*Lokasi @ QudRiFaRm
Jenis ikan tempatan
Ikan jelawat merupakan ikan tempatan yang membiak secara semulajadi di Negara ini.Ia terdapat di beberapa buah sungai di Malaysia
Harga yang tinggi
Ikan jelawat mempunyai harga pasaran yang tinggi. Harga runcit sekarang ialah RM25-30 sekilo dan harga borong pula RM16-19 sekilo. Pasaran utamanya adalah dari restoran-restoran yang besar. Pengeluarannya yang sangat terhad menyebabkan pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan.
* Lokasi QudRiFaRm...
* Nak jimat kos makanan,,, kita boleh bagi makan daun ubi kayu,,, sisa sayuran dan lain-lain tumbuhan dan buah-buahan yang biasa dimakan oleh ikan... Perut ikan dan ayam boleh juga...
Projek kali ini memukat ikan Jelawat yang dah setahun diternak dalam kolam di QudRiFaRm... Aktiviti memukat ikan Jelawat kali ini masih lagi dalam bulan Syawal... Jadi dalam kesempatan ini sekali lagi kami warga QudRiFaRm ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...





Sedikit info tentang ikan Patin
Nama: Ikan Patin
Nama saintifik:
Pangasius Sutchi
Habitat: Mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong...
Ciri-ciri: Mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan,,, tidak bersisik dan lembut...
Diet: Anak-anak ikan,,, buah-buahan sungai,,, udang dan bangkai binatang... Ikan yang diternak seperti dalam gambar nie diberi makan perut ayam proses,,, roti dan dedak je...
Oleh sebab tak dapat ikan banyak masa mancing kat QudRifaRm,,, adik2 aku n the gang telah memulakan operasi "Balas Dendam" memancing di kolam berbayar pulak...
Operasinya bermula jam 11 malam,,, dengan bersenjatakan 4 joran dan lain-lain kelengkapan...
Tapi aku balik awal sebab ngantuk dah... Gambar ni saja yang sempat aku ambil... Yang lain tue aku ambil gambar lepas keluar dari peti ais je...
(Date setting camera problem)
* Petua memancing di kolam berbayar,,, jangan memancing selepas pertandingan memancing :)
Cuti sekolah semua pakat balik kampung... Harini semua pakat sibuk dok siapkan kail... Habis buluh dekat rumah di QudRifaRm kena tebang untuk dijadikan batang pancing...
Pukul 10 semua dah siap nak pergi mancing kat QudRifaRm... Semua orang sepakat memilih kolam ikan jelawat... Selamatlah ikan tilapia dengan keli pagi nie... Sampai tengahari,,, hasilnya cuma 4 ekor je,,,walaupun ikan banyak... Sebab awal2 pagi lagi ikan dah aku bagi makan,,, hehehe... Berat seekor jelawat baru mencapai 400g - 500g sahaja...
Operasi bermula pun agak lewat,,, jadi hasil tangkapan juga kurang... Masih gagal untuk petua bangun awal seperti sebelum ini... hehehe...
Entri kali ini berkaitan pokok keladi bunting dan fungsinya dalam pelbagai bidang seperti pertanian,,, penternakan dan perikanan...
Keladi bunting atau nama saintifiknya Eichornia crassipes merupakan sejenis tumbuhan akuatik (yang hidup dalam air)... Sesetengah orang memanggiln
ya sebagai pokok kemelin,,, orkid air atau Water Hyacinth... Keladi bunting adalah sejenis tumbuhan akuatik terapung dan mampu membiak dengan cepat...
Tumbuhan air ini dipecayai berasal dari Amerika Selatan ini... Dari segi rupa bentuk ia mempunyai bunga yang seakan-akan orkid dengan enam kelopak berwarna ungu atau merah jambu keputihan (boleh tengok gambar)...
Macam mana pula ia berfungsi dalam pertanian,,, penternakan dan perikanan???
Bagi penggemar tumbuhan hiasan,,, keladi bunting akan dipilih sebagai hiasan dalam pasu atau kolam kecil di pojok taman mini atau tempat takungan sebagai hiasan akuatik atau untuk memelihara ikan guppy atau ikan-ikan kecil lain...
Dengan kehadiran plankton-plankton yang hidup pada akar-akar pokok keladi bunting menjadikan ianya sumber makanan ikan-ikan yang dipelihara di dalam kolam atau takungan...
Selain daripada menjadi tempat persembunyian dan pembiakan ikan,,, keladi bunting juga berfungsi sebagai agen penuras air... Akar-akar keladi bunting yang banyak berfungsi menyejukkan dan menjernihkan air...
Teknologi alam sekitar kini lebih tertumpu bagaimana memastikan persekitaran yang ‘rosak’ dibaik pulih secara semula jadi... Tumbuhan akuatik yang biasanya tumbuh meliar memenuhi permukaan kolam,,, seperti keladi bunting kini dimanfaatkan sepenuhnya sebagai agen rawatan bagi air yang kotor atau terbiar...
Akar keladi bunting akan menyerap bahan tercemar daripada air atau tanah sebagai nutrien... Bahan cemar tersebut akan tersimpan dalam bentuk organik atau bukan organik pada bahagian akar,,, batang atau daun...
Ia kemudian diubah menjadi bahan ringkas yang kurang berbahaya di dalam pokok,,, atau menjadi wap dan gas yang dilepaskan ke udara semasa proses respirasi...
Terkini,,, selain digunakan sebagai hiasan dan rawatan semulajadi air,,, daun dan batang keladi bunting juga dijadikan bahan makanan untuk penternakan haiwan seperti lembu dan kambing bahkan untuk penternakan ikan termasuk ikan hiasan...
Subhanallah,,, setiap ciptaan Allah s.w.t. mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat... Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik... Kemudian dari pelbagai ciptaan-Nya itu disertakan khasiat yang tersendiri...
Tiada suatupun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia... Allah s.w.t. memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya...
*Petua tanam kemelin,,, gunakan buluh atau paip untuk mengelakkan anak dan pokok kemelin memenuhi keseluruhan kolam...
*Lokasi Kolam @ Qudrifarm...




