RAMADHAN KAREEM
Pokok enau juga dikenali dengan nama panggila pokok nau,,, aren,,, irok,,, kabung,,, kabong,,, kantor,,, sugar palm,,, arenga palm,,, gomuti palm dan mungkin ada lagi nama-nama panggilan tempatan lain... Nama botaninya adalah Arenga pinnata...
Isi buah enau yang sudah siap diproses adalah sesuatu yang sangat sedap dibuat campur anair sirap ais di bulan Ramadhan dan musim perayaan nanti...
Tetapi ia bukanlah mudah untuk mendapatkan isi kabung yang benar-benar selamat untuk dimakan... Ia memerlukan kemahiran dan kaedah pemprosesan yang betul... Kerana ianya boleh memudaratkan sekiranya kita sendiri tidak mahir memprosesnya... Ia mempunyai pelindung semulajadinya berupa getah yang sangat gatal sekiranya terkena pada badan atau yang mengambilnya...
Namun setiap kali menjelang Ramadhan isi buah enau ini antara pilihan utama kami untuk dijadikan sebagai campuran dalam pelbagai jenis air minuman,,, cendol dan laicikang... Bukan sekadar sedap dan segar dimakan,,, ia juga miliki manfaatnya sebagai penyejuk badan...
Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa InggeriS: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya : Arenga pinnata.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah daun kelapa. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.
Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.(sumber wikipedia)
Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm