Thursday, October 22, 2015

10 JENIS TANAMAN UNTUK UDARA YANG SIHAT DAN SEGAR DALAM BANGUNAN...

Ramai di antara kita bergelut dengan kesan dari jerebu seperti  gatal kulit,,, pedih dan gatal mata,,, sakit tekak dan asma... Jerebu pasti akan mengurangkan  aktiviti kita di luar... Kalau di luar langkah yang biasa diambil adalah memakai topeng muka...

Jadi pilihan kita tentulah menghabiskan lebih banyak masa di dalam bangunan samada rumah,,, pejabat atau tempat tertutup...

Tahukah kita??? Rumah,,, pejabat atau tempat tertutup samaada ianya baru atau lama,,, ianya juga boleh menyimpan toksin yang tidak sihat dan yang tidak kelihatan... Sebatian-sebatian kimia yang biasanya dijumpai di dalam bangunan adalah dari pelepasan kimia dari bahan cat,,, plastik,,, permaidani,,, alat pencuci dan banyak lagi... Tiga bahan kimia utama yang biasanya terdapat di dalam bangunan ialah:

Formaldehyde dari permaidani,,, gam,,, cat dan banyak lagi

Benzena dari bahan plastik,,, serat sintetik,,, minyak pelincir,,, getah,,, racun perosak  dan banyak lagi

Trichlorethylene dari pelarut  cat,,, larutan pembersihan permaidani,,, pelekat  dan banyak lagi

Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pakar dari agensi tempatan dan antarabangsa menunjukkan bahawa tanaman di dalam ruang bangunan adalah sebagai salah satu cara untuk membersihkan udara dalam ruang tersebut... Sebagai sebahagian hasil daripada kajian itu,,, mereka mendapati beberapa tumbuh-tumbuhan yang sesuai ditanam di dalam bangunan sebagai penapis sebatian organik meruap (VOCs- volatile organic compounds) iaitu:

1. Peace Lily (Spathiphyllum)
2. Dracaena (Dracaena)
3. Golden Pothos (Epipremnum aureum)
4. Rubber Plant (Ficus elastica)
5. Areca Palm (Chrysalidocarpus lutescens)
6. Spider plant (Chlorophytum comosum)
7. Lidah Jin, mother-in-law’s tongue (Sansevieria)
8. English ivy (Hedera helix)
9. Weeping fig (Ficus benjamina)
10. Aloe (Aloe vera)

Petua: Dalam kawasan seluas 2,000 kaki persegi,,, 15 hingga 20 pasu tumbuh-tumbuhan 6 inci atau lebih besar boleh digunakan... Sebelum membeli,,, dapatkan maklumat tentang mana-mana tumbuh-tumbuhan berbahaya kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan jika ditelan atau terkena pada kulit...

No comments:

Post a Comment