Monday, October 9, 2017

POKOK DANGLA @ PAYA ASLI HERBAL VALLEY QUDRIFARM

POKOK DANGLA
(Crateva religiosa)

Nama panggilan lain adalah pokok dala,,, nangla,,, nala,,, mendala,,, kepayang air dan lain-lain mengikut panggilan setempat... Pokok ini sering dijumpai tumbuh meliar di tempat2 lembap atau berpaya... Di kampung Kubang Bemban ia mudah didapati tumbuh di sekitar kawasan hutan sekitar paya disini πŸŒΌπŸŒ±πŸŒΌπŸŒ±πŸŒΌπŸŒ±πŸŒΌπŸŒ±



Tumbuhan herba ini merupakan pokok berkayu,,, daunnya bercabang tiga dan runcing serta mengeluarkan bunga berwarna putih apabila musimnya sahaja setiap tahun... Oleh kerana ia berbunga setahun sekali,,, ia sering menjadi rebutan penggemar jeruk sayur untuk dikutip sebanyak yang mungkin πŸŒ±πŸŒ±πŸŒ±πŸŒ±


Rakaman menunjukkan semaian anak pokok dangla di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm

Kami di Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm sentiasa menyimpan dan mengumpul pokok-pokok buah nadir dan ulam-ulaman serta herba tempatan untuk pengenalan generasi masakini dan akan datang...

No comments:

Post a Comment