Monday, October 8, 2012

Ikan Jelawat...

Ikan jelawat ialah sejenis ikan air tawar yang bentuknya hamper menyerupai ikan Kap rumput. Perbezaan besar antara keduanya adalah kerana sirip di bahagian bawah badan dan ekor ikan jelawat berwarna merah. Terdapat juga beberapa jenis ikan lagi yang sangat hampir menyerupainya. Dengan pengetahuan dan teknik yang sederhana atau sedikit pengalaman, ikan jelawat akan dapat dikenali. Buat masa ini pengeluarannya bergantung kepada tangkapan dari kawasan semulajadi dan hasil ternakan. Memandangkan hanya sebilangan kecil sahaja penternak yang menternak ikan jelawat.

Jenis ikan tempatan
Ikan jelawat merupakan ikan tempatan yang membiak secara semulajadi di Negara ini.Ia terdapat di beberapa buah sungai di Malaysia

Harga yang tinggi
Ikan jelawat mempunyai harga pasaran yang tinggi. Harga runcit sekarang ialah RM25-30 sekilo dan harga borong pula RM16-19 sekilo. Pasaran utamanya adalah dari restoran-restoran yang besar. Pengeluarannya yang sangat terhad menyebabkan pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan.



Makanan

Ikan jelawat adalah sejenis ikan ‘omnivor’ iaitu ia memakan bahan-bahan makanan yang berunsur protein haiwan dan tumbuhan.




Kadar hidup yang tinggi
Kadar hidup ikan jelawat adalah dianggarkan antara 95%-96%. Ikan jelawat merupakan ikan yang tahan lasak. Ikan jelawat juga sangat aktif dan bergerak pantas menyebabkan ia sukar ditangkap oleh musuh atau parasit dan mungkin sukar untuk dijangkiti penyakit.


* Lokasi QudRiFaRm...
* Nak jimat kos makanan,,, kita boleh bagi makan daun ubi kayu,,, sisa sayuran dan lain-lain tumbuhan dan buah-buahan yang biasa dimakan oleh ikan... Perut ikan dan ayam boleh juga...

9 comments:

  1. Salam... menarik la info ikan ni.. bela dalam kolam ker nih...? menarik la..

    ReplyDelete
  2. Salam,,, yep... Ikan jelawat ni diternak dalam kolam tanah di QudRiFaRm sebagai hobi masa lapang... Jemput datang melawat dan try mancing untuk rasa ikan segar dari QudRiFaRm...

    ReplyDelete
  3. awak ada kolam memancing ke?mancing ikan ape je?

    ReplyDelete
  4. To arnabpontian: Kolam ikan ni macam akuarium je utk kepelbagaian ternakan dekat QudRiFaRm... Boleh rileks2 minda selain tengok ayam,,, itik,,, kambing dll kat QudRiFaRm... Jom Mancing,,, free je...

    ReplyDelete
  5. Wah. Free je. Best gak tu. Habis kalau dapat ikan,ikannye kena bayar tak kalau nak bawak balik? teringin gak nak ke sana bila free nanti.

    ReplyDelete
  6. Datang je,,, paling best datang musim buah nnti,,, buah2an dgn ikan free je utk follower n rakan2 blogger nak makan... sambil bleh bertukar-tukar pandangan dan kongsi pengalaman...

    ReplyDelete
  7. hello bleh wassap saya ke 0198415567 utk keterangan lebih lanjut cara menternak ikan jelawat ini. saya berminat utk menternaknya

    ReplyDelete
  8. Saya baru beli ikan jelawat pastu transfer kt aquarium pastu 2jm mati..why arr?dlm aquarium ada la ikan mas dn anak2 ikan lain...why arr?

    ReplyDelete