Wednesday, January 29, 2020

POKOK STRAW - PENYEDUT MINUMAN ORGANIK-STRAW ORGANIK-BIODEGRADABLE STRAW

POKOK KERCUT

(Lepironia articulata)

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Tumbuhan liar yang berasal dari kawasan paya ini merupakan tumbuhan yang mempunyai manfaat pelbagai guna... Ia biasanya ditemui tumbuh meliar di kawasan berair seperti paya,,, pinggir sawah dan kolam-kolam tadahan air...


Pokok kerchut biasanya dituai dari pokok yang ditanama atau dipungut secara liar... Ia biasanya  boleh mencapai sehingga semeter atau lebih... Bahagian dalam batang/daunnya berongga dan sesuai untuk dijadikan penyedut minuman (straw organik)...

Daun pokok kerchut yang dituai juga dijadikan peralatan rumah seperti tikar,,, alas meja,,, tali,,, pakaian,,, bakul dan alat hiburan seperti serunai... ia juga memiliki manfaat tradisional  bagi masalah berkaitan kulit menurut arwah nenek saya...

Sekarang di beberapa buah negara terutamanya di Asia Tenggara,,, penyedut minuman dari pokok kerchut sudah di ketengahkan sebagai satu galakan kempen kesedaran alam sekitar,,, menggalakkan penggunaan bahan mudah lupus yang tidak mencemarkan alam sekitar... Ia sering dijadikan penyedut minuman organik (straw) terutamanya di kawasan-kawasan tarikan pelancongan

QUDRIFARM ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

No comments:

Post a Comment