Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

MENGARU (ME-NGA-RU)

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, February 11, 2020 0 ulasan

MENGARU (ME-NGA-RU)

Musim timur (kemarau) kebiasaannya lubuk2 air akan wujud samada dari sungai yg terputus atau paya2 yg dalam... Ketika itu ikan mula terkumpul di satu tempat...

Biasanya aktiviti mengaru akan dilakukan bg menghasilkan air yg berombak secara paksa... Ikan2 akan mula pening atau kekurangan oksigen apabila air bergerak secara paksa dan tiba tiba...

Aktiviti ini aktiviti berkumpulan maka hasilnya akan
dinikmati bersama... Ia dibahagikan sama atau dijadikan kenduri utk semua yg terlibat dan jiran berdekatan,,, kalau rezeki lebih sekampung turut dijemput meraikannya...

Teringat kisah dari bonda saya,,, yg dahulunya aktiviti mengaru ini dilakukan oleh sebahagian besar penduduk kampung Kubang Bemban dan berdekatan,,, lokasinya di Paya Asli berdekatan laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm

Aktiviti lebih menarik apabila ia menggunakan gajah kepunyaan alrmarhum Tuanku Sultan Kedah yg memerintah ketika itu... Ia turut dihadiri oleh ramai pembesar termasuk juga almarhum Tunku Abdul Rahman yg ketika itu berkhidmat sebagai pegawai daerah Padang Terap...

Ikan yg selalunya dinaikkan adalah ikan kalui,,, haruan dan bujuk dgn saiz yang besar-besar... Menu utamanya adalah masakan tradisi ikan yg ditangkap dan juga nasi buluh...
Jamuan makan malam akan diadakan secara besar besaran dgn pelbagai aktiviti bakat dan hiburan masyarakat seperti pencak silat,,, mak yong dll...

Aktiviti mengaru kami harini cuma menggunakan peralatan tangan biasa,,, hasilnya kalini ikan leh (lais),,, baung,,, udang dan siput gondang... Alhamdulillah...

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

POKOK MAJAPAHIT @ Qudrifarm

Dicatat oleh ELYAS Thursday, February 6, 2020 0 ulasan



POKOK MAJAPAHIT (Crescentia cujete) juga dikenali sebagai pokok maja,,, labu kayu,,, limau bali kapas,,, calabash dan lain-lain panggilannya...

Pokok ini sering ditanam sebagai teduhan dan hiasan disamping sebagai kawalan serangga organik di kawasan sawah padi atau kebun... ia juga merupakan tumbuhan yang lasak untuk tumbuh dan bertahan di musim kemarau atau pada kawasan kering...

Bahagian buah yang muda dijadikan jeruk,,, biji dipanggang atau dimasak sebagai sirap,,, buah dijadikan sirap dan daun dijadikan sumber makanan (Peringatan: dengan kaedah tertentu dan betul supaya tidak memudaratkan) bagi sesetangah tempat... Manakala secara praktikalnya kami di Qudrifarm menggunakannya sebagai baja dan kawalan serangga organik... Selain itu,,, hampir setiap bahagian-bahagian pokok yang berbeza juga mempunyai manfaat tradisional yang berbeza... Bahagian kulit buah yang keras juga sering dijadikan bekas atau peralatan rumah seperti sudu dan garpu...

Buah labu kayu boleh digunakan sebagai kawalan tikus/siput di kebun atau sawah padi dengan cara meletakkan buah labu kayu yang dibelah/ditebuk beserta sedikit nasi diletakkan di dalamnya... Kemudian ia diletakkan di sekityar kebun/sawah...

Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm
#herba #labuKayu #limauBaliKapas #qudrifarm

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani