Friday, October 11, 2013

ROSELLE : AWET MUDA SEMULAJADI...


BAGAIMANA AWET MUDA SEMULAJADI
Oleh: Muhd Rizal Baharom



Hari ini pelbagai produk makanan kesihatan yang ada dipasaran dikatakan dapat melambatkan proses penuaan atau awet muda. Tetapi dalam keghairahan menggunakan produk-produk ini ramai pula yang cuba mengambil kesempatan dengan cara yang salah. Penggunalah yang menjadi mangsanya. Sihat yang dicari sakit pula yang menjengah.

Sebenarnya Vitamin C amat diperlukan oleh tubuh sebagai bahan anti oksida dan pertahanan semulajadi. Tambah pula pada hari ini, pelbagai makanan segera yang mungkin mempunyai banyak radikal bebas dan seterusnya mempercepatkan lagi proses penuaan dan juga penyebab kepada pelbagai penyakit merbahaya.

Roselle atau Hibiscus sabdariffa mengandungi paras vitamin C yang sangat tinggi. Menurut kajian dalam setiap 100gm Roselle terdapat 280mg Vitamin C iaitu berkali ganda lebih tinggi berbanding anggur, limau, epal dan lain-lain. Menariknya di Sudan, jus Roselle telah diangkat menjadi minuman rasmi negara tersebut. 

Kini roselle amat mudah diperolehi dipasaran samaada dalam bentuk cecair mahupun kering. Kalau anda rajin Roselle amat mudah ditanam dan diselenggara. Ia boleh dibiakkan samaada melalui biji benih ataupun keratan.

Jadi,tak payah membazir wang, jom tambah Roselle sebagai salah satu menu dalam diet seharian kita. Ia bukan saja murah tapi juga lebih enak dan selamat jika masuk ke dalam tubuh. Jangan bertangguh lagi!  - JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

1 comment:

  1. Assalamualaikum Encik Elyas. Encik ada jual bunga roselle ke. Kalau ada saya nak beli. Untuk tujuan kajian. Mohon balas. Terima kasih

    ReplyDelete