Sunday, December 1, 2013

Jom Kenali Pokok : Pudina / Mint de QudRiFaRm...


Peppermint (Mentha x piperita)

Klasifikasi Scientific

Kingdom: Plantae

(unranked): Angiosperms

(unranked): Eudicots

(unranked): Asterids

Order: Lamiales

Family: Lamiaceae

Genus: Mentha

Binomial name

Mentha × piperita L.

Pudina/Mint atau Mentha (B.Latin) adalah tumbuhan genus termasuk kira-kira 25 species berasal dari Europah, Afrika, Amerika Utara and Asia. Tumbuhan ini tumbuh setinggi 2 hingga 3 kaki dan mengeluarkan batang bercabang empat sisi, daun bertentangan dan bunga kecil. Tumbuhan pudina mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan perubatan.

Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
  • mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
  • mentha aquatica untuk merawat cirit birit,
  • mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.

Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 

Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.
Sumber: Buku/pamplets/Wikipedia

No comments:

Post a Comment