Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

SELAMAT DATANG KE TAPAK SEMAIAN HERBA @QUDRIFARM

Dicatat oleh ELYAS Sunday, December 6, 2015 0 ulasan

PELAN KE TAPAK SEMAIAN POKOK-POKOK HERBA QudRiFaRm...



Tapak semaian herba QudRiFaRm terletak di kampung Kubang Bemban, Tandop Besar Kuala Nerang, Negeri Kedah Darul Aman... Iaitu terletak di dalam daerah Padang Terap,,, Kedah...

Terdapat pelbagai jenis semaian herba yang dapat anda perolehi dari sini samada untuk kegunaan,,, koleksi dan pendidikan... Pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Syed Elyas 0195671963...




Ramai di antara kita bergelut dengan kesan dari jerebu seperti  gatal kulit,,, pedih dan gatal mata,,, sakit tekak dan asma... Jerebu pasti akan mengurangkan  aktiviti kita di luar... Kalau di luar langkah yang biasa diambil adalah memakai topeng muka...

Jadi pilihan kita tentulah menghabiskan lebih banyak masa di dalam bangunan samada rumah,,, pejabat atau tempat tertutup...

Tahukah kita??? Rumah,,, pejabat atau tempat tertutup samaada ianya baru atau lama,,, ianya juga boleh menyimpan toksin yang tidak sihat dan yang tidak kelihatan... Sebatian-sebatian kimia yang biasanya dijumpai di dalam bangunan adalah dari pelepasan kimia dari bahan cat,,, plastik,,, permaidani,,, alat pencuci dan banyak lagi... Tiga bahan kimia utama yang biasanya terdapat di dalam bangunan ialah:

Formaldehyde dari permaidani,,, gam,,, cat dan banyak lagi

Benzena dari bahan plastik,,, serat sintetik,,, minyak pelincir,,, getah,,, racun perosak  dan banyak lagi

Trichlorethylene dari pelarut  cat,,, larutan pembersihan permaidani,,, pelekat  dan banyak lagi

Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pakar dari agensi tempatan dan antarabangsa menunjukkan bahawa tanaman di dalam ruang bangunan adalah sebagai salah satu cara untuk membersihkan udara dalam ruang tersebut... Sebagai sebahagian hasil daripada kajian itu,,, mereka mendapati beberapa tumbuh-tumbuhan yang sesuai ditanam di dalam bangunan sebagai penapis sebatian organik meruap (VOCs- volatile organic compounds) iaitu:

1. Peace Lily (Spathiphyllum)
2. Dracaena (Dracaena)
3. Golden Pothos (Epipremnum aureum)
4. Rubber Plant (Ficus elastica)
5. Areca Palm (Chrysalidocarpus lutescens)
6. Spider plant (Chlorophytum comosum)
7. Lidah Jin, mother-in-law’s tongue (Sansevieria)
8. English ivy (Hedera helix)
9. Weeping fig (Ficus benjamina)
10. Aloe (Aloe vera)

Petua: Dalam kawasan seluas 2,000 kaki persegi,,, 15 hingga 20 pasu tumbuh-tumbuhan 6 inci atau lebih besar boleh digunakan... Sebelum membeli,,, dapatkan maklumat tentang mana-mana tumbuh-tumbuhan berbahaya kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan jika ditelan atau terkena pada kulit...


Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.



KAMI DI QUDRIFARM TIDAK MENEBANG POKOK DAN MENYIMPAN LOG KELULUT UTK TUAIAN MADU... SEMUA MADU ADALAH ASLI DARI POKOK2 BESAR YANG DIAMBIL DALAM HUTAN SEJAK TURUN TEMURUN LAGI... KECUALI BEBERAPA LOG SARANG YG DISELAMATKAN DAN DISIMPAN DI DUSUN...

Pokok Guncaq / goncaq (Antidesma ghaesembilla) @QudRiFaRm

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, September 9, 2015 0 ulasan

Pokok Goncaq / guncaq / guncar / gucil (Nama Botani: Antidesma ghaesembilla) tumbuhan liar yang semakin tidak dikenali oleh generasi sekarang… Dulu-dulu di bawah pohon goncaq yang teduh dan rendanglah tempat budak-budak kampung bermain…

Teduhan pokok goncaq jadi tumpuan burung dan juga kami apabila mula musim berbuah… Menjadi lokasi wajib kami untuk melastik burung atau kutip buah yang masam-masam manis sambil berjalan ke batas bendang bersama kawan-kawan… Dahan dan batang pokok goncaq juga merupakan bahan bakar yang tahan lama dan menjadi pilihan orang dulu sebagai kayu api dan untyuk membuat arang kayu…

Pokok goncaq boleh mencapai ketinggian sehingga 6-8 meter tinggi… Namun ia tetap boleh ditanam dalam pasu sebagai tanaman hiasan (bonsai) yang cantik disamping sebagai sumber ulam segar di laman rumah… Menjadi kegemaran kami sekeluarga juga untuk mengambil pucuk goncaq yang ditanam ayahanda dalam pasu sebagai ulam… Rasa pucuk goncaq juga masam-masam tetapi lemak,,, memang sedap sebagai ulam cicah sambal belacan…

Buah goncaq juga boleh digunakan sebagai perasa untuk memberi rasa masam dalam masakan dan juga minuman… Bolehlah cuba klau buat masak lemak atau asam pedas… Dari satu sudut pula,,, apabila orang dulu-dulu suka guna sesuatu pokok mesti ada kelebihannya… Kita mesti rajin bertanya atau belajar ,,, kalau sekadar mencari ikut google atau internet nasib la kalau ada ataupun mungkin tidak tepat dari sudut pemahaman kita secara pembacaan sahaja…

Pokok goncaq dilihat sebagai tanaman yang bermanfaat untuk kesihatan bagi masyarakat kampung … Bahagian pucuk dan buah yang diambil dikatakan dapat membuka selera makan (orang demam dan sakit),,, ia juga dikatakan mampu merawat masalah sakit kepala dan migrain…

Manakala bahagian daun yang diramas dan dijadikan sebagai mandian dikatakan dapat mencegah cacar air (campak)…


PERHATIAN: Keterangan kegunaan dan cara guna utk mana-mana herba adalah utk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja… Ia bukan bertujuan sebagai pengganti utk nasihat profesional dalam apa jua bentuk... Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan herba untuk masalah perubatan yg serius… 

Semaian dan koleksi pokok rerama  (Mariposa Christia Vespertillonis) di @QudRiFaRm ... 
Rerama Hijau

HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK HERBA... 

Rerama Merah
KAMI DI QudRiFaRm JUGA ADA MEMBUAT JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK-POKOK HERBA SERTA TANAMAN DAPUR DAN PELBAGAI JENIS BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)...  

Rerama Hijau Tempatan

TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA,,, KEDAH) HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS)  ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... (TIADA PENGHANTARAN DISEDIAKAN)

Rerama Hijau Berbelang

SUP AYAM MULUKHIYA..

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, August 11, 2015 0 ulasan

Sekadar perkongsian resepi mudah dari kebun organik dengan hasil tanaman pokok bayam Arab / Mulukhiya / Molokhia / Muluqiya / ملوخية‎ atau nama saintifik Corchorus olitorius...






Bahan-bahannya:

15-20 kaki ayam / setengah ekor ayam
500 gram daun Mulukhiya segar - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 inci halia - dihiris halus
1 pokok daun sup dan daun bawang - dicincang kasar
Air secukupnya

Cara Masak:

Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang... 

Setelah kaki ayam/ayam agak empuk masukkan daun mulukhiya dan biarkan sup mendidih sehingga menjadi sedikit pekat...

Akhir sekali,,, perisakan dengan garam secukup rasa,,, daun sup dan daun bawang... Tutup api...
Sedia untuk dihidangkan.

Pohon Zaitun (Olea europaea) @qudrifarm...

Dicatat oleh ELYAS Friday, July 24, 2015 4 ulasan


SEKITAR LADANG TANAMAN ZAITUN 
Pohon zaitun (Olea europaea) pohon memiliki sejarah panjang sejak zaman berzaman... 

Merupakan spesies tanaman yang tertua di dunia... Pohon zaitun juga merupakan pohon yg sangat tahan lasak,,, tahan kemarau,,, tahan penyakit dan tahan api serta boleh hidup untuk jangka masa yang sangat lama sehingga lebih seribu tahun... 

Sistem akar yang sangat kuat pada pohon zaitun mampu utk bertunas kembali  walaupun struktur atas tanah pohon telah dimusnahkan...

BUAH ZAITUN YG SEGAR INI MEMILIKI RASA YG PAHIT APABILA DIMAKAN TERUS
Bahagian buah,,, batang dan daun dapat dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan... 

Antara kegunaannya,,, bahagian buah: Menghasilkan minyak zaitun yg amat jernih dan berkilau... Isi buah dijadikan jeruk utk pelbagai menu masakan... 
BAHAGIAN TEMPURUNG BUAH YG MELINDUNGI BIJI BENIH PERLU DIPECAHKAN SEBELUM DISEMAI
Bahagian daun: Dimanfaatkan sebagai menggalakkan kekuatan sistem imun manusia... Boleh dijadikan teh...

Bahagian batang: Dijadikan pelbagai peralatan dan perhiasan utk manusia seperti perabot,,, kelengkapan bangunan dll...

Pohon zaitun juga boleh hidup subur dan ditanam di Malaysia,,, biji benih yg disemai juga telah mula bercambah di @QudRiFaRm selain anak benih yg dibeli  juga menunjukkan perkembangan yang baik...

Semaian Pokok Cha Om di QudRiFaRm

Cha-om,,, petai siam atau nama botaninya Senegalia pennata dipercayai berasal dari tanah besar Asia Tenggara...

Cha-om adalah pokok renek kecil dgn duri pada dahan dan batang... Ia mengeluarkan pucuk baru sepanjang tahun dan paling banyak dalam musim hujan... Pokok Cha Om merupakan sayuran yg sangat digemari di kalangan rakyat Thailand,,, Kemboja dan Laos... Bahagian pokok  yg dimakan adalah pucuk atau daun muda...  

Telur dadar dgn Petai Cha Om ( Gambar Google)
Pengalaman pertama kali makan daun Cha Om adalah sebagai ulam dgn sambal belacan di kenduri kahwin d Padang Sanai Kedah... Pada mulanya sy x menggemari kerana baunya yg kuat seperti petai,,, tetapi selepas cuba baru dpt tahu rasa keenakan dan kelazatan ulam pucuk Cha Om...

Selain sebagai ulam,,, pucuk pokok Cha Om juga boleh digunakan sebagai campuran masakan dgn telur dadar dan lain-lain menu seperti masakan goreng atau berkuah mengikut resepi tempatan... Menu paling popular adalag telur dadar dgn daun Cha Om...


JUALAN ANAK BENIH POKOK PETAI CHA OM DAPATKAN DARI QudRiFaRm (selagi stok masih ada)... 

KAMI DI QudRiFaRm JUGA ADA MEMBUAT JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK-POKOK HERBA  SERTA TANAMAN DAPUR DAN PELBAGAI JENIS BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)...    TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA,,, KEDAH)  

HUBUNGI ATAU  SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS)   ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... (TIADA PENGHANTARAN DISEDIAKAN)

SUSU KAMBING SEGAR UTK KECERGASAN ANDA...

Dicatat oleh ELYAS Saturday, June 13, 2015 0 ulasan

Dapatkan susu kambing segar untuk kecergasan anda sepanjang Ramadhan ini dari QudRiFaRm... 

Sebotol RM6.00 / 200ml Pasteurised... 

Syed Elyas 
019-5671963... 



KAWASAN: Jitra,,, Alor Setar,,, Kuala Nerang,,, Pokok Sena,,, Changloon,,, Langkawi dan Arau...


MANFAAT DAN KHASIAT SUSU KAMBING SEGAR:-


  • • 
  • Susu terbaik selepas susu ibu
  • • 
  • Tidak menyebabkan alahan
  • • 
  • Membantu sistem imunisasi tubuh
  • • 
  • Bersifat alkali
  • • 
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • • 
  • Membantu sistem penghadaman
  • • 
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
  • • 
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
  • • 
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-

1.Protein 2.1 kali ganda
2.Kalsium 2.2 kali ganda
3.Zat Besi 2.0 kali ganda
4.Potasium 2.1 kali ganda
5.Vitamin A 3.8 kali ganda
6.Garam Galian 2.0 kali ganda
7.Selenium paling tinggi berbanding semua jenis sus




  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  • • 
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  • • 
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  • • 
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

Semaian pokok kapas @ QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, May 26, 2015 0 ulasan


KAPAS,,, Gossypium herbaceum L.,,, berasal dari Afrika dan benua Asia,,, dan telah digunakan secara meluas untuk membuat tekstil selama beribu-ribu tahun dahulu...

ANAK BENIH POKOK KAPAS DAN PELBAGAI JENIS HERBA LAIN UTK JUALAN JUGA TERDAPAT DI QudRiFaRm...

TEMUI KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page QudRiFaRm UTK MAKLUMAT LANJUT... (TIADA PENGHANTARAN DISEDIAKAN) 

Kapas adalah pokok renek yang biasa ditanam dua tahun sekali atau tiga tahun sekali sebagai tanaman komersil... Sekarang ia juga dijadikan sebagai salah satu tanaman hiasan dan herba eksotik di laman-laman rumah kediaman... Ia boleh tumbuh sehingga kira-kira 5 kaki tinggi... Bunga kapas mempunyai 5 kelopak... 

Dalam perubatan Ayurveda dan sistem perubatan tradisional di India tanaman kapas digunakan untuk meningkatkan peredaran darah,,, untuk masalah telinga,,, selsema,,, cirit-birit dan gout serta berbagai macam penyakit lain... (India dan Pakistan adalah dua daripada kapas negara pengeluar utama di dunia.)

 Biji dan daun kapas juga digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan,,, dan digunakan secara dalaman dan luaran untuk masalah kulit dan kecederaan... Serbuk biji kapas dicampur dengan susu diberikan kepada mereka yang mempunyai sakit kepala,,, (tidak sesuai utk wanita hamil),,, Biji kapas juga dijadikan bahan utama yang dicampur dengan air dan halia untuk pes rawatan luka terbakar,,, campuran biji kapas,,, daun kapas dan biji sawi digunakan untuk gigitan ular dan sengatan kala jengking...

PERHATIAN: Keterangan kegunaan dan cara guna utk mana-mana herba adalah utk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja… Ia bukan bertujuan sebagai pengganti utk nasihat profesional dalam apa jua bentuk... Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan herba untuk masalah perubatan yg serius…

Bunga Kantan Putih (Etlingera eliator) @QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Saturday, May 9, 2015 0 ulasan


Bunga kantan putih (Etlingera eliator) @QudRiFaRm...

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba...

Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Dibungkus seperti sayuran dan tak sesuai diletakkan dalam plastik.
Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.
ANAK BENIH BUNGA KANTAN PUTIH JUGA TERDAPAT DI QudRiFaRm (stok terhad)...
KAMI DI QudRiFaRm JUGA ADA MEMBUAT JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK-POKOK HERBA  SERTA TANAMAN DAPUR DAN PELBAGAI JENIS BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)... 
 
TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA,,, KEDAH)  HUBUNGI ATAU 
SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS)  
ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... (TIADA PENGHANTARAN DISEDIAKAN)


PERHATIAN: Keterangan kegunaan dan cara guna utk mana-mana herba adalah utk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja… Ia bukan bertujuan sebagai pengganti utk nasihat profesional dalam apa jua bentuk... Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan herba untuk masalah perubatan yg serius…

LIMAU KASTURI BATIK,,, LIMAU KASTURI HARIMAU,,, VARIEGATED CALAMONDIN ORANGE - (Citrofortunella microcarpa) @QudRiFaRm...

Limau kasturi batik antara tanaman yang menarik di laman antara susunan pasu di rumah atau susunan pokok di atas tanah di kebun saya... Tanaman ini juga digelar limau kasturi harimau... Mungkin disebabkan corak berbelang antara campuran warna kuning putih dan hijau pada helaian daun dan buahnya...

Campuran warna yang ada pada sebatang pokok menjadikannya menarik sebagai pokok hiasan atau tanaman pasu yang dapat dimanfaatkan hasil buahnya untuk pelbagai kegunaan... Aroma dari bunga dan daun juga cukup wangi terutama ketika waktu pagi dan petang...

Walaupun berbeza dari segi rupa dan warna tetapi rasa,,, bau dan kegunaannya adalah sama dengan limau kasturi biasa...

Corak paling menarik bagi saya adalah pada buahnya yang telah matang...

Jenis pokok : Malar hijau atau renek
Pengcahayaan : Tahan cahaya matahari
Kelembapan tanah : Antara kering dengan sentiasa lembap
Tanah : Tanah yang kaya nutrient,,, sedikit berasid sehingga alkali yang rendah

ANAK BENIH LIMAU KASTURI BATIK (Citrofortunella microcarpa) JUGA TERDAPAT DI QudRiFaRm...

KAMI DI QudRiFaRm JUGA ADA MEMBUAT JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK-POKOK HERBA  SERTA TANAMAN DAPUR DAN PELBAGAI JENIS BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)...
 

TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA,,, KEDAH) 

HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS)  ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... (TIADA PENGHANTARAN KECUALI KAWASAN BERDEKATAN SAHAJA)

KOLEKSI HERBA UNTUK KANSER @QudRiFaRm

Dicatat oleh ELYAS Thursday, March 19, 2015 0 ulasan

Antara pelbagai jenis tanaman yang terdapat di @QudRiFaRm yang dapat dimanfaatkan sebagai ikhtiar untuk penyakit kanser dan barah...

Rerama hijau
KELADI TIKUS,,, BELALAI GAJAH,,, DEDALU,,, EKOR NAGA,,, LIDAH NAGA,,, NAGA BUANA,,, RERAMA,,, POKOK RIBU,,, SENDUDUK PUTIH,,, POKOK MAHOGANY,,, DAUN DEWA,,, DURIAN BELANDA,,, SARANG SEMUT,,, SAMBUNG NYAWA,,, PELBAGAI JENIS KUNYIT,,, MENGKUDU DAN BINAHONG...

Kami di QudRiFaRm juga menjual pelbagai jenis tanaman herba tempatan dan luar untuk pelbagai kegunaan...



HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK HERBA YANG DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK RAWATAN KANSER INSYAAALAH...

KAMI DI QudRiFaRm JUGA ADA MEMBUAT JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN PELBAGAI JENIS TANAMAN POKOK-POKOK HERBA LAIN SERTA TANAMAN DAPUR DAN PELBAGAI JENIS BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)... 

TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA,,, KEDAH)


HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS)  ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... (TIADA PENGHANTARAN KECUALI KAWASAN BERDEKATAN SAHAJA)

STEVIA : PENGGANTI GULA... @QudRiFaRm

Dicatat oleh ELYAS Friday, February 6, 2015 0 ulasan

JUALAN POKOK STEVIA @ QudRiFaRm...
Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.
HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN POKOK STEVIA DAN JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN POKOK-POKOK HERBA DAN TANAMAN DAPUR SERTA PELBAGAI BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR) TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA) HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS)  ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm...
Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu.
Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.
Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.
Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.
Sumber : Penerangan .gov.my

JUALAN SUSU KAMBING SEGAR,,, BAJA ORGANIK,,, SEMAIAN POKOK-POKOK HERBA DAN TANAMAN DAPUR SERTA PELBAGAI BIJI BENIH (HERBA DAN TANAMAN DAPUR)

TEMUI KAMI SETIAP PAGI JUMAAT DI TAPAK PASAR PAGI TAMAN SERI AMAN (DEKAT POLIMAS JITRA)

HUBUNGI ATAU SMS: 019-5671963 (SYED ELYAS) 

ATAU MESEJ KAMI DI FB Syed Elyas (Qudrifarm) atau FB page Qudrifarm... 

Antara semaian dan benih tanaman yang dijual : (Jika tiada dalam senarai anda anda boleh membuat pertanyaan kpd kami,,, insyaAllah)... Harga mengikut saiz dan jenis pokok... Sila hubungi utk tempahan dan pertanyaan stok,,, kerana kami tidak membawa semua pokok pada setiap minggu...

NO.
NAMA POKOK
ANAK BENIH
BIJI BENIH/UBI
1
Ati-ati (Coleus blumei)
/

2
Bawang Berlian (Eleutherine palmifolia merr)
/

3
Belalai Gajah (Clinacanthus nutans)
/

4
Beluntas (Pluchea indica)
/

5
Mulukhiya /bayam arab (Corchorus olitorius)
/

6
Binahong (Bassela rubra Linn)
/

7
Bisa Ular (Barleria lupulina)
/

8
Mahkota Dewa (Corchorus olitorius)
/

9
Bunga Pisang-Pisang (Desmos chinensis Lour)
/
/
10
Bunga Raya Putih (Hibiscus rosa sinensis)
/

11
Bunga Harum Sundal Malam (Pollianthes tuberose)
/
/
12
Bunga Telang (Clitoria ternatea)
/
/
13
Cekur (Kaempferia galanga Linn)
/

14
Cekur Batik (Kaempferia)
/

15
Cekur Hitam (Kaempferia galangal)
/

16
Cememar (Micromelum pubescens)
/

17
Daun Dewa (Gynura segetum (Lour.) Merr.)
/

18
Nilam (Pogostemon cablin)
/

19
Pandan Wangi (Pandanus odorus)
/

20
Erva Lanata (Aerva lanata)
/

21
French Oregano (Plectranthus amboinicus)
/

22
Gandarusa (Justicia gendarussa)
/

23
Ginseng Jawa (Talinum patens)
/

24
Patah Tulang (Cissus quadrangularis)
/

25
Patawali (Tinospora crispa L. Miers)
/

26
Bakawali (Epiphyllum anguliger)
/

27
Halia (Zingiber officinale)
/

28
Halia Bara (Zingiber officinale var rubrum)
/

29
Hanyir Ikan (Houttuynia cordata thumb.)
/

30
Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)
/
/
31
Inai (Lawsonia inermis)
/
/
32
Janggut Adam (Gramineae themeda arguens Hack)
/

33
Jarjil (Egypt Jarjil) (Eruca sativa) Eruca sativa
/
/
34
Jarum Tujuh Bilah (Pereskia sacharosa/saecnarosa)
/

35
Jintan Hutan (Eupatorium triplinerve Vahl)
/

36
Kaduk (Piper sarmentosum)
/

37
Pokok Ajaib/Miracle fruit (Synsepalum dulcificum)
/

38
Kantan (Phaeomeria speciosa)
/

39
Kapas (Gossypium hirsutum)
/
/
40
Salam/Serai Kayu (Eugenia Polyantha)
/

41
Keladi tikus (Typhonium flagelliforme)
/

42
Kemangi (Ocimum santum)
/
/
43
Cengkeh (Syzygium aromaticum)
/

44
Kentang Angin (Dioscorea bulbifera L.)
/
/
45
Keremak Merah (Alternanthera sessilis)
/

46
Kesum (Polygonum minus huds)
/

47
Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)
/

48
Kunyit (Cucuma domestica L.)
/

49
Lada Hitam (Piper nigrum L)
/

50
Legundi Hitam (Vitex negundo)
/


 * 50 senarai pokok2 lain akan ditambah pada posting akn datang insyaAllah...

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani