Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile




SELAMAT DATANG...
Kampung Kubang Bemban,,, Naka,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...
KAMI SENTIASA MENGUMPUL DAN MEMULIHARA PELBAGAI JENIS KOLEKSI TANAMAN HERBA SEBAGAI SATU SUMBER KHAZANAH ALAM YANG PATUT DIJAGA DAN SENTIASA DIKENALI OLEH GENERASI SEMASA DAN AKAN DATANG...
PERTANYAAN,,, LAWATAN danTEMPAHAN HERBA (Semaian,,, segar,,, kering dll) BOLEH HUBUNGI
Syed Elyas 0195671963 (CALL & WASSUP)
atau
Syed Harith 0196987836 (CALL & WASSUP)...
Lebih dari 1001 jenis tanaman herba dikumpulkan di taman herba ini dan para pelawat boleh mempelajari manfaat rahsia dari setiap jenis herba yg ada disini dan juga aktiviti berkaitan herba seperti melihat/belajar proses pembuatan minyak angin,,, cara menyukat akar kayu,,, petua,,, tatacara mencabut akar kayu dll aktiviti seperti riadah berbasikal dan aktiviti tradisi kampung... Basikal bawa sendiri 😀😀😀
#TIADA jualan atas talian,,, penghantaran dan pengeposan bagi sebarang kuantiti,,, lokasi dan tawaran harga...
Buka Hari #RABU ,,, #KHAMIS (10pg-5ptg) DAN #SABTU (3ptg-6ptg) sahaja...
QudRiFarm
ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

| edit post

SERAI KAYU (Syzygium sp) qudrifarm

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, May 26, 2020 0 ulasan

SERAI KAYU
(Syzygium sp)



QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Tumbuhan ini adalah tumbuhan herba yg berbeza dari tumbuhan herba pokok salam,,, samak dan bay leaf... Keempat empat jenis tanaman ini sekiranya diteliti adalah tanaman yg berbeza menurut pengelasan sebenar herba... Namun ia sering digunakan umum merujuk kepada pokok samak...

Ciri ciri bg pokok serai kayu adalah pucuknya gelap seperti pokok samak hitam,,, daun tirus dari pokok salam dan samak,,, permukaan daun kasar seperti bay leaf,,, bau daun gabungan ketiga tiga jenis daun,,, baunya akan melekat di tangan apabila digosok,,, seluruh bahagian pokok juga memiliki bau yg hampir sama dgn serai terutama apabila dikeringkan...

Habitat semulajadinya di kawasan hutan terutamanya kawasan berbukit dan memiliki carok air... Namun herba hutan ini semakin sukar diperolehi dan kurang dikenali...

SELAMAT DATANG...
Kampung Kubang Bemban,,, Naka,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...
KAMI SENTIASA MENGUMPUL DAN MEMULIHARA PELBAGAI JENIS KOLEKSI TANAMAN HERBA SEBAGAI SATU SUMBER KHAZANAH ALAM YANG PATUT DIJAGA DAN SENTIASA DIKENALI OLEH GENERASI SEMASA DAN AKAN DATANG...
PERTANYAAN,,, LAWATAN danTEMPAHAN HERBA (Semaian,,, kering dll) BOLEH HUBUNGI
Syed Elyas 0195671963 (CALL) atau
Syed Harith 0196987836 (SMS/CALL/WASSUP)...
Lebih dari 1001 jenis tanaman herba dikumpulkan disini dan para pelawat boleh mempelajari manfaat rahsia dari setiap jenis herba yg ada disini....
Tiada jualan atas talian dan pengeposan...
Buka Hari ISNIN dan KHAMIS (1400pm-1730pm) dan HARI LAIN (Temujanji)...
QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT



MEDANG SARSI
(Cinnamomum porrectum)


QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Tumbuhan liar bersaiz besar ini biasanya mudah ditemui di kawasan hutan berbukit... Kebiasaannya pokoknya yg besar di hutan akan ditebang supaya pucuknya akan tumbuh dan mudah untuk dikutip sebagai ulam...

Sebagai amalan kelestarian,,, pokok yg berpotensi menghasilkan biji benih di dusun dusun qudrifarm akan dibiarkan membesar utk terus bercambah...

Bahagian batang pokok yang ditebang pula akan dimanfaatkan sepenuhnya,,, keratan batang pokok akan dijemur kering,,, dipotong kecil dan diracik halus sebagai ramuan herba kering utk pelbagai kegunaan...

Bagi ayahanda Tok Habib Alhussain Jamalullail pula,,, batang pokok dijadikan gelas minuman dan peralatan memasak yg lain... Kerana ia akan mengeluarkan aroma wangi seperti sarsi apabila digunakan...

Rendaman kulit,,, akar atau kayu pokok dijadikan ubat periuk untuk mbuang angin dalam badan,,, memanaskan badan dan juga utk ibu ibu dalam pantang...

Anak pokoknya lebih mudah diperolehi dari cambahan biji benih atau anak akar...
#eidmubarak #stayhome

SELAMAT DATANG...
Kampung Kubang Bemban,,, Naka,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...
KAMI SENTIASA MENGUMPUL DAN MEMULIHARA PELBAGAI JENIS KOLEKSI TANAMAN HERBA SEBAGAI SATU SUMBER KHAZANAH ALAM YANG PATUT DIJAGA DAN SENTIASA DIKENALI OLEH GENERASI SEMASA DAN AKAN DATANG...
PERTANYAAN,,, LAWATAN danTEMPAHAN HERBA (Semaian,,, kering dll) BOLEH HUBUNGI
Syed Elyas 0195671963 (CALL) atau
Syed Harith 0196987836 (SMS/CALL/WASSUP)...
Lebih dari 1001 jenis tanaman herba dikumpulkan disini dan para pelawat boleh mempelajari manfaat rahsia dari setiap jenis herba yg ada disini....
Tiada jualan atas talian dan pengeposan...
Buka Hari ISNIN dan KHAMIS (1400pm-1730pm) dan HARI LAIN (Temujanji)...
QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

POKOK BEBERAS (Chassalia curviflora) @qudrifarm

Dicatat oleh ELYAS Saturday, May 2, 2020 0 ulasan




POKOK BEBERAS
(Chassalia curviflora)

Tumbuhan renek liar ini mudah dijumpai di pinggir kampung dan juga kawasan semak kerana ia mudah disebarkan oleh burung dan kelawar...

Bunganya bewarna putih dan rangup utk dijadikan ulam mentah manakala pucuknya elok dicelur terlbih dahulu...

Rasanya tawar tetapi segar disamping khasiat dan manfaatnya utk semua khususnya wanita... Akarnya juga dimanfaatkan sebagai campuran ubat periuk utk ibu ibu lepas bersalin dan juga berkaitan demam...

Tumbuhan ini juga mudah dijaga dan tahan lasak 
utk ditanam didalam pelbagai keadaan tanah... Pastikan ianya dan semua jenis ulam tidak dikutip di dalam kawasan kebun yg diracun bg memastikan kesihatan jangka panjang kita...

PAYA ASLI HERBAL VALLEY QUDRIFARM


GLETANG (Tridax procumbens)

Dicatat oleh ELYAS Thursday, April 2, 2020 0 ulasan

GLETANG
(Tridax procumbens)
QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Herba liar ini sangat mudah ditemui disekitar taman-taman dan juga bahu jalan... Ia juga dikenali dengan pelbagai nama panggila seperti rumput kancing baju,,, kekwa liar,,, daisy liar,,, coat buttons,,, tridax daisy,,, herba caille dan sebagainya mengikut pengaruh setempat dan masyarakat...

Herba liar ini boleh dimanfaatkan sebagai teh organik dalam mengawal panas badan,,, kahak dan juga kawalan gula... Bahagian kudup bunga atau daunnya boleh dijadikan teh dengan cara direndamkan di dalam air panas selama 10-15 minit... Sebanyak 5 kuntum bunga atau 3 helai daun sudah memadai bagi segelas air panas untuk rendamannya...

MENGARU (ME-NGA-RU)

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, February 11, 2020 0 ulasan

MENGARU (ME-NGA-RU)

Musim timur (kemarau) kebiasaannya lubuk2 air akan wujud samada dari sungai yg terputus atau paya2 yg dalam... Ketika itu ikan mula terkumpul di satu tempat...

Biasanya aktiviti mengaru akan dilakukan bg menghasilkan air yg berombak secara paksa... Ikan2 akan mula pening atau kekurangan oksigen apabila air bergerak secara paksa dan tiba tiba...

Aktiviti ini aktiviti berkumpulan maka hasilnya akan
dinikmati bersama... Ia dibahagikan sama atau dijadikan kenduri utk semua yg terlibat dan jiran berdekatan,,, kalau rezeki lebih sekampung turut dijemput meraikannya...

Teringat kisah dari bonda saya,,, yg dahulunya aktiviti mengaru ini dilakukan oleh sebahagian besar penduduk kampung Kubang Bemban dan berdekatan,,, lokasinya di Paya Asli berdekatan laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm

Aktiviti lebih menarik apabila ia menggunakan gajah kepunyaan alrmarhum Tuanku Sultan Kedah yg memerintah ketika itu... Ia turut dihadiri oleh ramai pembesar termasuk juga almarhum Tunku Abdul Rahman yg ketika itu berkhidmat sebagai pegawai daerah Padang Terap...

Ikan yg selalunya dinaikkan adalah ikan kalui,,, haruan dan bujuk dgn saiz yang besar-besar... Menu utamanya adalah masakan tradisi ikan yg ditangkap dan juga nasi buluh...
Jamuan makan malam akan diadakan secara besar besaran dgn pelbagai aktiviti bakat dan hiburan masyarakat seperti pencak silat,,, mak yong dll...

Aktiviti mengaru kami harini cuma menggunakan peralatan tangan biasa,,, hasilnya kalini ikan leh (lais),,, baung,,, udang dan siput gondang... Alhamdulillah...

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

POKOK MAJAPAHIT @ Qudrifarm

Dicatat oleh ELYAS Thursday, February 6, 2020 0 ulasan



POKOK MAJAPAHIT (Crescentia cujete) juga dikenali sebagai pokok maja,,, labu kayu,,, limau bali kapas,,, calabash dan lain-lain panggilannya...

Pokok ini sering ditanam sebagai teduhan dan hiasan disamping sebagai kawalan serangga organik di kawasan sawah padi atau kebun... ia juga merupakan tumbuhan yang lasak untuk tumbuh dan bertahan di musim kemarau atau pada kawasan kering...

Bahagian buah yang muda dijadikan jeruk,,, biji dipanggang atau dimasak sebagai sirap,,, buah dijadikan sirap dan daun dijadikan sumber makanan (Peringatan: dengan kaedah tertentu dan betul supaya tidak memudaratkan) bagi sesetangah tempat... Manakala secara praktikalnya kami di Qudrifarm menggunakannya sebagai baja dan kawalan serangga organik... Selain itu,,, hampir setiap bahagian-bahagian pokok yang berbeza juga mempunyai manfaat tradisional yang berbeza... Bahagian kulit buah yang keras juga sering dijadikan bekas atau peralatan rumah seperti sudu dan garpu...

Buah labu kayu boleh digunakan sebagai kawalan tikus/siput di kebun atau sawah padi dengan cara meletakkan buah labu kayu yang dibelah/ditebuk beserta sedikit nasi diletakkan di dalamnya... Kemudian ia diletakkan di sekityar kebun/sawah...

Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm
#herba #labuKayu #limauBaliKapas #qudrifarm

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

POKOK KERCUT

(Lepironia articulata)

QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Tumbuhan liar yang berasal dari kawasan paya ini merupakan tumbuhan yang mempunyai manfaat pelbagai guna... Ia biasanya ditemui tumbuh meliar di kawasan berair seperti paya,,, pinggir sawah dan kolam-kolam tadahan air...


Pokok kerchut biasanya dituai dari pokok yang ditanama atau dipungut secara liar... Ia biasanya  boleh mencapai sehingga semeter atau lebih... Bahagian dalam batang/daunnya berongga dan sesuai untuk dijadikan penyedut minuman (straw organik)...

Daun pokok kerchut yang dituai juga dijadikan peralatan rumah seperti tikar,,, alas meja,,, tali,,, pakaian,,, bakul dan alat hiburan seperti serunai... ia juga memiliki manfaat tradisional  bagi masalah berkaitan kulit menurut arwah nenek saya...

Sekarang di beberapa buah negara terutamanya di Asia Tenggara,,, penyedut minuman dari pokok kerchut sudah di ketengahkan sebagai satu galakan kempen kesedaran alam sekitar,,, menggalakkan penggunaan bahan mudah lupus yang tidak mencemarkan alam sekitar... Ia sering dijadikan penyedut minuman organik (straw) terutamanya di kawasan-kawasan tarikan pelancongan

QUDRIFARM ORGANIK-HIJAU-SELAMAT

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani