Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

SIRIH MERAH @ PAYA ASLI HERBAL VALLEY QUDRIFARM

Dicatat oleh ELYAS Monday, October 9, 2017 1 ulasan

SIRIH MERAH

(Piper ornatum)


Tanaman sirih hias ini memiliki warna serta corak yang menarik dengan kombinasi warna hijau,,, merah dan tompok perak dia atas permukaan daunnya...


Ini menjadikannya antara tanaman hiasan yang bermanfaat... Antara rekod yg diperolehi berkaitan manfaat sirih merah ialah ia dimanfaatkan untuk menurunkan kadar kolesterol,,, menstabilkan tekanan darah,,, bersifat sebagai antioksidan,,, menyingkirkan radikal bebas dari badan,,, membantu masalah radang prostat,,, gout dan kanser selain rekod-rekod lain manfaatnya...


Sirih merah memiliki rasa yang pahit dan berangin seperti sirih biasa,,, penanamannya memerlukan kawasan yang redup seperti di baah pokok atau pukat pelindung cahaya supaya ianya kekal memberikan warna yang menarik dan subur...

Ia boleh dijadikan tanaman gantung ataupun ditanam terus di atas tanah dengan penyiraman setiap hari serta pembajaan seperti tanaman berdaun lain... 

Kami di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm mengumpul dan menanam pelbagai jenis herba untuk tatapan dan perkongsian bermanfaat untuk generasi semasa dan akan datang... Laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm dibuka untuk perkongsian ilmu bermanfaat bersama...

POKOK DANGLA
(Crateva religiosa)

Nama panggilan lain adalah pokok dala,,, nangla,,, nala,,, mendala,,, kepayang air dan lain-lain mengikut panggilan setempat... Pokok ini sering dijumpai tumbuh meliar di tempat2 lembap atau berpaya... Di kampung Kubang Bemban ia mudah didapati tumbuh di sekitar kawasan hutan sekitar paya disini 🌼🌱🌼🌱🌼🌱🌼🌱



Tumbuhan herba ini merupakan pokok berkayu,,, daunnya bercabang tiga dan runcing serta mengeluarkan bunga berwarna putih apabila musimnya sahaja setiap tahun... Oleh kerana ia berbunga setahun sekali,,, ia sering menjadi rebutan penggemar jeruk sayur untuk dikutip sebanyak yang mungkin 🌱🌱🌱🌱


Rakaman menunjukkan semaian anak pokok dangla di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm

Kami di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm sentiasa menyimpan dan mengumpul pokok-pokok buah nadir dan ulam-ulaman serta herba tempatan untuk pengenalan generasi masakini dan akan datang...

DAUN-DAUN POKOK HERBA DI PAYA ASLI HERBAL VALLLEY QUDRIFARM

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, August 2, 2017 0 ulasan

ANTARA DAUN-DAUN POKOK HERBA DI PAYA ASLI HERBAL VALLLEY QUDRIFARM,,, KAMPUNG KUBANG BEMBAN,,, NAKA,,, DAERAH PADANG TERAP,,, KEDAH..

Daun Rerama Bukit

 
Daun Belongan
Daun Galak Tua

Daun Ganyong Merah
Daun Terung Susu Kambing



Daun Keladi Ular

Tanaman jarjil,,, jarjir,,, jerjil,,, gargil,,, gergil,,, جرجير,,, Nama saintifik Sativa Eruca…

Tanaman ini dipercayai  berasal dari kawasan Mediterranean dan mula ditanam sebagai herba yang boleh dimakan di kawasan Mediterranean sejak dari zaman Rom lagi…

Kalau di negara-negara Arab jarjil ditanam untuk mendapatkan daun dan juga bijinya untuk pelbagai kegunaan...

Penanaman gergil juga sangat mudah,,, cuma biji benih perlu ditabur diatas tanah… Tanah yang sesuai adalah tanah yang longgar seperti campuran pasir muda  dan tanah yang kering atau apa-apa jenis tanah pun boleh,,, cuma jangan  tidak terlalu basah untuk menghasilkan saiz pokok jarjil yang sihat,,,besar dan rasa yang sedap…


PERKONGSIAN RAKAMAN GAMBAR TANAMAN JARJIL DI QUDRIFARM ORGANIK-HIJAU-SELAMAT




JUALAN POKOK TIN / FIG 

JENIS BRUNSWICK SAHAJA

UNTUK KAWASAN SEKITAR LEKIR, SITIAWAN, MANJUNG, SABAK BERNAM, SUNGAI BESAR DAN BERDEKATAN

HARGA DARI RM 80-150 SAHAJA

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN HUBUNGI/SMS 
SYED ELYAS 019-5671963

TIADA PENGHANTARAN POS DISEDIAKAN,,, ANDA BOLEH DATANG DAN PILIH SENDIRI DI TAPAK SEMAIAN BARU KAMI...

TAPAK SEMAIAN POHON TIN KAMI BERHADAPAN JALAN BESAR BATU 9, LEKIR, SITIAWAN, PERAK DARUL RIDZUAN...

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani