Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Apa itu pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan seangkatan dengannya???

Atas sebab permintaan dan pertanyaan ramai,,, jadi aku cuba mencari beberapa maklumat berkaitan pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay untuk dikongsi bersama... Tetapi semua penulisan ini bukanlah menunjukkan segala ilmu,,, pengetahuan dan kepandaian aku... Tetapi sekadar ingin berkongsi dengan semua pelawat dari sumber-sumber dan bahan rujukan yang dipermudahkan semula untuk dikongsi bersama... Segala kesilapan dan kekurangan dimohon banyak kemaafan...

Pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay adalah dari keluarga jenis Gekkonidae,,, rata-ratanya besaiz kecil seperti cicak... Sebelum penulisan seterusnya,,, bagi memudahkan penulisan dan kepada pembaca,,, kali ini saya akan menggunakan perkataan tokek bagi (pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan semua cicak dari keluarga jenis Gekkonidae)... ... Dengan anggaran kira-kira 2,000 spesies yang berbeza di seluruh dunia dan banyak kemungkinan belum ditemui,,, Gekkonidae adalah keluarga terbesar bagi jenis cicak (tokek)...

Tokek merupakan haiwan yang mudah ditemui di kawasan beriklim hangat di seluruh dunia... Tokek mempunyai keunikan di antara cicak kerana bunyi yang dihasilkan... Ia mampu menegeluarkan suara seperti kicauan atau pelbagai bunyi sebagai interaksi antara tokek yang lain... Begitu juga dengan namanya... Nama tokek,,, ia dipercayai berasal dari perkataan Indonesia yang diilhami dari bunyi yang dikeluarkan oleh haiwan ini... TOK KAY... TOK KAY... TOK KAY...

Semua jenis tokek,,, kecuali dari keluarga Eublepharinae,,, tidak mempunyai kelopak mata... Sebagai gantinya ia mempunyai membran telus yang dapat dicapai dengan lidah (menjilat) untuk membersihkannya... Dari segi pertahanan diri,,, ada diantara spesies tokek akan mengeluarkan bahan yang berbau busuk atau kotoran ke arah ancaman,,, ada juga yang akan melepaskan hujung ekor yang disebut proses autotomy... Terdapat juga spesies yang dikenali kerana memiliki permukaan kaki yang khusus yang membolehkannya untuk memanjat permukaan licin dan menegak... Dan pantas berlari menyelamatakan diri...

Habitat tokek biasanya di kawasan-kawasan yang kering,,, redup dan terlindung (bukan kawasan lapang atau terbuka) seperti pinggir hutan,,, celahan batu,,, timbunan kayu,,, pokok-pokok besar,,, bangunan atau binaan di pinggir hutan dan sebagainya... Terdapat juga beberapa jenis tokek yang menjadikan kediaman manusia sebagai habitatnya... Spesies ini dikenal sebagai Gecko House atau tokek rumah... Ia menjadikan ruang-ruang terlindung seperti siling,,, celahan bata atau papan sebagai tempat bersarang di dalam kediaman kita... Terutama rumah di pinggir hutan... Sebahagian dari haiwan dalam rumah seperti serangga (nyamuk,,, lalat,,, lipas,,, semut,,, rama-rama dll) juga ulat,,, dan burung peliharaan dan segala yang muat melepasi mulutnya akan menjadi makanannya...

Spesies terbesar,,, iaitu Kawekaweau (nama hampir sama kepada bunyi yang dikeluarkannya),,, hanya dapat dilihat dan dikenal dari satu spesimen yang terdapat di ruangan bawah tanah di sebuah muzium di Marseille,,, Perancis... Ia telah didokumentasikan di habitat liar pada tahun 1870... Tokek ini berukuran 60 cm (24 in) panjang dan dan merupakan spesises endemik (hanya di suatu tempat) di hutan New Zealand... Namun ia mungkin telah pupus bersama-sama dengan fauna asli di pulau-pulau New Zealand pada akhir abad ke-19,,, ketika spesies invasif baru seperti tikus dan cerpelai diperkenalkan ke negara ini selama penjajahan Eropah... Tokek terkecil pula dikenali sebagai Sphaero Jaragua,,, ia hanya sepanjang 16 mm dan telah ditemui pada tahun 2001 di sebuah pulau kecil di pantai Republik Dominican...

Eloklah sebagai permulaan bagi tajuk apa itu tokek untuk kali ini,,, dan InsyaAllah ada beberapa lagi sambungan untuk tajuk ini pada penulisan akan datang......... (kepada yang membaca anda dijemput untuk memberi komen dan menjadi follower blog ini,,, TQVM...)

EID MUBARAK,,, SALAM AIDIL ADHA

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, November 16, 2010 0 ulasan

EID MUBARAK,,, SALAM AIDIL ADHA

Saat berderai jatuh,,,
Air mata suci Ibrahim,,,
Melihatkan keteguhan iman,,,
Anaknya Ismail,,,
Dikala itulah bermulanya,,,
Sejarah agung,,,
ERTI SEBUAH PENGORBANAN...



Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Umat Islam...

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari Rabu,,, iaitu 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H...

Kita berkongsi sedikit kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. dan kesabaran baginda seperti dirakamkan melalui ayat 102 – 103,,, surah As Saffat:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka Fikirkanlah apa pendapatmu.” Ia menjawab : Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah
s.w.t sehingga dengan kurnia Allah s.w.t yang maha Penyayang,,, Allah s.w.t telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Ismail a.s yang juga disebutkan di dalam surah As Saffat,,, ayat 106 – 107:

“Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

JOM TANAM POKOK KURMA...

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, November 10, 2010 2 ulasan

JOM TANAM POKOK KURMA...























Kali ini kita akan berkongsi cerita mengenai tanaman pokok kurma...
Pokok kurma,,, atau nama latinnya Phoenix dactylifera,,, adalah tanaman yang tumbuh di daerah beriklim panas... Tanaman ini berasal dari sekitar Teluk Parsi dan buahnya telah dijadikan sebagai makanan serta bahagian-bahagian lain pokok juga telah dimanfaatkan oleh masyarakat di Timur Tengah sejak berkurun lamanya...

Tetapi
tahukah kita di Malaysia pokok kurma pun boleh hidup subur dan mengeluarkan hasil... Sudah ada projek tanaman kurma di buat di beberapa tempat di Malaysia dan negara-negara asia tenggara lain,,, dan hasilnya pun lumayan... InsyaAllah,,, bersama kita kongsi satu maklumat dari pembacaan dan dari beberapa artikel panduan penanaman kurma yang dibuat di Malaysia...

Pertama sekali,,, bagaimana hendak menanam pokok kurma??? Jawapannya ada dua kaedah penanaman kurma,,, iaitu:


A) Menanam pokok kurma dari anak kurma...

Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa... Lagi tua lagi banyak...

Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain...

Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa... Jadi kenalah hati-hati ketika kerja pengorekan dan pemindahan anak benih... Agar agar pokok induk dan anak tidak rosak berlebihan...

Menurut sesetengah pendapat ahli dalam bidang penanaman kurma ini,,, dikatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah...

Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan...

Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma,,, ia mestilah dibekalkan dengan air secukupnya... Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini mudah terputus semasa kerja-kerja pengorekan dan pemindahan anak benih...

Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah... Guni yang direndam air sebelum dibalut pada akar pokok dan sentiasa disiram...

Atau dengan cara lain iaitu dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh...

Sekiranya kita memilih untuk menanam anak-anak kurma,,, sebaik sahaja ia dipisahkan, dari induk,,, adalah sangat perlu untuk menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. (sentiasa lembap).. Pastikan tanah sekitar anak pokok kurma yang baru ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan...


B) Menanam pokok kurma menggunakan biji benih...

Macamna hendak dapatkan biji-biji kurma??? Mudah je,,, kita boleh dapatian dari buah kurma yang kita makan dari pasaran,,, tetapi hendaklah dari kurma jenis yang kering (tamar)... Kerana bijinya telah matang,,, kurma segar dan bertangkai tidak sesuai... Jadi biji kurma kering (tamar) bolehlah diambil dan diasingkan dari isi bagi tujuan penyemaian...

Terdapat beberapa jenis kurma yang popular dan biasa dibawa pulang dari tanah Arab iaitu dari jenis ajwah dan ambar...


Rahsia pendebungaan...

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina... Kedua-dua jantina pokok kurma ini menghasilkan bunga...

Satu fakta tentang pokok kurma adalah,,, bunga-bunganya tidak menghasilkan bau dan rasa... Jadi,,, serangga dan lebah tidak dapat membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma...

Oleh itu,,, kaedah pencantuman bunga jantan dan bunga betina haruslah dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan...

Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga...

Proses pendebungaan boleh dibuat pada hari ketiga hingga hari ke-30 setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok...


Macamna hendak membuat proses debunga daripada bunga jantan???

Bagi persoalan ini,,, ada beberapa langkah yang yang boleh diikuti...

Langkah pertama,,, kita hendaklah membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah... Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga... Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas tempat yang kering...

Langkah kedua,,, setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai,,, goyangkan bunga kurma jantan tadi diatas bunga betina atau dalam bekas bagi mendapatkan debunga kurma jantan untuk percantuman...

Bunga-bunga kurma jantan boleh dibahagikan kepada dua bahagian... Di mana,,, sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina...

Langkah terakhir,,, setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar... Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil...


KEDAH/PERLIS SEJAHTERA...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, October 28, 2010 0 ulasan

KEDAH/PERLIS SEJAHTERA...

ASSALAMUALAIKUM...

Apa khabar semua??? Kali ini aku nak berkongsi sebuah kisah yang mungkin tak tercatat dalam mana-mana buku sejarah... Terutama kepada anak-anak KEDAH dan PERLIS hayatilah perjuangan orang terdahulu... Hang pa semua kena ambil tau...

1908 > Alfonso de la Loq Laq,,, meyampaikan hasratnya kepada raja Portugis untuk
meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara dan juga laluan penting perdagagan timur barat raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal,,, 15300 ( dianggarkan) bala tentera...

1909> Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana...

Oct 1910> Alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir,,, hang lekiu,,, hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso,,, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,,, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara... Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…

1912> Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan Perlis,,, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula...

Feb 1912 > Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Perlis untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan Perlis) mengikut sejarah,,, perisiknya telah ke warung kopi dan pasar di sekitar Kedah dan Perlis untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan…

Semiggu selepas FEB 1912> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso...

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam catatan sejarah...

Perisik 1.2.3> Selamat pagi tuan (sambil bertabik)...

Alfonso > Selamat pagi...

Perisik 1 > Begini lah tuan,,, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Perlis...

Alfonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)...

Perisik 2 > Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 hang bersaudara,,, Hang tuah,,, Hang jebat,,, Hang Kasturi,,, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera,,, inikan pula kita hendak menawan Kedah dan Perlis yang mempunyai beribu-ribu hang..

Perisik 3 > Betul tu tuan,,, antaranya hang sihat,,, hang buat apa,,, hang apa khabaq,,, hang lagu mana,,, hang nak pi mana,,, hang nak mai mana,,, hang singgah dulu,,, bapak hang,,, mak hang,,, adik hang,,, tok hang dan macam-macam lagi hang ada kat sana,,, tuan...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso de la Loq Laq pun tak jadi nak pi serang Kedah dan Perlisg disebabkan pengalamannya sebelum ini berlawan dengan 5 orang pahlawan Melayu Melaka pun amatlah ngeri... Ini kan pula hendak berhadapan dengan beribu-ribu hang kat Kedah dan Perlis...

(ini bukanlah catatan sejarah sebenar,,, cuma sekadar berkongsi cerita lucu untuk ruangan senyum kambing... http://qudriusahawantani.blogspot.com/)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika anda kehilangan semangat dan keberanian,,, berarti anda kehilangan banyak hal"...

HUKUM JUAL BELI BINATANG ( TOKEK )

Dicatat oleh ELYAS Tuesday, October 5, 2010 0 ulasan



HUKUM JUAL BELI
(CICAK TOKEY,,, POKKE,,, TOKEK,,, GECKO)


Assalamualaikum,,, catatan kali ini merupakan penerbitan semula dan merupakan perkongsian ilmu melalui jawapan yang diberikan oleh ustaz Azhar Idrus...

Klik untuk dengar jawapan ustaz Azhar Idrus mengenainya...

pokke, cicak tokek, gecko, tokey

Dicatat oleh ELYAS Saturday, October 2, 2010 0 ulasan



Pokke, cicak tokek, gecko, tokey



Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong-bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya.

Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinik tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistem pengubatan ini.

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang masuk ke dalam golongan cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

Sumber: Wikipedia

SALAM AIDILFITRI...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, September 9, 2010 0 ulasan

SALAM AIDILFITRI...

IKAN KELI,,,

Dicatat oleh ELYAS Friday, August 27, 2010 1 ulasan

IKAN KELI...

Assalamualaikum,,,


Dalam kesempatan ini,,, ingin saya ucapkan selamat berpuasa,,, agak lambat juga ucap ni... Apa-apa pun selamat berpuasa semua... Kali ini saya hanya sempat sekadar berkongsi gambar-gambar semasa pergi belajar buat benih ikan keli awal tahun lalu...


Ramai-ramai kita turun kolam,,, tangkap,,, tangkap... Dah dapat,,, kita pilih yang sesuai...




Pembedahan oleh bakal-bakal doktor ikan keli... Urut pun kena teknik yang betul...



Alat-alat pembedahan,,, kita potong macam ni...



Buat macam 'sifu' ajar... Jangan silap,,, nanti tak menetas pula...



Yang dah kena bedah ni,,, kita buat lauk le...

Sekadar ini saja yang termampu untuk dikongsi... Jumpa lagi...

Mana Yang Paling Pantas...

Dicatat oleh ELYAS Monday, August 2, 2010 0 ulasan

MANA YANG PALING PANTAS???

Assalamualaikum,,, untuk catatan kali ini aku ingin berkongsi sebuah cerita,,, cerita berkaitan Seorang CEO yang ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya....

Setelah iklan dan tawaran dibuat,,, maka beribu-ribu
permohonan telah diterima olehnya,,, tetapi hanya empat orang sahaja yang betul-betul menarik perhatiannya untuk sesi temuduga...

Bagaimanapun.,,,

Beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,,, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidaklah sekaya Donald Trump untuk menganjurkan program temuduga seperti The Apprentice)...

Maka dijemputlah keempat-empat orang calon tersebut... Seperti hari,,, masa,,, tempat dan segalanya yang ditetapkan maka; keempat-empat calon itu pun datang...

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau,,, CEO tadi pun mula berkata;

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,,, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”..."Faham"...

Semua menjawab dan mengangguk sebagai tanda faham...

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali???”,,, tanya CEO tersebut...

Calon pertama berkata,,,

“FIKIRAN,,, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari...”

“Bagus,,, satu jawapan yang baik”,,, kata CEO tadi...

“Kamu pula???”,,, tanya CEO tadi kepada calon kedua...

“KELIP MATA,,, kerana tanpa kita sedari,,, sebelum sempat kita buat apa pun,,, mata kita dah berkelip”,,, jawab calon kedua...

“Satu jawapan yang sangat baik,,, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan”,,, kata CEO itu...

“Bagaimana kamu pula???”,,, tanya CEO kepada calon ketiga...

“Kalau kita tengok,,, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi... Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,,, jawab calon ketiga...

“Jawapan yang terhebat setakat ni... Bagaimana pula dengan kamu???” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat; dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi...

“Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi,,, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT”,,, jawab calon keempat dengan yakin sekali...

“Haaa…???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung,,, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni???”,,, CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi...

“Begini tuan,,, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat... Belum sempat saya FIKIR,,, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU,,, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Akhirnya calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan…………..

Kesimpulan dari cerita ini,,, bertindaklah dengan pantas dalam apa jua bidang yang diceburi... Janganlah hanya bercakap,,, merungut,,, melihat dan membiarkan orang lain mengambil manfaat peluang yang terbuka dari kita tanpa berbuat apa-apa...


ZAKAT TERNAKAN

Dicatat oleh ELYAS Thursday, July 15, 2010 0 ulasan


ZAKAT TERNAKAN

Ini merupakan penerbitan semula dari sumber seperti yang dinyatakan... Saya cuma sekadar mengumpulkannya dalam blog saya supaya memudahkan para pembaca yang menceburi bidang berkaitan dalam melaksanakan tanggunjawab dan kewajipan sebagai seorang muslim...


ZAKAT TERNAKAN (sumber:
http://www.e-zakat.com.my)

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)." (Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1.Islam
2.Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB

KADAR ZAKAT

Bilangan (ekor)

Bilangan

Jantina

Umur

30 - 39

1 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

40 - 49

1 ekor

Betina

2 tahun lebih**

60 - 69

2 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

70 - 79

1 ekor &
1 ekor

Jantan &
Betina

1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**

80 - 89

2 ekor

Betina

2 tahun lebih**

90 - 99

3 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

100 - 109

2 ekor &
1 ekor

Jantan &
Betina

1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**

110 - 119

2 ekor

Jantan

1 tahun lebih*

120 ke atas

3 ekor atau
4 ekor

Betina @
Jantan

2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB

KADAR ZAKAT

Bilangan (ekor)

Bilangan

Jantina

Umur

40 - 120

1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

121 - 200

2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

201 - 399

3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor

1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

2 tahun

  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani