Tuesday, February 5, 2013

Punca dan Petua Merawat ayam lumpuh…



Punca dan Petua Merawat ayam lumpuh…

Petua merawat ayam lumpuh atau “krem” kaki nie aku nak kongsi sebab ramai yang bertanya… Aku akan cuba kumpulkan beberapa petua-petua baru dan lama samada yang pernah aku cuba ataupun belum… Tujuan dia,,, senang la nanti kalau aku nak rujuk balik petua-petua nie

Petua pertama kenalpasti dulu punca kenapa ayam menjadi lumpuh supaya senang nak kenalpasti kaedah pemulihan yang sesuai… Sebab-sebab asas yang mungkin dapat dikenalpasti ialah serangan penyakit,,, kecederaan atau kurang vitamin…

Sebab penyakit… Penyakit yang sering menyebabkan kelumpuhan seperti hawar (ND),,, penyakit pernafasan menular (CRD) dan lain-lain penyakit saraf dan penafasan (yang menyebabkan ayam lumpuh secara serentak atau banyak)… Kebiasaannya ayam akan mudah mati sekiranya kelumpuhan berpunca daripada penyakit…

Petua  yang biasa digunapakai adalah vaksinasi dan rujuk Jabatan Veterinar terdekat

Sebab kecederaan… Kebiasaannya berlaku pada ayam dewasa dan ayam sabung/laga… Punca samada ayam terlalu berat (obesiti),,, lepas beradu,,, terlalu panas (terlebih ubat atau terlebih jemur) atau kemalangan (lompat dari tempat tinggi,,, kaki tersangkut pukat/dawai,,, terkena duri/paku dll)

Petua  yang boleh digunapakai adalah periksa tempat cedera,,, bersihkan dan gunakan minyak dan ubat berkaitan luka,,, saraf dan sendi ayam… Kaedah yang aku pernah gunapakai ialah guna bam/minyak gamat,,, minyak bawang,,, bagi minum banyak air,,, balut dengan kulit batang keladi berah (utk patah) atau dibalut dengan serai yg ditumbuk atau daun kemangi… Petua lain pula rendam kaki ayam dalam air suam rebusan serai (kalau banyak ekor jenuh rendam)

Sebab kurang vitamin… Punca samada makanan yang tidak pelbagai (tak cukup galian)… Petua yang pernah aku gunakan ialah bagi makan pil ikan,,, kepala ikan bilis,,, siput gondang dan isi udang… 

Petua mudah yang lain ialah beli makanan ayam yang tinggi galian atau tambahkan bahan-bahan yang kaya kalsium,,, vitamin B komplek dan mineral dalam makanan ayam bermula dari anak ayam…

Ini cuma satu perkongsian dan sedikit pengalaman dari aku,,, setiap kaedah atau petua dipraktikkan mungkin juga berbeza mengikut orang dan tempat…

Sumber pelbagai…

No comments:

Post a Comment