Tuesday, February 8, 2011

MENANGKUL UDANG...

MENANGKUL UDANG...


Musim menuai padi mai lagi,,, kali ini aku ke kampung Bongor Kudung,,, Perlis… Sambil-sambil melihat mesin padi bekerja,,, aku jalan-jalan survey kawasan sekitar untuk aktiviti seterusnya… Aktiviti yang memang dinanti-nantikan setiap kali musim mengerat padi… Memang dah menjadi aktiviti tahunan penduduk setempat… Aktiviti menangkap ikan darat dan udang…




Dengan suasana lapang sawah padi,,, keadaan yang berangin dan anak sungai yang agak kering,,, inilah masa yang ditunggu-tunggu setiap kali musim menuai padi… Masa ini memang berbaloi untuk menangkap ikan… Masa ini juga angin bertukar ke musim timur... Cuaca memang kering ketika ini,,, tetapi sangat berangin… Masa inilah ikan cukup banyak dan galak…

Kaedah penangkapan ikan air tawar atau orang panggil ikan darat yang digunakan adalah kaedah tradisional… Kaedah yang digunakan adalah kaedah menimba untuk menangkap ikan darat yang besar seperti haruan,,, puyu,,, sepat benua dan keli… Bagi ikan-ikan kecil seperti sepat kedah (sepat ronggeng),,, anak-anak ikan dan udang padang kami menggunakan tangkul…


Sejak zaman dahulu lagi kaedah ini digunakan untuk menangkap ikan dan udang bagi memenuhi keperluan harian,,, juga sebagai aktiviti mengisi masa terluang dan sumber pendapatan tambahan…

Tangkul yang digunakan bersaiz kecil sahaja sebab aku hanya menangkap ikan dalam alor bukan sungai…. Tangkul ini diperbuat daripada dua batang buluh atau paip yang dipotong pendek… Kemudian empat batang kayu dimasukkan ke dalam lubang buluh atau paip yang dikerat pendek dan diikat kemas,,, untuk dijadikan empat penjuru….

Kain atau jaring seperti kelambu diikat kemas di keempat-empat penjuru hujung kayu yang dimasukkan tadi… Sebatang kayu atau buluh diikat pada buluh atau paip tadi sebagai pemegang…

Untuk menahan "tangkul" ini,,, mula-mula sekali kita rendamkan dalam alor,,, kemudian umpan dikepal bersama tanah liat lalu dicampakkan dalam kain tangkul yang direndam tadi… Biarkan lebih kurang 20 atau 30 minit untuk diangkat… Senang je kan… Sambil-sambil menunggu tu bolehlah buat kerja-kerja lain…

1 comment: