Monday, December 30, 2013

Madu Kelulut QudRiFaRm...

Kelulut di QudRiFarm diternak di dalam kawasan kawasan dusun buah-buahan yang dikelilingi persekitaran asli tumbuhan liar hutan,,, herba-herba dan bunga-bungaan liar serta tanaman...

DAPATKAN MADU KELULUT ASLI DI QudRiFaRm...
BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:
019-5671963 (ELYAS)


DAPATKAN JUGA MAKLUMAT TERKINI SERTA AKTIVITI DI PAGE QudRiFaRm...

ATAU TERUS KE LOKASI DAN BOLEH RASA DAN TENGOK SENDIRI PROSES MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:
QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>


Mengapa madu kelulut dipilih????
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.
Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).
“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan   nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

No comments:

Post a Comment