Saturday, December 13, 2014

Semaian dan tanaman Pokok Nilam (Pogostemon cablin (Blanco) Benth) di @QudRiFaRm...

Pokok Nilam (Pogostemon cablin (Blanco) Benth)

Setiap kali kereta yang guna kusyen kulit bila parking tengah panas mesti berbau… Begitu juga rumah kita,,, bila dah macam-macam barang lembap atau masakan  asap dengan bau mesti penuh satu rumah… Terutama bila goreng perkasam… Bau kuat tapi bila makan mesti habis… hehehe

Setiap kali balik kampung pokok-pokok yang wangi dan beraroma wangi nie mesti akan dikutip bawa balik sekali selain bunga kenanga,,, melur,,, cempaka,,, sundal malam,,, bunga pisang dll…

Pewangi semulajadi ini dipilih kerana bau yang lebih asli,,, organik,,, sihat dan bebas kimia…

POKOK NILAM SEBAGAI PEWANGI SEMULAJADI…

Kebiasaannya daun-daun nilam yang tua akan dipetik dan dibasuh sebelum dipotong dan diletakkan dalam bekas di ruang tamu bagi membangkitkan bau aroma semulajadinya… ila dah agak kurang wangi daun akan diramas atau diganti semula dengan daun yang baru… Kadang dicampur juga dengan  daun pandan yang dipotong dan kelopak bunga ros yang dipetik dari kebun…

Minyak pati daun nilam juga digunakan secara meluas dalam pembuatan minyak wangi,,, sabun,,, bahan pencuci dan syampu…

Daun nilam juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita… Pernah saya diberitahu oleh nenek tentang penggunaan daun nilam oleh masyarakat kampung  untuk membasuh kain batik,,, pelikat dan lain-lain pakaian terutama apabila hendak dekat musim perayaan atau awal sesi persekolahan…

Selain itu,,, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi…

POKOK NILAM SEBAGAI AGEN KAWALAN SERANGGA PEROSAK…

Dalam pengamalan kebun dan suasana organik pokok nilam juga dapat dimanfaatkan dalam mengawal serangga perosak di persekitaran kita…

Serangga seperti nyamuk,,, lalat,,, lipas,,, serangga perosak tanaman,,, malah apa jua jenis serangga perosak tidak  menggemari bau wangi dari daun pokok nilam seperti bau serai wangi…

POKOK NILAM DALAM PERUBATAN HERBA TRADISIONAL

Dari segi perubatan tradisional yang diketahui  air rebusan daun nilam juga biasa digunakan sebagai ikhtiar untuk mengubati sakit kepala (migraine),,, sakit tekak,,, asma,,, batuk,,, rheumatik dan demam...

No comments:

Post a Comment