Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

POKOK KERCUT

(Lepironia articulata)

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Tumbuhan liar yang berasal dari kawasan paya ini merupakan tumbuhan yang mempunyai manfaat pelbagai guna... Ia biasanya ditemui tumbuh meliar di kawasan berair seperti paya,,, pinggir sawah dan kolam-kolam tadahan air...


Pokok kerchut biasanya dituai dari pokok yang ditanama atau dipungut secara liar... Ia biasanya  boleh mencapai sehingga semeter atau lebih... Bahagian dalam batang/daunnya berongga dan sesuai untuk dijadikan penyedut minuman (straw organik)...

Daun pokok kerchut yang dituai juga dijadikan peralatan rumah seperti tikar,,, alas meja,,, tali,,, pakaian,,, bakul dan alat hiburan seperti serunai... ia juga memiliki manfaat tradisional  bagi masalah berkaitan kulit menurut arwah nenek saya...

Sekarang di beberapa buah negara terutamanya di Asia Tenggara,,, penyedut minuman dari pokok kerchut sudah di ketengahkan sebagai satu galakan kempen kesedaran alam sekitar,,, menggalakkan penggunaan bahan mudah lupus yang tidak mencemarkan alam sekitar... Ia sering dijadikan penyedut minuman organik (straw) terutamanya di kawasan-kawasan tarikan pelancongan

QUDRIFARM ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

POKOK HANYIR IKAN
(Houttuynia cordata)


Cukup sekadar terpijak daun atau dipegang bahagian daun pasti akan ada bau seperti hanyir ikan yg keluar dari daun ini... 🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃


Pokok hanyir ikan ini merupakan tanaman yg tumbuh melata seperti tanaman pegaga atau kaduk,,, ia menyembunyikan bahagian dahan yg akan memegang dan berada dalam tanah... 

Bahagian daun sahaja yg akan keluar di permukaan dan akan mengeluarkan bau yg kuat jika terpijak atau dipetik... 😣🌱😣🌱😣🌱 😣🌱😣🌱😣🌱😣🌱😣🌱😣🌱

Pokok hanyir ikan bukan sekadar dijadikan tanaman penutup bumi,,, ia juga cantik dijadikan tanaman hiasan gantung... Bunganya berkelopak dan bewarna putih menjadikan bunganya terserlah apabila berbunga...

Tahukah kita,,, pokok hanyir ikan sudah lama dimanfaatkan sebagai bahan masakan dan perasa seperti sup ikan dan sup sayur disamping manfaat tradisional bagi masalah pernafasan...

Bagi para petani di pedalaman dan tanah tinggi,,, daunnya yang dihancurkan akan diletakkan di dalam bubu bagi menarik masuk ikan ke dalam perangkap ikan yang ditahan...

Selain penggunaan secara tradisional,,, kini terdapat produk-produk kesihatan berasaskan pokok hanyir ikan ini yang dijadikan teh untuk manfaat masalah pernafasan dan berkaitan peparu... Tetapi baunya boleh tahan sama seperti daun segar juga 🍵😣🍵😆🍃😆🍃😆 Siapa pernah dan hendak cuba???

Selain itu,,, ia juga merupakan bahan yang boleh dijadikan campuran secara organik dalam menyediakan bahan pengawal serangga semulajadi di taman herba kami...

Rakaman menunjukkan pokok hanyir ikan yg subur selepas hujan di laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani