara dipilih kerana keberkesanannya untuk kawalan serangga dan tidak mengganggu tanaman,,, buah-buahan dan semaian di kebun... Ayam mutiara juga kurang merosakkan buah-buahan berbanding ayam kampong… Sifat aktif dan riuh rendah ayam mutiara dalam kebun juga menjadikan suasana dusun tidak sunyi dan amaran awal bagi pencerobohan orang luar,,, anjing,,, musang atau ular di dalam kebun atau dusun tidak kira siang atau malam… Ayam mutiara juga merupakan peronda yang aktif tak kira tempat samada kawasan padang yang lapang atau semak samun yang terlindung… Kadang-kadang sampai atas bumbung stor dan bangsal reban pun boleh jadi tempat untuk meronda…


Itik (angsa,,, nila,,, kampung) pula dilihat lebih suka dalam memburu  serangga seperti lalat atau serangga yang merayap perlahan seperti siput… Keberkesanan itik dalam kawalan siput diperakui oleh banyak pekebun organic… Tak kira samada siput-siput di darat ataupun dalam air habis disudunya… Rumput rumpai yang berada di dalam kolam atau longkang juga dapat dikawal oleh itik secara organic selain peranan ikan-ikan yang diternak…

Bagi ayam kampung yang banyak dipelihara oleh petani,,,ia sebenarnya telahpun diketahui umum dapat dimanfaatkan untuk penghasilan baja organic yang subur untuk tanaman… Sifat yang lebih cenderung untuk meneroka kawasan belukar atau berhampiran rumah menjadikan ayam kampong lebih jinak dengan kita berbanding ayam mutiara… Namun ayam kampung dapat memberikan kawalan dalam kawasan yang lebih luas berbanding itik untuk kawalan siput,,, serangga perosak dan rumpai… Sifat ayam kampung yang hampir sama aktif  dengan ayam mutiara juga kadang-kadang menjadikan mereka gabungan satu kumpulan yang besar apabila meronda bersama-sama dalam kawasan kebun atau dusun…


Selain sebagai agen kawalan serangga dan biologi,,, ternakan ayam ayam,,, itik dan ayam mutiara juga dapat memberikan hasil sampingan untuk sumber makananyang sihat dan selamat seperti daging dan telur… 

SEDIKIT USAHA DAN KESEDARAN KITA SEBENARNYA BANYAK MEMBANTU DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN… InsyaAllah…

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Jejak Usahawantani