Saturday, April 5, 2014

Jantina Ayam Mutiara...


Jantina Ayam Mutiara,,, ayam api-api,,, guinea-fowl... 


Ayam mutiara merupakan ayam yg paling mudah dan senang dibela… Ayam ini mempunya ciri2 yg tahan lasak,,, tahan penyakit,,, mudah membiak dan jimat dari segi pemakanan dan penjagaan… Bagi setiap orang yang ingin memelihara ayam mutiara semestinya akn membeli sepasang atau beberapa ekor sebagai permulaan… Tetapi bagaimanakah pula kita dapat mengenalpasti jantina ayam  mutiara tersebut???  Terdapat pelbagai rujukan dan maklumat yang boleh kita perolehi samada melalui pembacaan,,, internet,,, perbincangan  dan yg paling byk membantu adalah  pengalaman sendiri… Di sini ada beberapa ciri yg sy amati dari ayam mutiara di QudRiFaRm dan berketepatan dgn maklumat dari sumber pembacaan,,, internet dan perbincangan … Berikut merupakan ciri2 yg telah diperhatikan secara sebenar di QudRiFaRm dan menyamai ciri2 yg biasa kita dengar...


Bunyi ayam mutiara pejantan cuma satu suku kata saja,,, Chi… chi… chi…
Bunyi ayam mutiara betina dlm bentuk dua suku kata,,, buck-wheat… buck-wheat…

Anting-anting atau cuping pada bawah leher ayam mutiara jantan lebih lebar dan merah terang...
Anting-anting atau cuping pada bawah leher ayam mutiara betina lebih pudar dan nampak lebih banyak warna putih…

Tanduk di kepala ayam mutiata jantan lebih besar dan tajam serta menegak ke atas...
Tanduk di kepala ayam mutiata betina lebih kecil dan melengkung serta condong ke belakang...

Bentuk badan badan ayam mutiara jantan lebih besar,,, bulat,,, tinggi serta membongkok...]
Bentuk badan ayam mutiara betina lebih kecil,,, rendah dan memanjang…

Warna ungu pada bulu bawah leher ayam mutiara jantan lebih banyak dan terang berbanding ayam mutiara betina…

Sekadar perkongsian pengalaman yg dibandingkan dgn sumber pembacaan,,, internet dan perbincangan utk catatan rujukan serta simpanan maklumat…


Macamna mengenalpasti jantina anak ayam mutiara pula??? InsyaAllah akan ditulis dalam simpanan akan datang…


No comments:

Post a Comment