Tuesday, October 21, 2014

Susu kambing segar... Organik dan berkualiti... (Jitra,,, Ipoh,,, Perlis)

Jualan susu kambing segar... Bersih,,, Organik dan Berkualiti... (Jitra,,, Ipoh,,, Perlis)

Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu.

Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa.
Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12 dan potassium.

Manfaat daripada susu kambing 

Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.

Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.

Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.

Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning dan membantu ­pesakit anemia.

Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Sumber artikel ini disiarkan pada : 2013/11/22 (mymetro)

No comments:

Post a Comment