Tuesday, May 26, 2020

MEDANG SARSI (Cinnamomum porrectum) qudrifarm



MEDANG SARSI
(Cinnamomum porrectum)


QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Tumbuhan liar bersaiz besar ini biasanya mudah ditemui di kawasan hutan berbukit... Kebiasaannya pokoknya yg besar di hutan akan ditebang supaya pucuknya akan tumbuh dan mudah untuk dikutip sebagai ulam...

Sebagai amalan kelestarian,,, pokok yg berpotensi menghasilkan biji benih di dusun dusun qudrifarm akan dibiarkan membesar utk terus bercambah...

Bahagian batang pokok yang ditebang pula akan dimanfaatkan sepenuhnya,,, keratan batang pokok akan dijemur kering,,, dipotong kecil dan diracik halus sebagai ramuan herba kering utk pelbagai kegunaan...

Bagi ayahanda Tok Habib Alhussain Jamalullail pula,,, batang pokok dijadikan gelas minuman dan peralatan memasak yg lain... Kerana ia akan mengeluarkan aroma wangi seperti sarsi apabila digunakan...

Rendaman kulit,,, akar atau kayu pokok dijadikan ubat periuk untuk mbuang angin dalam badan,,, memanaskan badan dan juga utk ibu ibu dalam pantang...

Anak pokoknya lebih mudah diperolehi dari cambahan biji benih atau anak akar...
#eidmubarak #stayhome

SELAMAT DATANG...
Kampung Kubang Bemban,,, Naka,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...
KAMI SENTIASA MENGUMPUL DAN MEMULIHARA PELBAGAI JENIS KOLEKSI TANAMAN HERBA SEBAGAI SATU SUMBER KHAZANAH ALAM YANG PATUT DIJAGA DAN SENTIASA DIKENALI OLEH GENERASI SEMASA DAN AKAN DATANG...
PERTANYAAN,,, LAWATAN danTEMPAHAN HERBA (Semaian,,, kering dll) BOLEH HUBUNGI
Syed Elyas 0195671963 (CALL) atau
Syed Harith 0196987836 (SMS/CALL/WASSUP)...
Lebih dari 1001 jenis tanaman herba dikumpulkan disini dan para pelawat boleh mempelajari manfaat rahsia dari setiap jenis herba yg ada disini....
Tiada jualan atas talian dan pengeposan...
Buka Hari ISNIN dan KHAMIS (1400pm-1730pm) dan HARI LAIN (Temujanji)...
QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

1 comment: