Saturday, November 24, 2012

Pokok pencegah untuk sampar/hawar ayam (Newcastle Desease)…

Pokok pencegah dan  ikhtiar awal penawar untuk sampar/hawar ayam (Newcastle Desease)…

Sebagai penternak ayam kampung kecil-kecilan,,, sampar/hawar ayam sangat merisaukan… Bila sudah melanda mungkin rugi besar sebab kesannya boleh menyebabkan  kematian kesemua atau sebahagian ayam kampung yang diternak… Jadi kita kena ‘Sediakan payung sebelum hujan’ ,,, rasanya semua orang tahu makna di sebalik peribahasa ini…

Cuma sekadar perkongsian daripada petua-petua orang lama terutamanya dari otai-otai penternak ayam sabung berkaitan jenis-jenis pokok yang digunakan untuk mencegah serangan sampar/hawar ayam… Pokok-pokok ini biasanya ditanam berhampiran lau/reban ayam…

Pokok MambuAda juga orang panggil pokok semambu atau neem… Pokok nie dah jadi besar pokok balak kat QudRiFaRm… Pokok mambu banyak ditanam di tepi jalan dan kampung kerana pelbagai khasiat dan kegunaan lain…








Pokok Jeruju… Pokok nie banyak aku tengok ada kat tepi-tepi jalan terutama kat Seberang Perai… Pokok jenis nie suka tumbuh kat kawasan kuala (muara sungai)…








Pokok Cerita… Pokok renek nie ada orang panggil juga pokok hempedu bumi… Aku dok makan juga daun dia,,, memang pahit tak tau nak CERITA… Lebih pahit dari daun mambu...















Limau… Limau apa-apa pun boleh… Tapi paling baik yang bau kuat dan banyak duri… Pernah juga aku tengok ada duri-duri yang digantung dekat pintu masuk lau/reban ayam...







Dan ada dua jenis pokok lagi… Tapi aku pun tak tau nama… Satu jenis aku ambil atas gunung,,, satu lagi kalau dekat dalam hutan atau dalam kebun pun ada…

Apa-apa pun semuanya dengan izin Allah... InsyaAllah,,, teruskan berikhtiar dan berusaha... Gambar-gambar aku ambil dari internet dulu…Ada masa,,, balik kampung nanti aku ambil gambar-gambar baru… 


Yang nie mudah jumpa,,, banyak tumbuh tepi kebun atau belukar,,, bau kurang,,, bunga warna merah dan berbatang agak keras... Siapa tau nama pokok nie???


Nie gambar pokok jenis atas gunung,,, bau agak kuat dari yang biasa,,,bunga warna putih dan berbatang lembut... Yang nie pun aku tak tau nama dia...


*Selain dari vaksin-vaksin yang ada,,, petua orang lama amat berguna...

*Sesiapa yang ada petua lain lagi??? Jom kita pakat-pakat 'share'…

No comments:

Post a Comment