Saturday, June 15, 2013

Pelbagai usaha untuk menjaga ternakan dan tanaman...

Berdasarkan pengalaman,,, induk merak,,, ayam mutiara,,, ayam piru red Bourbon,,, ayam piru biasa dan itik nila dan pelbagai ayam itik yang bertelur dan mengeram luar pagar ada yang mati atau pernah diserang babi hutan di QudRiFaRm…

Bukan sekadar ayam itik saja,,, segala pokok yang ditanam terutama pisang,,, nenas,,, sawit,,, getah,,, segala jenis ubi dan sayur memang jadi kegemaran babi hutan…

Nak buat macamna???

Sebenarnya macam-macam cara dan petua yang aku dah buat dan dapat dalam usaha untuk kawal dari ancaman musuh utama tanaman dan ternakan ini…

Kebiasaanya,,, tempat-tempat yang selalu menjadi sasaran mestilah kebun-kebun atau ladang-ladang hatta kampung yang berhampiran hutan,,, pinggir kampung atau ladang-ladang besar…

Cara paling mudah dan lazim semua orang tahu,,, ialah dengan memagar kawasan ternakan atau tanaman mengunakan pagar,,, zink,,, pukat ikan reject (kena mata besar,,, takut ayam terlekat pula nanti) atau pukat hitam penutup bumbung semaian… Cuma kaedah ini kos lebih tinggi dan perlu penyenggaraan kerap…

Cara lain,,, boleh juga gantung botol minyak wangi atau ubat gegat atau sebarang bahan yang berbau kuat seperti sabun pencuci tandas di laluan atau kawasan-kawasan strategic keluar masuk… Rambut-rambut dari kedai gunting pun boleh ditabur di lorong laluannya…

Tapi cara paling terbaik dan berkesan,,, bukan sekadar babi hutan,,, segala jenis ular,,, tupai,,, tikus,,, musang,,, biawak dan pencuri pun tak datang… Kita dibolehkan menggunakan anjing menjaga tanaman dan ternakan...

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa melihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)




No comments:

Post a Comment