Wednesday, May 15, 2013

Ayam Phoenix @ QudRiFaRm...

Baka Asal Phoenix di QudRiFaRm

Ayam Phoenix telah terhasil di Eropah melalui penyilangan baka ayam Onagadori dari Jepun dengan beberapa jenis burung atau ayam yang biasa digunakan dalam proses penyilangan... Terdapat tiga warna yang diiktiraf oleh APA iaitu Silver,,, Golden dan Black-Breasted Red… Namun terdapat juga dalam pelbagai warna lain akibat daripada aktiviti penyilangan oleh para pentenak…

Ayam Phoenix memiliki ekor yang panjang dan akan bersalin kulit setiap 1 atau 2 tahun... Ekor ayam Phoenix boleh mencapai sehingga 2 atau 3 kaki panjang atau lebihbergantung kepada pengurusan oleh penternak… Anggar perlu diletakkan supaya bulu ekor tidak rosak menyentuh atau mencapai tanah…

Ciri-ciri ayam Phoenix dapat dilihat melalui penampilannya seperti burung kuang,,, cuping telinga berwarna putih,,, balung tunggal dan kaki berwarna slate... Ayam jantan memiliki ekor yang mendatar berbanding ayam betina yang lebih tinggi sedikit... Ayam Phoenix memiliki telur bersaiz sederhana dan bersifat mengawal kerana sering merenung sarangnya...

Ia juga tergolong dalam spesies burung yang aktif dengan kemahiran terbang yang baik dan dapat cekap mencari perlindungan atau melarikan diri dari pemangsa dengan baik...

Penjagaan ayam Phoenix  sama seperti ayam lain… Tetapi ia sebaik-baiknya dikurung dalam reban yang besar dan bersih untuk mendapatkan pertumbuhan ekor yang cantik dan sihat… Anggar juga boleh diletakkan supaya ekornya tidak pecah atau meleret terkena najis dan kotoran lantai…

Detail
Value
Breed Purpose
Ornamental
Comb
Single
Broodiness
Average
Climate Tolerance
Heat
Egg Productivity
Low
Egg Size
Small
Egg Color
White
Breed Temperament
Aggressive,Friendly,Wild / restless,Flighty,Easily handled,Calm,Bears confinement well,Noisy,Quiet,Shy,Docile
Breed Colors/Varieties
Silver,Silver Duckwing,Golden,Golden Duckwing,Black,White,Black-Breasted Red,Golden Black Blue Gold Duckwing,Variegated, others.
Breed Size
Large Fowl
APA/ABA Class
Single Comb Clean Leg

No comments:

Post a Comment