Punca dan Petua Merawat ayam
lumpuh…
Petua merawat ayam lumpuh atau “krem” kaki nie aku nak kongsi sebab
ramai yang bertanya… Aku akan cuba kumpulkan beberapa petua-petua baru dan lama
samada yang pernah aku cuba ataupun belum… Tujuan dia,,, senang la nanti kalau aku nak rujuk balik petua-petua
nie…
Petua pertama kenalpasti dulu punca
kenapa ayam menjadi lumpuh supaya
senang nak kenalpasti kaedah pemulihan yang sesuai… Sebab-sebab asas yang
mungkin dapat dikenalpasti ialah serangan penyakit,,,
kecederaan atau kurang vitamin…
Sebab penyakit… Penyakit yang sering menyebabkan kelumpuhan seperti
hawar (ND),,, penyakit pernafasan menular (CRD) dan lain-lain penyakit saraf
dan penafasan (yang menyebabkan ayam lumpuh secara serentak atau banyak)…
Kebiasaannya ayam akan mudah mati sekiranya kelumpuhan berpunca daripada
penyakit…
Petua yang biasa digunapakai adalah vaksinasi dan rujuk Jabatan Veterinar
terdekat…
Sebab kecederaan… Kebiasaannya berlaku pada ayam dewasa dan ayam
sabung/laga… Punca samada ayam terlalu berat (obesiti),,, lepas beradu,,,
terlalu panas (terlebih ubat atau terlebih jemur) atau kemalangan (lompat dari
tempat tinggi,,, kaki tersangkut pukat/dawai,,, terkena duri/paku dll)
Petua yang boleh digunapakai adalah periksa tempat cedera,,, bersihkan dan
gunakan minyak dan ubat berkaitan luka,,, saraf dan sendi ayam… Kaedah yang
aku pernah gunapakai ialah guna bam/minyak
gamat,,, minyak bawang,,, bagi minum banyak air,,, balut dengan kulit
batang keladi berah (utk patah) atau dibalut dengan serai yg ditumbuk atau daun
kemangi… Petua lain pula rendam kaki
ayam dalam air suam rebusan serai (kalau banyak ekor jenuh rendam)…
Sebab kurang vitamin… Punca samada makanan yang tidak pelbagai (tak
cukup galian)… Petua yang pernah aku gunakan ialah bagi makan pil ikan,,, kepala ikan bilis,,, siput gondang dan isi udang…
Petua mudah yang lain ialah beli makanan ayam yang tinggi galian atau tambahkan
bahan-bahan yang kaya kalsium,,, vitamin
B komplek dan mineral dalam makanan ayam bermula dari anak ayam…
Ini cuma satu perkongsian dan
sedikit pengalaman dari aku,,, setiap kaedah atau petua dipraktikkan mungkin juga
berbeza mengikut orang dan tempat…
Sumber pelbagai…
0 ulasan