Wednesday, September 9, 2015

Pokok Guncaq / goncaq (Antidesma ghaesembilla) @QudRiFaRm

Pokok Goncaq / guncaq / guncar / gucil (Nama Botani: Antidesma ghaesembilla) tumbuhan liar yang semakin tidak dikenali oleh generasi sekarang… Dulu-dulu di bawah pohon goncaq yang teduh dan rendanglah tempat budak-budak kampung bermain…

Teduhan pokok goncaq jadi tumpuan burung dan juga kami apabila mula musim berbuah… Menjadi lokasi wajib kami untuk melastik burung atau kutip buah yang masam-masam manis sambil berjalan ke batas bendang bersama kawan-kawan… Dahan dan batang pokok goncaq juga merupakan bahan bakar yang tahan lama dan menjadi pilihan orang dulu sebagai kayu api dan untyuk membuat arang kayu…

Pokok goncaq boleh mencapai ketinggian sehingga 6-8 meter tinggi… Namun ia tetap boleh ditanam dalam pasu sebagai tanaman hiasan (bonsai) yang cantik disamping sebagai sumber ulam segar di laman rumah… Menjadi kegemaran kami sekeluarga juga untuk mengambil pucuk goncaq yang ditanam ayahanda dalam pasu sebagai ulam… Rasa pucuk goncaq juga masam-masam tetapi lemak,,, memang sedap sebagai ulam cicah sambal belacan…

Buah goncaq juga boleh digunakan sebagai perasa untuk memberi rasa masam dalam masakan dan juga minuman… Bolehlah cuba klau buat masak lemak atau asam pedas… Dari satu sudut pula,,, apabila orang dulu-dulu suka guna sesuatu pokok mesti ada kelebihannya… Kita mesti rajin bertanya atau belajar ,,, kalau sekadar mencari ikut google atau internet nasib la kalau ada ataupun mungkin tidak tepat dari sudut pemahaman kita secara pembacaan sahaja…

Pokok goncaq dilihat sebagai tanaman yang bermanfaat untuk kesihatan bagi masyarakat kampung … Bahagian pucuk dan buah yang diambil dikatakan dapat membuka selera makan (orang demam dan sakit),,, ia juga dikatakan mampu merawat masalah sakit kepala dan migrain…

Manakala bahagian daun yang diramas dan dijadikan sebagai mandian dikatakan dapat mencegah cacar air (campak)…


PERHATIAN: Keterangan kegunaan dan cara guna utk mana-mana herba adalah utk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja… Ia bukan bertujuan sebagai pengganti utk nasihat profesional dalam apa jua bentuk... Dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakan herba untuk masalah perubatan yg serius… 

No comments:

Post a Comment