Sunday, June 17, 2012

Menilai potensi ternakan rusa...


Rusa jenis Timorensis dan Sambar (memerlukan lesen) merupakan jenis rusa yang kerap diternak di Malaysia. Kedua-dua jenis rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa.


Gambar diatas merupakan rusa jenis Cervus Timorensis… Rusa jenis ini menjadi pilihan penternak kerana mempunyai kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah

Pada umumnya rusa diternak bagi tujuan jualan rusa hidup iaitu sebagai haiwan kesayangan dan juga mendapat permintaan yang tinggi dari segi jualan daging rusa segar atau dipelihara bagi tujuan mendapatkan tanduknya (velvet/antler) yang digunakan bagi tujuan perubatan tradisional.

InsyaAllah,,, kami di QudRifaRm dalam proses membangunkan kandang dan mendapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman untuk meneroka potensi penternakan rusa…

Lokasi: Rumah Pak Su, Kedah...
*Pesanan Pak Su,,, hati-hati bila musim rusa mengawan,,, jangan berani-berani masuk dalam kandang... Rusa jantan akan jadi lebih agresif dan merbahaya...

3 comments:

  1. insyaAllah,,, saya doakan kamu dapat membangunkan ternakan rusa ni ;-)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,,, semoga semuanya berjalan lancar... TQ muezz@blaz...

    ReplyDelete
  3. dulu pernah bercita2 nk wat ternakan ni,,, tapi tak sure zaman akan dg ni cmne,,, tanah yg terhad... anyway saya belajar sains ternakan di upm... so mmg suka dapat jumpa blog ni,,, sebagai rujukan jugak,,,hehehe

    ReplyDelete