Pokok pencegah dan ikhtiar awal penawar untuk sampar/hawar ayam (Newcastle Desease)…
Sebagai penternak ayam kampung
kecil-kecilan,,, sampar/hawar ayam sangat merisaukan… Bila sudah melanda
mungkin rugi besar sebab kesannya boleh menyebabkan kematian kesemua atau sebahagian ayam kampung
yang diternak… Jadi kita kena ‘Sediakan payung sebelum hujan’ ,,, rasanya
semua orang tahu makna di sebalik peribahasa ini…
Cuma sekadar perkongsian
daripada petua-petua orang lama terutamanya dari otai-otai penternak ayam sabung berkaitan jenis-jenis pokok yang digunakan untuk
mencegah serangan sampar/hawar ayam… Pokok-pokok
ini biasanya ditanam berhampiran lau/reban ayam…
Pokok Mambu… Ada juga orang panggil pokok
semambu atau neem… Pokok nie dah jadi
besar pokok balak kat QudRiFaRm…
Pokok mambu banyak ditanam di tepi jalan dan kampung kerana pelbagai khasiat
dan kegunaan lain…
Pokok Jeruju… Pokok nie banyak aku tengok ada kat
tepi-tepi jalan terutama kat Seberang
Perai… Pokok jenis nie suka tumbuh kat kawasan kuala (muara sungai)…
Pokok Cerita… Pokok renek nie ada orang panggil juga pokok hempedu bumi… Aku dok makan juga daun dia,,, memang pahit tak tau nak CERITA… Lebih pahit dari daun mambu...
Limau… Limau apa-apa pun boleh… Tapi
paling baik yang bau kuat dan banyak duri… Pernah juga aku tengok ada duri-duri yang digantung dekat pintu masuk lau/reban ayam...
Dan ada dua jenis pokok lagi… Tapi aku pun tak tau nama… Satu jenis aku ambil atas gunung,,, satu lagi
kalau dekat dalam hutan atau dalam kebun pun ada…
Apa-apa pun semuanya dengan izin Allah... InsyaAllah,,, teruskan berikhtiar dan berusaha... Gambar-gambar aku ambil dari internet dulu…Ada masa,,, balik kampung nanti
aku ambil gambar-gambar baru…
Yang nie mudah jumpa,,, banyak tumbuh tepi kebun atau belukar,,, bau kurang,,, bunga warna merah dan berbatang agak keras... Siapa tau nama pokok nie??? |
Nie gambar pokok jenis atas gunung,,, bau agak kuat dari yang biasa,,,bunga warna putih dan berbatang lembut... Yang nie pun aku tak tau nama dia... |
*Selain dari vaksin-vaksin yang ada,,, petua orang lama amat berguna...
*Sesiapa yang ada petua lain lagi??? Jom kita pakat-pakat 'share'…
*Sesiapa yang ada petua lain lagi??? Jom kita pakat-pakat 'share'…
0 ulasan