Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile
Showing posts with label Itik. Show all posts
Showing posts with label Itik. Show all posts

Penyakit-penyakit utama yang sering menyerang ayam...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, May 2, 2013 2 ulasan

Kali nie aku nak buat buku nota simpanan sendiri yang panjang sikit (penerbitan semula)... Nota nie boleh la aku nak buat rujukan kegunaan sendiri di masa depan... Senang sikit nak check benda-benda berkaitan penyakit ayam,,, tak payah nak tengok yang panjang-panjang... Tertarik dengan nota nie jadi aku rasa patut simpan benda yang bermanfaat macamnie... Aku bukan pakar atau ada apa2 kelulusan dalam bidang penternakan nie,,, cuma nota yang aku pilih nie yang paling ringkas dan yang senang aku paham...

Penyakit-penyakit utama yang sering menyerang ayam ada 10,,, seperti di bawah...

1. COCCIDIOSIS


* Penyebab adalah protozoa – Eimeria sp.
* Proses infeksi 4 – 7 hari
* Menyebabkan kerosakan tisu usus
* Protozoa membiak pantas dalam sel perumah.

ETIOLOGI

* Coccidia sentiasa hadir di reban
* Penyakit terjadi bila makan terlalu banyak sporulated oocysts
* Oocysts membiak dalam najis
* Mencemari makanan, debu, air, litter, lantai dan tanah
* Jangkitan melalui peralatan, pakaian, serangga dan haiwan lain

PATOGENESIS

* Perebakan penyakit bergantung pada ketahanan badan, tahap pemakanan dan kehadiran penyakit lain
* Spesis yang bahaya: Eimeria necatrix, Eimeria tenella
* Ayam dewasa lebih resistan akibat pendedahan terdahulu

PENEMUAN KLINIKAL

* Berbeza ikut kumpulan ayam

Antaranya:

* Kenaikan berat badan menurun
* Morbidity dan mortality tinggi
* Cirit-birit teruk
* Hilang selera makan
* Pengeluaran telur berkurangan
* Darah berkumpul/beku dalam ceca
* Najis berdarah
* Lesi pada anterior-pertengahan usus
* Dinding usus menebal lumen membesar dan mengandungi darah
* Kehilangan air – dehydrasi
* Crop dipenuhi air

DIAGNOSIS

* Disahkan dengan penemuan oocysts dalam najis atau kikisan dinding usus
* Keadaan kumpulan ayam yang berubah dari biasa
* Bedah siasat ( 5 ekor hidup dan 5 ekor mati)

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Lantai jaring – sangkar
* Rawatan dengan Coccidiostat melalui minuman
* Singkiran atau jualan segera
* Disinfeksi reban

2. HELMINTHIASIS



Gambar atas : Perbezaan keadaan ayam
akibat Herminthiasis dengan ayam yang sihat

* Pada penelur dan ayam baka
* Ayam daging jarang berlaku sebab waktu pemeliharaan yang singkat
* Penyebab: cacing gelang dan cacing pita
* Cacing pita perlu perumah perantara
* Peternakan moden bebas cacing kecuali sistem berlantai atau sereban

ETIOLOGI

* Termakan telur atau larva cacing
* Memakan serangga, kumbang, siput dan lintah
* Ayam dalam sangkar – makan lalat

PATOGENESIS/ KLINIKAL

* Hilang selera makan
* Terbantut
* Lemah
* Kematian bila cacing sekat saluran usus
* Tempat penemuan lesi bergantung jenis cacing yang terlibat

Antaranya:

* Penebalan, inflamasi dan nodular pada dinding ceca
* Crop dan esofagus
* Dinding usus kecil menebal

DIAGNOSIS

* Jumpa cacing atau telurnya dengan banyak
* Penemuan nekropsi

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Amalan sanitasi
* Memusnahkan perumah perantara
* Asing ayam menurut spesis dan umur
* Guna ubat yang diluluskan supaya produk dapat dipasarkan

3. MAREK’S DISEASE


Keadaan ayam : Marek's Disease

* Penyakit neoplasm
* Herpes virus
* Berlaku merata tempat kecuali kawalan yang tegas.

ETIOLOGI

* Herpes virus (serotype 1 dan 2)
* Berjangkit
* Virus matang di folikel rerambut dan dilepaskan di udara
* Boleh hidup bertahun dalam reban dan udara
* Jangkitan melalui pernafasan

PENEMUAN KLINIKAL

* Paralysis (lumpuh)
* Kebanyakannya monyok dan mati
* Pada lesi ditemui pembesaran saraf, limfoid tumor samada berbentuk diffuse atau nodular pada hati, limpa, jantung, buah pinggang dan otot.
* Folikel rerambut membesar pada ayam daging – dimusnahkan

DIAGNOSIS

* Histologikal
* Saraf membesar
* Tumor pada kebanyakan organ pada ayam berumur lebih 3 minggu

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Vaksinasi ditempat penetasan
* Amalan sanitasi yang baik terutama pada awal penetasan
* Kekuatan imuniti terbentuk 7 – 14 hari
* Membentuk ketahanan genetik

4.INFECTIOUS BURSAL DISEASE


Keadaan ayam : Gumboro / infectious disease
Gumboro disease

* Akut
* Berjangkit
* Ciri yang ditunjukkan ialah edema pada cloacal bursa, “vent picking” dan kematian pada ayam berumur 3 – 6 minggu)

ETIOLOGI

* Virus IBD
* Membiak dalam najis
* Merebak melalui peralatan seperti sangkar dan kenderaan

PENEMUAN KLINIKAL

* Sekiranya ada jangkitan, vaksin untuk ND, IB dan MD tidak akan berkesan
* (3 – 4 hari) menunjukkan tanda-tanda:
* Prostration
* Incoordination
* Cirit-birit
* Vent picking
* Inflamasi pada cloaca
* Lesi yang ditemui:
* Cloacal bursa bengkak, edema dan kekuningan
* Bahagian pektoral, peha dan otot kaki alami pendarahan
* Ayam yang pulih terbantut

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Tiada rawatan
* Disinfeksi ladang
* Vaksinasi (Live IBDV) melalui mata, minuman atau bawah kulit peringkat grower dan sebelum waktu bertelur pada ayam pembiak supaya ayam daging/penelur bebas penyakit

5. NEWCASTLE DISEASE (HAWAR)


Keadaan ayam : Newcastle disease/hawar
* Akut
* Melibatkan sistem pernafasan
* Disebabkan oleh virus
* Menunjukkan tanda gangguan saraf atau cirit-birit dan pembengkakan bahagian kepala

ETIOLOGI

* Virus Paramyxo
* Menyebabkan sindrom pernafasan/saraf atau sindrom viscerotropik
* Virus dalam cecair hidung, najis, telur dan udara hembusan dari paru-paru
* Jangkitan melalui udara, air dan makanan tercemar

PENEMUAN KLINIKAL

Gangguan sistem pernafasan:

* Sesak nafas dan batuk

Gangguan saraf:

* Drooping wing, kaki menggeletar, Kepala teleng, berpusing, berundur semasa minum, monyok, lumpuh
* Telur berubah warna dan bentuk
* Keluaran telur menurun
* Albumin cair

Gangguan viscerotropic

* Cirit-birit (cair dan kehijauan)
* Bengkak tisu mata dan leher
* Kematian hampir 100 % bagi dewasa
* Lesi pelbagai merujuk tanda penyakit yang ditunjukkan

DIAGNOSIS

* Pengasingan virus di makmal dengan menggunakan ND antiserum sebagai inhibitor

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Pemberian vaksin melalui air minuman (anak ayam berumur sehari)
* Titisan pada mata atau hidung

6. PULLORUM DISEASE


Keadaan ayam : Pullorum disease
* Kematian tinggi pada anak dan dewasa
* Kebanyakan tempat telah dibasmi dan membentuk ladang bebas penyakit
* Disebabkan oleh bakteria

ETIOLOGI

* Bakteria Salmonella pullorum
* Jangkitan melalui telur menyebabkan kematian tinggi peringkat umur sehari – 3 minggu
* Anak ayam berkumpul pada punca haba, tidak makan, mengantuk dan najis berwarna putih keliling anus
* Ayam pulih, kuman bersarang dalam ovari
* Bila telur menetas, lahir generasi berpenyakit

PENEMUAN KLINIKAL

Lesi peringkat anak:

* Yolk sacs tidak diserap
* Hati/limpa alami focal necrosis
* Nodular pada paru-paru, jantung dan gizzard
* Material seperti keju dalam ceca
* Bengkak sendi

Lesi peringkat dewasa:

* Pericarditis
* Peritonitis

DIAGNOSIS

* Pengasingan Salmonella pullorum

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Furazolidone 0.022 % dalam makanan
* Pemeriksaan berjadual kumpulan pembiak

7. EGG DROP SYNDROME (EDS)


Keadaan : Egg Drop Syndrome
* Telur yang dikeluarkan bercengkerang lembut atau tidak terbentuk dengan sempurna walaupun ayam kelihatan sehat

ETIOLOGI

* Adenovirus
* Jangkitan melalui telur
* Tinggal dalam badan sehingga ayam sampai peringkat matang
* Virus keluar melalui najis
* Jangkitan melalui pencemaran
* Jangkitan berlaku perlahan
* Berlaku pada baka pembiak ayam daging atau penelur yang mengeluarkan telur bewarna perang
* Jangkitan boleh berlaku melalui peralatan seperti sangkar, lori serta serangga
* Telur bervirus menetas, ayam sehat hingga peringkat bertelur

PENEMUAN KLINIKAL

* Kehilangan warna pada telur
* Cengkerang nipis dan mudah pecah
* Telur tanpa cengkerang
* Pengeluaran telur berkurang sehingga 40 %

DIAGNOSIS

* Pengeluaran telur kurang mendadak pada puncak pengeluaran
* Kejadian berlaku kepada beberapa kumpulan ayam yang berlainan
* Berbeza dengan Newcastle disease dan Influenza kerana ayam nampak sehat

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Tiada rawatan
* Ternak ayam yang bebas penyakit
* Beri vaksin oil adjuvant pada usia 14 – 18 minggu

8. INFECTIOUS BRONCHITIS


Keadaan ayam : Infectious Bronchitis
* Akut
* Cepat berjangkit
* Disebabkan jangkitan virus

ETIOLOGI

* Corona virus
* Ayam yang pulih akan imun pada jangkitan
* Melalui pencemaran cecair dari hidung

PENEMUAN KLINIKAL

* Batuk setelah 18 –48 jam terdedah pada virus
* Cecair hidung pada anak ayam sahaja
* Ada kes bengkak bahagian muka
* Air mata meleleh
* Morbidity 100 %
* Gangguan pernafasan berkurang 2 – 3 minggu
* Mortality 60 % pada anak ayam
* Kurang mortality pada ayam pada ayam berumur lebih 5 minggu
* Pengambilan makanan menurun
* Pengeluaran telur menurun hingga 50 % dengan kualiti telur yang rendah

DIAGNOSIS

* Pengasingan virus di makmal
* Kejadian penyakit yang akut di mana 100 % morbidity

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Tiada rawatan
* Tambah selera makan
* Baiki pengudaraan akan kurangkan kematian anak ayam
* Ayam berumur lebih 5 minggu, prognosisnya baik
* Ayam penelur perlu masa untuk kembali normal

9. INFECTIOUS CORYZA


Keadaan ayam : Infectious Coryza
* Penyakit pernafasan
* Keluar cecair dari hidung, bersin dan bengkak muka di bahagian bawah mata

ETIOLOGI

* Bakteria Haemophilus gallinarum
* Ayam yang kronik dan yang telah pulih menjadi pembawa penyakit
* Menjangkiti ayam berumur lebih 4 minggu
* Tanda penyakit kelihatan dalam 1 – 3 hari
* Berpanjangan selama 2 minggu
* Jangkitan secara langsung dan pencemaran minuman

PENEMUAN KLINIKAL

* Monyok
* Serous nasal discharge
* Bengkak di muka hingga tertutup mata
* Pengeluaran telur menurun

DIAGNOSIS

* Pengasingan di makmal
* Gangguan pernafasan yang akut
* Beri kesan dalam 2 – 3 hari
* Peratus morbidity tinggi

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* All in all out system
* Antibiotik bakterin digunakan

* Disebabkan oleh virus
* Tanpa tanda jelas kepada mortality tinggi

10. INFLUENZA




ETIOLOGI

* Influenza type A virus
* Bawaan burung laut yang pulih dari jangkitan, burung air yang berpindah-randah dan burung kesayangan yang diimpot

PENEMUAN KLINIKAL

* Tanda-tanda gangguan pernafasan
* Pengeluaran telur merosot
* Tidak subur dalam pembiakan
* Kes teruk – cirit-birit hijau, edema pada kepala dan balung serta berhingus

DIAGNOSIS

* Pengasingan virus di makmal

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Pemberian vaksin
* Singkiran
* Sanitasi dan pengudaraan

KESIMPULAN

ETIOLOGI = Pelbagai


PENEMUAN KLINIKAL = Penyakit dibezakan melalui:


* Tanda penyakit

* Umur ayam yang terlibat
* Morbidity dan mortality
* Tumbesaran terencat
* Pengambilan makan menurun
* Pengeluaran berkurangan

DIAGNOSIS


* Pengasingan antigen di makmal

* Tanda penyakit
* Mortality dan morbidity
* Umur ayam yang terlibat

PENCEGAHAN DAN RAWATAN


* Pilih stok bebas penyakit

* Terasing dan terhindar dari pencerobohan
* All in all out system
* Amalan sanitasi yang baik
* Pemeriksaan berkala
* Singkiran
* Pemusnahan ternakan
* Penggunaan vaksin dan ubatan

Lain-lain link:
1. Atlas of Avian Diseases
2. Poultryhub Type of Diseases

Anak Angsa Kelabu Untuk Dijual...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, March 10, 2013 1 ulasan



ANAK ANGSA KELABU UNTUK DIJUAL:
ANAK ANGSA ERAMAN INDUK DAH MULA MENETAS DI QudRiFaRm...

BILANGAN : 12, 8,  6 ekor           (SOLD OUT AT  23/03/2013)


WARNAKelabu

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG TAHUN BAGI JENIS AYAM/ITIK YANG DIBIAKKAN DI QudRiFaRm...



HUBUNGI ATAU SMS:

019-5671963


BOLEH MAI TENGOK DAN PILIH TERUS DI LOKASI UNTUK HARGA YANG LEBIH MENARIK...


QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->

Resepi telur masin...

Dicatat oleh ELYAS Friday, March 1, 2013 2 ulasan


PERNAH menjamah telur masin yang tidak menepati selera? Kurang masin atau terlalu masin? Harganya pula semakin hari semakin mahal, pasti membuatkan kita membebel tidak puas hati.

Ada juga anak perantau yang tinggal atau belajar di luar negara teringin menikmati lauk telur masin. Jika sukar, apa salahnya hasilkan sendiri telur masin. 
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tidak sukar membuat telur masin. Memang agak lama menunggu tetapi proses membuatnya tidak sukar. Pasti puas hati menikmati telur masin buatan sendiri. 

Jika bimbang, hasilkan beberapa biji dulu seperti panduan berikut:


Bahannya: 

10 biji telur 
1 jag air (2 liter) 
500 gram garam (atau mengikut selera kemasinan sendiri) 


Proses: 

a) Pilih telur 

- Telur itik yang terbaik tetapi boleh juga menggunakan telur ayam. Bukan semua orang mudah mendapatkan telur itik. Sebenarnya telur ayam pun boleh juga digunakan cuma telur itik lebih tebal kulitnya dan sesuai dijeruk sebagai telur masin. Ia juga dikatakan lebih tahan lama dan hasilnya lebih sedap berbanding telur ayam. 

Di Malaysia tidak sukar mendapat telur itik bagi membuat telur masin tetapi sekiranya anda perantau di luar negara dan sukar mendapat telur itik, telur ayam boleh digunakan. 

- Saiz bukan masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana kelak mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan. 

- Telur mesti sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur. 

- Mesti menggunakan telur yang baru dan segar. 

b) Basuh telur sehingga bersih dan keringkan. 

c) Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman. 

d) Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan. 

e) Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekali gus. Tutup bekas kemas-kemas. 

f) Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya. 

g) Selepas dua minggu, telur sudah boleh direbus. Kemasinan telur bergantung pada air garam tadi dan sekiranya terlalu masin, boleh rendam di dalam air biasa sehari dua bagi mengurangkan masin sebelum direbus. 

Terima kasih: 

Omar Yatim (pengusaha sampingan ternakan itik dan telur itik) yang sudi berkongsi cara membuat telur masin dengan Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/28 - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Buattelurmasin/Article/#sthash.RU4FzqxX.dpuf

POKOK SAGU RUMBIA...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, December 13, 2012 0 ulasan


SAGU RUMBIA SUMBER MAKANAN TERNAKAN POPULAR DI KAMPUNG


Nama: Pokok rumbia atau pokok sagu (Metroxylon sagu


Famili: Arecaceae atau Palmae

Tumbuh subur di kawasan tanah paya gambut…


Bahagian batang yang mengandungi sagu dipotong pendek atau dibelah dan diberikan kepada ternakan sebagai sumber karbohidrat penting…


Boleh dijadikan makanan ayam,,, itik,,, lembu,,, kambing,,, kerbau dan kebanyakan ternakan... 


Tak sampai seminggu dah tinggal separuh 
Itik nila dengan angsa dok ralit makan sagu rumbia




















*Sagu kalau nak simpan lama selepas ditebang rendamkan dalam air... Elok dibelah untuk 
  diberi makan kepada ternakan...
*Lokasi: QudRiFarm

Tips Memilih Ayam,,, itik atau burung peliharaan…

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, November 7, 2012 0 ulasan

Tips,,, petua,,, cara atau teknik memilih ayam,,, itik atau burung untuk peliharaan…


Walaupun aku bukan pakar,,, tetapi dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang tak rugi rasanya kalau kita berkongsi… Sini aku ada sedikit perkongsian tentang perkara-perkara asas yang menjadi perhatian dalam mencari baka ayam,,, itik atau burung-burung peliharaan seperti merpati… Tetapi mungkin tips ini sedikit atau banyak berbeza mengikut orang dan tempat… Perbezaan itu rahmat,,, jadi boleh lagi kita berkongsi tips-tips lain…

Antara perkara yang paling mudah untuk kita perhatikan adalah pemerhatian secara fizikal (luaran)…

Bulu… Pertama sekali kita boleh lihat melalui fizikal bulu ayam bukan shuttle cock atau burung tersebut… Bulu ayam/itik atau merpati yang baik adalah berkilat…  Ayam dan merpati ada beraneka warna,,, jadi kalau nak pilih cari yang ada dari warna itu semua… Susunan bulu juga hendaklah kemas dan tersusun rapi,,, ikut jenis ayam… Kalau ayam bulu balik atau merpati friillback kenalah ikut pola susunan bulunya…

Sayap… Kalau dari segi sayap,,, kita pilih yang mempunyai sayap yang tidak jatuh… Sayap dikepit atau disimpan rapat-rapat di atas bahu si burung,,, si ayam atau si itik… Kedudukan sayap samada menegak atau melintang itu mengikut jenis baka… Tetapi sayap dia mesti kemas disimpan…

Paruh/Hidung/Mulut… Ayam yang tidak sihat kita boleh lihat samada hidung atau mulut ayam/itik/burung berair atau ayam yang kerap bersin… Pengukuran secara fizikal lain yang kita boleh lihat pada paruh/hidung ayam/itik atau merpati adalah menganggarkan usianya... Ayam/itik dan merpati yang berumur akan ada daging berkerut pada paruhnya... Nanti bleh try tengok paruh ayam muda dan tua kat reban/lau masing-masing…

Kecergasan... Kalau ayam/itik atau burung itu lincah atau susah nak tangkap,,, itu bermakna tahap kecergasan dia baik… Tetapi ada sesetengah ayam/itik atau burung yang senang ditangkap sebab telah dijinakkan dan terlatih untuk pertandingan atau dibela dari kecil… Tetapi kelincahannya juga kita boleh tengok semasa beri makan atau pergerakan dalam sangkar…

Mata… Mata biasanya cerah dan bersinar bagi ayam /itik/burung yang sihat… Kalau ada puru atau bengkak confirm kita nampak memang sah ayam tue tak sihat… Tetapi kita sebenarnya kena perhatikan betul-betul mata ayam yang nampak sihat tue supaya tak berair atau sepet sebelah…

Kesan najis… Kesan najis ayam yang terdapat pada sekitar dubur ayam atau reban yang berwarna putih (berak kapur) atau berair menandakan ada penyakit pada ayam atau kawasan tersebut… Seelok-eloknya jangan ambil buat sementara waktu di kawasan berkaitan… Paling mudah,,, pilih yang sihat...

Lain-lain sifat fizikal yang boleh kita lihat adalah dari keseluruhan ayam tersebut seperti balung yang tidak kusam,,, suara kokokan yang jelas dan kaki yang tidak cacat…

Petua ini hanya umum untuk semua jenis ayam/itik dan burung… Terdapat juga petua-petua lain yang hanya khusus untuk memilih baka-baka ayam/itik dan burung terpilih seperti ayam sabung/laga,,, ayam serama,,, burung merbuk,,, tekukur,,,merbah jambul,,, ayam hutan dan lain-lain…

*Tips di atas adalah apa yang aku guna dan ditambah satu lagi tips terbaik,,, iaitu HARGA BERPATUTAN dan kejujuran penternak itu sendiri…

*Ada tips lain lagi??? Jom kita pakat-pakat 'share'…

Eraman Induk Ayam/Itik...

Dicatat oleh ELYAS Saturday, November 3, 2012 0 ulasan


Selain penggunaan incubator sendiri atau upah eram,,, QudRiFaRm juga menggunakan induk asal bagi proses pengeraman telur ayam dan itik…

Anak-anak ayam kampung ori,,, ayam sabung/ayam laga,,, itik serati/nila,,, dan baka-baka terpilih yang terdapat di QudRiFaRm kebanyakkannya dieramkan secara semulajadi (dieramkan oleh induk ayam/itik) bagi mengekalkan kualiti dan keaslian baka yang akan ditetaskan... 

Selepas menetas,,, anak-anak ayam ini akan diasingkan dalam kurungan (reban didik) bersama-sama induk dalam beberapa peringkat…

Peringkat pertama,,, dalam masa sehari atau dua hari,,, hanya air disediakan untuk anak dan induk dalam reban didik…

Selepas tue,,, pada hari berikutnya pula bolehlah mesti bagi makan kat anak dengan induk ayam tue… Bagi dedak anak (dedak permulaan)…

Lepas seminggu dua pula,,, masa untuk induk dipisahkan dari anak-anak ayam… Kembali ke kawasan reban besar…

Tujuan dia sebab kita nak bagi masa rehat yang cukup bagi induk ayam,,, supaya nanti dapat menghasilkan baka yang berkualiti pada masa akan datang… InsyaAllah…

Kaedah nie aku belajar dari orang lama untuk meningkatkan kuantiti dan  kualiti pengeluaran baka di reban/lau ayam dan itik kita nanti…

*Belajar dan praktik,,, insyaAllah Berjaya…

Pembangunan Ladang

Pemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai sangat penting dan memulakan perancangan yang baik agar suasana dan persekitaran nyaman dan selesa untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian.

Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada. Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.

Cuaca negara kita sentiasa panas dan lembap, reban perlu direka bentuk untuk mengurangkan tegasan iklim, memberi pelindungan itik semasa peringkat membesar sehingga peringkat jual. Reban dibina menggunakan kayu dan beratap rumbia atau zink. Bumbung berbentuk double ridge dan dinding terbuka membantu pengudaraan. Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki, tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat suasana selesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika hari hujan.

Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar boleh memuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual. Selain bahagian reban penyediaan bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musim panas.Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangan sarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.

Kemudahan jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada. Bekalan elektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.

Peralatan:

Kepungan
Zink licin setinggi 11/2 kaki disambung menggunaka penyepit/penyokong kayu dibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8 meter untuk menampung setiap 1000 ekor anak itik.

Bahan sarap

Sekam padi atau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen. Sarap perlu di urus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa kering.

Alat pemanas

Set pemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di tengah-tengah kepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik bagi menyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.

Bidai
Bidai/dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan sahaja iaitu pada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi ternakan dari angin sejuk malam dan ketika hari hujan.

Bekas makanan dan minuman

Bentuk dan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik. Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik mendapat makanan dan minuman yang mencukupi. Bekas air berbentuk tabung 1 dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas makanan berbentuk dulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai untuk itik daging.


Operasi dan pengurusan

Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-

  • Peringkat perindukan - 1 hingga 2 minggu.
  • Peringkat umur - 3 hingga 4 minggu.
  • Peringkat membesar - 5 hingga 13 minggu.

Tempoh perindukan anak itik pedaging dari umur sehari hingga dua minggu sangat penting dan memerlukan penjagaan yang sempurna. Pada hari ketibaan anak itik dikira, ditimbang dan terus di masukkan ke dalam kepungan. Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.

Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius. Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal. Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.

Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban. Keadaan suhu dalam reban yang sesuai dan selesa dapat dilihat dengan memerhatikan kelakuan anak itik di dalam kepungan. Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat. Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan. Bidai mula diselak secara beransur- ansur selepas 2 minggu.

Peringkat 3 hingga 4 minggu, bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.

Peringkat membesar 5 hingga 13 minggu, pada peringkat ini makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.

Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik

Pengeluaran yang baik bergantung pada makanan ternakan yang bermutu.Makanan permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP dan makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP. Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu dan makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.Dedak komersial boleh didapati di pasaran.

Kesihatan dan Amalan yang Baik

Itik yang sihat menentukan keuntungan. Pengurusan yang baik dapat mengawal kadar kematian di paras 3 % setiap kumpulan.

Program suntikan pelalian perlu diamalkan bagi mengelakkan penyakit berpunca dari virus tertentu. Khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan perlu diterap dalam pengurusan harian.

Memotong paruh juga perlu dilakukan kerana itik muscovy mempunyai paruh yang mencangkuk (tajam). Dalam keadaan stress selalunya pada umur 2-3 minggu itik akan patuk-mematuk bahagian belakang dan bulu yang baru tumbuh.

Mengawal kemasukan penyakit dengan mengawal pergerakan pelawat, pekerja, kenderaan. Menyediakan ‘foot-bath’ membasmi kuman di hadapan setiap pintu masuk ladang/reban sangat-sangat diperlukan.

Hapuskan tikus dan burung yang berkeliaran di dalam reban kerana binatang-binatang ini pembawa penyakit dan bakteria.

Penternakan itik juga perlu diurus dengan baik dan mesra alam.

Air cucian dari reban perlu di salurkan ke dalam kolam kumbahan yang disediakan oleh pihak ladang. Itik yang mati tidak wajar di buang merata- rata bagi mengelakkan pencemaran bau dan penaykit.

Lubang pembuangan itik mati yang bertutup papan tebal sedalam 4 hingga 6 kaki dalam perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Ladang perlu mewujudkan dan mengamalkan sistem rekodan yang baik.Data- data boleh membantu pengusaha menganalisis pengurusan bagi membaiki kelemahan dan meneruskan usaha, pencapaian yang baik bagi menjamin keuntungan yang lumayan dan berterusan.

Sumber JPH

*Sekadar perkongsian teori dan sedikit pengalaman,,, kami di QudRifaRm pernah menternak sehingga 10,000 ekor itik pelbagai jenis seperti itik telur,,, nila,,, angsa,,, jawa,,, jawi pekan sehingga tahun 2005... Sekarang masih diternak untuk jualan kecil-kecilan sahaja...


Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani