Tuesday, February 11, 2020

MENGARU (ME-NGA-RU)

MENGARU (ME-NGA-RU)

Musim timur (kemarau) kebiasaannya lubuk2 air akan wujud samada dari sungai yg terputus atau paya2 yg dalam... Ketika itu ikan mula terkumpul di satu tempat...

Biasanya aktiviti mengaru akan dilakukan bg menghasilkan air yg berombak secara paksa... Ikan2 akan mula pening atau kekurangan oksigen apabila air bergerak secara paksa dan tiba tiba...

Aktiviti ini aktiviti berkumpulan maka hasilnya akan
dinikmati bersama... Ia dibahagikan sama atau dijadikan kenduri utk semua yg terlibat dan jiran berdekatan,,, kalau rezeki lebih sekampung turut dijemput meraikannya...

Teringat kisah dari bonda saya,,, yg dahulunya aktiviti mengaru ini dilakukan oleh sebahagian besar penduduk kampung Kubang Bemban dan berdekatan,,, lokasinya di Paya Asli berdekatan laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm

Aktiviti lebih menarik apabila ia menggunakan gajah kepunyaan alrmarhum Tuanku Sultan Kedah yg memerintah ketika itu... Ia turut dihadiri oleh ramai pembesar termasuk juga almarhum Tunku Abdul Rahman yg ketika itu berkhidmat sebagai pegawai daerah Padang Terap...

Ikan yg selalunya dinaikkan adalah ikan kalui,,, haruan dan bujuk dgn saiz yang besar-besar... Menu utamanya adalah masakan tradisi ikan yg ditangkap dan juga nasi buluh...
Jamuan makan malam akan diadakan secara besar besaran dgn pelbagai aktiviti bakat dan hiburan masyarakat seperti pencak silat,,, mak yong dll...

Aktiviti mengaru kami harini cuma menggunakan peralatan tangan biasa,,, hasilnya kalini ikan leh (lais),,, baung,,, udang dan siput gondang... Alhamdulillah...

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

No comments:

Post a Comment