DURI TAMBUN TAHI
(Nama botani masih belum diperolehi secara tepat,,, mungkin ada yang boleh membantu)
Pokok duri tambun tahi/taik... Tumbuhan liar ini biasanya mudah ditemui di pinggir-pinggir paya atau kawasan lembap... Ianya memilik duri yang panjang dan keras mengelilingi setiap ranting dan dahannya...

Bagaimana ia mendapat namanya??? Berdasarkan cerita dari orang lama-lama yang saya temui,,, menurut ceritanya bahagian durinya dikatakan sangat berbisa sehinggakan boleh menyebabkan orang yang tertusuk durinya tidak dapat bergerak kemana-mana... Jadi disitulah tempat ianya menetap menjadi tempat ianya dirawat,,, makan minum dan membuang najis... Sehingga terjadilah perkataan tambun tahi akibat pembuangan najis disatu tempat sahaja akibat tidak boleh bergerak kemana-mana tempat... Sekadar cerita secara lisan dari orang lama-lama yang dikumpul...