Monday, August 2, 2010

Mana Yang Paling Pantas...

MANA YANG PALING PANTAS???

Assalamualaikum,,, untuk catatan kali ini aku ingin berkongsi sebuah cerita,,, cerita berkaitan Seorang CEO yang ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya....

Setelah iklan dan tawaran dibuat,,, maka beribu-ribu
permohonan telah diterima olehnya,,, tetapi hanya empat orang sahaja yang betul-betul menarik perhatiannya untuk sesi temuduga...

Bagaimanapun.,,,

Beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,,, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidaklah sekaya Donald Trump untuk menganjurkan program temuduga seperti The Apprentice)...

Maka dijemputlah keempat-empat orang calon tersebut... Seperti hari,,, masa,,, tempat dan segalanya yang ditetapkan maka; keempat-empat calon itu pun datang...

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau,,, CEO tadi pun mula berkata;

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,,, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”..."Faham"...

Semua menjawab dan mengangguk sebagai tanda faham...

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali???”,,, tanya CEO tersebut...

Calon pertama berkata,,,

“FIKIRAN,,, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari...”

“Bagus,,, satu jawapan yang baik”,,, kata CEO tadi...

“Kamu pula???”,,, tanya CEO tadi kepada calon kedua...

“KELIP MATA,,, kerana tanpa kita sedari,,, sebelum sempat kita buat apa pun,,, mata kita dah berkelip”,,, jawab calon kedua...

“Satu jawapan yang sangat baik,,, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan”,,, kata CEO itu...

“Bagaimana kamu pula???”,,, tanya CEO kepada calon ketiga...

“Kalau kita tengok,,, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi... Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,,, jawab calon ketiga...

“Jawapan yang terhebat setakat ni... Bagaimana pula dengan kamu???” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat; dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi...

“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi,,, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT”,,, jawab calon keempat dengan yakin sekali...

“Haaa…???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung,,, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni???”,,, CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi...

“Begini tuan,,, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat... Belum sempat saya FIKIR,,, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU,,, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Akhirnya calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan…………..

Kesimpulan dari cerita ini,,, bertindaklah dengan pantas dalam apa jua bidang yang diceburi... Janganlah hanya bercakap,,, merungut,,, melihat dan membiarkan orang lain mengambil manfaat peluang yang terbuka dari kita tanpa berbuat apa-apa...


No comments:

Post a Comment