Tuesday, April 19, 2011

Burung Kea,,, Kea Bird...






















Apa yang menarik dan pelik tentang burung ini???


Burung Kea (Nestor notabilis) adalah spesies bayan (famili Psittacidae)...

Burung unik hanya dapat ditemui di wilayah berhutan dan alpine (pergunungan) di South Island,,, New Zealand...

Ukuran panjangnya adalah 48cm (98 inci) dan berat mampu mencapai 1kg...

Burung Kea memiliki bulu berwarna hijau zaitun dengan paruh tajam melengkung bersaiz besar dan bewarna kelabu coklat...

Burung dewasa mempunyai bulu berwarna jingga di bawah sayap...

Burung ini membiak dan bersarang di antara rekahan batu atau lubang kayu pada perdu pokok di kawasan yang memiliki ketinggian 1600 kaki dari aras laut...

Pola pemakanannya sebagai omnivor umumnya terdiri daripada burung-burung, haiwan mamalia (bebiri dan arnab),,, akar-akaran,,, dedaunan,,, bijian,,, nektar dan serangga...

Sebelum perlindungan sepenuhnya diberikan pada tahun 1986,,,

burung ini diburu dan dibunuh kerana dikatakan menyerang dan menyebabkan kematian ternakan...

Burung Kea juga memiliki tabiat yang aneh iaitu gemar memakan lapisan getah pada sekeliling cermin tingkap dan wiper kereta...


Burung ini juga ramah dan tidak takut dengan kehadiran manusia...

No comments:

Post a Comment