Monday, July 11, 2016

Pokok Buah Pala @QudRiFaRm


Pokok pala / nutmeg (Myristica fragrans) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau... Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia… Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah…

Pokok pala biasanya ditanam untuk buahnya yang boleh dikisar halus menjadi serbuk dan digunakan sebagai rempah… Pokok buah pala  juga sesuai dijadikan sebagai pokok landskap hiasan…

Pokok malar hijau ini miliki daun berwarna hijau gelap,,, berkilat,,, berdaun bujur dan secara amnya berkembang  40 hingga 60 kaki… Pokok buah pala lebih suka kelembapan,,, iklim lembap,,, saliran yang baik,,, tanah yang subur dengan pH di antara 6.5 hingga 7.5... Tanaman ini memerlukan naungan separa dalam tempoh tiga hingga empat tahun pertama pertumbuhan,,, selepas itu ia memerlukan cahaya matahari penuh untuk pembesaran sempurna dan mengeluarkan hasil…


Nutmeg is NOT a nut,,, it is indeed a seed...

Tapak semaian herba QudRiFaRm terletak di Kampung Kubang Bemban, Tandop Besar Kuala Nerang,,, Negeri Kedah Darul Aman... Iaitu terletak di dalam daerah Padang Terap,,, Kedah... Terdapat pelbagai jenis semaian herba yang dapat anda perolehi dari sini samada untuk kegunaan,,, koleksi dan pendidikan... Pertanyaan dan tempahan boleh hubungi   Syed Elyas 0195671963...

No comments:

Post a Comment