Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

PENTERNAKAN IKAN TILAPIA

Dicatat oleh ELYAS Thursday, June 24, 2010 0 ulasan

PENTERNAKAN IKAN TILAPIA


Dalam musim cuti yang singkat ini,,, sempat juga aku berjumpa dengan seorang kakitangan yang berpengalaman di pusat pengembangan akuakultur untuk mempelajari beberapa teori dan praktikal dalam mengendalikan penternakan ikan tilapia... Banyak juga yang aku tanya,,, dapat juga tambah ilmu... Mana tahu nanti boleh jadi penternak ikan pula... Di sini aku nak kongsi secara teori apa yang dikumpul dan diperolehi... Langkah pertama dan seterusnya adalah :



PEMILIHAN TAPAK


Ini adalah syarat pertama yang mesti kena ada... Iaitu tempat untuk menternak... Samada sewa,,, sendiri pajak atau apa sahaja yang halal dan dibenarkan... Kemudian,,, lokasi yang dipilih perlu ditentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity)... Kerana kualiti air adalah bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar... Termasuklah,,, aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan atau punca air,,, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar... Faktor-faktor penting lain yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan tapak dan pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air,,, kedalaman air dan kelajuan air... Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif... Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah atau nama saintifik Oreochromics niloticus adalah :

i. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air – 6-8
iii. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan – 0-20 ppt


Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar... Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar... Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair... Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture)... Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik... Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan,,, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati... Jika kelajuan air terlalu kuat,,, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat...


REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR

Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’... Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi... Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE ( High density polyethlene )... Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter... Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu... Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe ) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos...


PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH

Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan... Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan... Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan,,, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz...


PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH

Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan... Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat,,, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar... Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan 'haba'...


KADAR PELEPASAN BENIH

Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal,,, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,,, peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi... Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor),,, anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor...


KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar... Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan... Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar...


PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA

Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, ,, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup... Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam)... Benih tilapia yang bersaiz 7-10cm (50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor... Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar... Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut (stress)...


PEMASARAN IKAN TILAPIA

Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati... Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati... Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram...

KAMBING @ QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Friday, June 18, 2010 0 ulasan

KAMBING @ QudRiFaRm,,, SEKILAS PANDANG

Bapak Dogoi...



Alhamdulillah,,, kambing2 yang masih sihat...


Dah naik atas Frontier untuk dihantar kepada pembeli...

Dalam kesempatan ini,,, hanya gambar2 ni saja yang sempat diambil,,,, insyaAllah,,, ada kesempatan nanti ambil lain...

DURIAN,,, OH,,, DURIAN,,,

Dicatat oleh ELYAS Thursday, June 3, 2010 0 ulasan

DURIAN,,, OH,,, DURIAN,,,

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA,,, KEPADA MEREKA YANG PULANG DARI PERANTAUAN,,, ADIK-ADIK YANG BERCUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN,,, GURU-GURU,,, IBU BAPA,,, CUCU-CUCU DAN SEMUA MEREKA YANG SEDANG BERCUTI... TAK LUPA JUGA BUAT MEREKA YANG BERCUTI SETIAP HUJUNG MINGGU SAHAJA...

Kalau sebut pasal cuti pasti kita akan teringat pasal kampung... Kampung dengan suasana yang masih menghijau,,, dimana KU MELIHAT HIJAU,,, tiupan angin segar yang nyaman,,, ketenangan dari hiruk-pikuk kota dan bandar...

Bagi mereka yang pulang ke kampung,,, dan kebetulan pula berada dalam musim buah sudah pasti cuti kali ini lebih meriah kerana dapat pakej percutian ‘extra’... Bagi mereka yang ada dusun,,, tak kisah lah dusun atuk,,, bapa saudara,,, ayah mentua,,, atau siapa sahaja janji tuan dusun izin kita pungut hasil dan makan pasti akan merasa puas... Ya,,, hasil kerja sendiri (mengutip dan makan pun jadilah)... Pagi-pagi lagi sudah meronda mengutip buah durian yang gugur,,, memetik rambutan,,, manggis,,, langsat,,, dukung dan banyak lagilah,,, itupun kalau ada macam-macam pokok buah-buahan (kelapa dengan pinang??? pun bolehlah)...

Bagi mereka yang tidak ada dusun pun berpeluang menikmati musim buah... Kerana dalam musim buah akan tumbuh banyak pokok payung di tepi jalan... Sebatang pokok payung akan menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan... Kadang-kadang di sepanjang jalan kita akan lihat barisan panjang pokok payung yang tumbuh... Setiap pokok payung mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan buah-buahan masing-masing... Jadi,,, sebagai pengguna kita cuma perlu bijak memilih dan pandai tawar menawar dengan tuan punya pokok payung...

Di sini saya ingin berkongsi tips terutama dalam memilih buah durian di bawah pokok payung yang tumbuh di sepanjang jalan terutama di musim buah,,, walaupun tidak selalu tepat,,, insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu (secara umum) :::

1. Pilih buah yang kelima juringnya terisi sempurna... Kalau ada juring yang kosong (tidak berisi daging buah),,, kebiasaanya bentuk buah tidak simetri (melengkung),,, duri mengecil,,, dan mengumpul...

2. Periksa seluruh permukaan kulit buah,,, jangan sampai ada lubang bekas ulat... Biasanya lubang ini berukuran sebesar kepala jarum pentul,,, kulit di sekelilingnya menjadi keperangan (kecoklatan) ,,, dan sering terdapat bekas kotoran ulat (kalau belum dibersihkan oleh penjual)... Elakkan membeli kalau si penjual mengatakan : “Ini tidak apa-apa,,, cuma luarnya saja”,,, kebiasaannya isi di dalam sudah habis dimakan ulat...

3. Pilih bentuk buah yang hampir bulat seperti bola,,, ia kebiasaannya mempunyai daging buah yang lebih tebal daripada buah yang berbentuk bulat memanjang... Kerana ruang untuk daging buah menjadi lebih lebar,,, dan pembengkakan ini menyebabkan kulitnya agak lebar...

4. Jangan membeli buah durian yang diikat seluruhnya atau dibungkus dengan daun,,, kerana daun tersebut dapat menyembunyikan bahagian yang cacat atau mungkin hujung kulit buahnya sudah merekah,,, sehingga isinya sudah dimasuki angin...

5. Durian yang sudah masak kebiasaannya berbau atau beraroma tajam,,, terutama pada bahagian hujung buah... Perhatikan kulit di hujung buah belum merekah,,, tetapi sudah mengeluarkan aroma... Tetapi berhati-hati juga pada penjual yang nakal,,, kerana durian yang tidak masak boleh dihasilkan bau dengan air cucian tangan mereka yang baru saja makan durian,,, sehingga durian yang tidak masak pun dapat mengeluarkan bau harum...

6. Durian yang sudah masak juga dapat diketahui melalui suara gemanya,,, apabila kulitnya dipukul menggunakan hulu (pemegang) pisau... Bunyi “bluk…bluk…bluk…” menandkan bahawa buah sudah cukup masak... Sebaliknya kalau berbunyi “plek…plek…plek…” menandakan ia belum enak dimakan... Seorang penjual durian yang sudah ahli (mahir) hanya cukup sekadar menggarukkan kukunya di atas duri-duri tajam,,, dan dengan ketajaman telinganya ia dapat “mendengar” mana durian yang masak dan mana yang masih mentah...

7. Melihat pada tangkai buah,,, kalau tangkai yang dipotong dengan pisau ia menunjukkan bahawa buah dipetik sebelum masak (mengkal),,, ia hanya enak dimakan setelah diperam selama 2-3 hari... Durian yang jatuh semulajadi mempunyai ciri hujung tangkai buah yang tidak rata,,, buah tersebut boleh dimakan secara langsung tanpa perlu diperam...

8. Tebal atau nipisnya isi durian dapat juga dilihat dari ketebalan tangkai buahnya... Kalau tangkai buah tebal dan pendek,,, ia cenderung menghasilkan daging buah yang tebal,,, kerana semakin besar diameter dan semakin pendek tangkai buah,,, maka akan semakin cepat dan banyak karbohidrat masuk dari daun ke dalam buah(secara saintifik),,, dan hasilnya ialah isi buah yang lebih tebal... Tapi,,, kalau tangkai buah kurus dan panjang,,, kebiasaannya isi buah yang dihasilkan adalah nipis...

9. Kalau hendak menentukan ukuran saiz biji samada besar atau kecil,,, ambil dua biji durian yang sama besar,,, angkat dan bezakan berat antara kedua-duanya,,, kalau ringan maka isinya tebal dan berbiji kecil...

10. Melihat kepada duri yang terdapat pada kulit buah... Buah yang berduri kecil dan rapat cenderung mempunyai isi lembik (tinggi kandungan airnya),,, sedangkan buah yang berduri besar dan jarang akan mempunyai isi yang lebih kering...

11. Kalau nak lihat warna isi tanap menebuk buah,,, warna isi buah agak sukar untuk dinilai dari penampilan luar buah durian... Tetapi ketika kalau masih di pohonnya,.. kita boleh mencuba dengan melihat warna pada bahagian belakang daunnya... Bahagian atas daun jelas berwarna hijau,,, tetapi bahagian belakangnya akan berwarna keperakan atau keemasan... Daun yang keperakan biasanya menghasilkan buah dengan isi putih,,, sedangkan daun yang keemasan akan mempunyai isi buah yang kekuningan...

12. Awas!!! Jangan membeli buah yang berukuran terlalu besar (lebih dari 4 kg),,, pada kebiasaannya isi buah yang terlalu besar tidak akan masak merata... Bahagian tengah dan hujung sudah boleh dimakan,,, tetapi bahagian pangkalnya masih keras dan belum manis...

13. Lihat pada contoh buah yang sudah dibuka,,, kalau ternyata berkualiti baik,,, maka carilah buah dari jenis yang sama (dari satu pohon),,, besar kemungkinan juga kualitinya adalah sama... Ia dapat dilihat dari ciri warna kulit,,, bentuk duri,,, dan bentuk buah yang sama...

INI CUMA CADANGAN KEBARANGKALIAN,,, MUNGKIN KITA BOLEH GUNA KETIKA MEMBELI BUAH DURIAN DI BAWAH POKOK PAYUNG (GERAI TEPI JALAN)...

PASTURA DAN FODER

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, May 25, 2010 0 ulasan

PASTURA DAN FODER

Dalam kesempatan musim cuti yang ada aku rasa inilah masa yang sesuai untuk bersama membantu di Qudrifarm,,, dalam kesempatan yang ada juga aku berpeluang membuat catatan mengenai kerja-kerja yang sedang dijalankan…

Sebagai tapak baru untuk ternakan,,, banyak kerja-kerja yang hendak dibuat… InsyaAllah tahun depan semua ternakan akan dipindahkan ke sini... Bermula dengan kerja pembersihan dan penyediaan tapak,,, penanaman rumput dan tumbuhan untuk ternakan bermula sejak beberapa bulan lalu,,, serta kerja berat yang masih dalam proses,,, adalah pembinaan kandang baru…

Bagi tajuk kali ini,,, aku ingin mengajak pembaca berkenalan denagan PASTURA dan FODER ... Sebelum itu,,, kerja -kerja penanaman tumbuhan untuk ternakan telah dibuat sebelum ternakan sampai… Ini bagi mengelakkan kekurangan bekalan,,, terutama di musim kemarau ini... Di sini ada dua jenis tumbuhan ternakan yang ditanam,,, pertama dari jenis rumput dan setakat ini,,, aku cuma ada tiga jenis rumput yang ditanam,,, tumbuhan kedua dari jenis pokok seperti kelapa sawit,,, petai belalang dan beberapa jenis lagi yang dikatakan mempunyai khasiat untuk ternakan…

Sekarang,,, jom kita berkenalan pula dengan PASTURA dan FODER... Orang di kampung saya memang cukup kenal dengan PASTURA dan FODER nih...

Kalau sebut pasal PASTURA mesti akan ditanya pasal FODER...

Apa sebenarnya PASTURA dan FODER ini???

Sebenarnya perkataan ini digunakan secara khusus berkaitan dengan pengurusan rumput atau tumbuhan untuk ternakan… Maksud PASTURA sebenarnya adalah rumput yang ditanam,,, kemudian ternakan dibenarkan bebas meragut di padang rumput… Kalau FODER pula berkaitan kerajinan,,, sebab kena kerja lebih sedikit,,, foder adalah rumput atau lain-lain tumbuhan berdaun yang ditanam,,, kemudian dipotong dan diangkut untuk diberi makan kepada ternakan... Dah kenal??? Jom kita bersiar-siar dengan kerja-kerja yang dijalankan disini pula...

Dalam cuaca agak panas dan kering ini,,, kerja-kerja semaian anak benih rumput hanya dijalankan di sekitar kandang saja… Benih-benih yang baru dan muda cepat kecut,,, kering dan mati kalau tanam terus di kawasan padang terbuka kalau tak disiram… Kalau hidup pun rumput tak ‘gemuk’,,, saiz daun tak besar…

Kerja yang sesuai musim sekarang cuma membersih kawasan,,, menyediakan tapak dan membina kandang… Tanah-tanah digemburkan,,, untuk menambahkan rongga-rongga tanah,,, setengah orang cakap untuk melembutkan tanah atau mendapatkan leraian (texture) tanah yang baik…

Permulaan musim hujan adalah masa terbaik untuk menanam rumput…

Kawasan

Musim Kering

Musim Hujan

Pantai Barat
Utara Semenanjung
(* Alor Star )

Musim kering agak panjang semasa Monsun Timur Laut ( November- March) dan Musim kering yang tidak bagitu panjang semasa Monsun Barat Daya (Jun - Ogos)

Dua kali setahun, iaitu pada setiap Musim Peralihan Monsun pada bulan April/ Oktober

Pantai Barat
( * Melaka )

Pada pertengahan Monsun Timur Laut (akhir Disember - Februari) dan semasa Monsun Barat Daya (Mei - September)

Hujan lebih kerap kedua-dua musim Peralihan Monsun, pada bulan April/Mei dan Oktober/September

Pantai Timur
(* Kota Bharu dan
Kuala Terengganu )

Dua kali setahun iaitu semasa musim Peralihan Monsun (akhir March-April) dan semasa Monsun Barat Daya (Mei - September

Musim Hujan yang nyata semasa Monsun Timur Laut (November - March)

Kawasan Tengah
(* Tanah Rata Cameron
Highland )

Musim kering yang panjang semasa Monsun Barat Daya (akhir Mei - September)

Hujan lebih kerap pada bulan March - Mei dan Oktober - Disember

Kawasan Selatan

Mendapat taburan hujan yang hampir sekata tanpa mengalami musim kering atau hujan yang bagitu nyata, melainkan stesyen di Mersing, Johor yang mencatatkan musim kering pada bulan April - Julai dan musim hujan semasa Monsun Timur Timur (November - Januari)


Rumput yang ditanam disini biasanya menggunakan biji benih dan pecahan perdu untuk untuk rumput guinea,,, kalau rumput gajah atau napier biasanya kaedah keratan batang dengan pecahan perdu…

Terlupa pula,,, disini ada beberapa jenis pastura,,, foder dan kekacang yang disyorkan untuk ditanam sebagai makanan ternakan…

Pastura / Foder

Nama Biasa

Nama Saintifik

Rumput Star

Cynodon plectostachyus

Rumput Signal

Brachiaria decumbens


Brachiaria humidecola

Rumput Para

Brachiaria mutica

Rumput Kuda / Guinea

Panicum maximum cv.- Colonio, cv. Hamil, cv. -Typica

Rumput Gajah / Napier

Pennisetum purpureum

Rumput Kazungula

Setaria sphacelata cv. kazungula

Rumput Splendida

Setaria sphacelata var. splendida

Rumput MARDI Digit/Pangola daun Lebar

Digitaria setivalva

Kekacang

Nama Biasa

Nama Saintifik

Centro

Centrosema pubscens

Stylo

Stylosanthes guyanensis

Puero / Kudzu Tropika

Pueraria phaseoloides

Calapo

Calapogonium mucunoides

Petai Belalang /Ipil-ipil

Leucaena leucocephala


Bagi menghasilkan mutu dan kualiti tumbuhan ternakan yang sentiasa tinggi dan mempunyai jangkamasa hidup yang panjang pembajaan juga penting… Nak cari baja??? Senang saja,,, cuba pusing di sekitar kandang,,, paling tepat bawah kandang… Mesti ada baja tersimpan disitu… Baja asli dari najis ternakan dan kompos… Seelok-eloknya baja ini dikumpulkan,,, disimpan,,, dirawat,,, atau dibiarkan terurai secara semulajadi atau dibakar bagi mengurangkan jangkitan kuman pada ternakan melalui tumbuhan yang dimakan… Tetapi jangan terkena pada daun… Baja kimia juga boleh digunakan…

Tetapi perlu diingat setiap pembajaan perlu mengikut kadar dan keperluan rumput tanaman… Pada peringkat permulaan,,, pembajaan awal biasanya dibuat beberapa hari sebelum menanam atau semasa menanam... Proses ini bertujuan untuk mengalakkan perkembangan akar dan pertumbuhan permulaan yang sihat dan tegap untuk pembesaraan dan perkembangan seterusnya... selepas itu pembajaan boleh dilakukan secara berskala mengikut kadar tertentu…

InsyaAllah ada kesempatan nanti kita akan berkenalan dengan beberapa ekor kambing kesayanganku dan beberapa jenis rumput untuk ternakan pula...


Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani