Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

BURUNG WALET

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, December 29, 2010 0 ulasan

BURUNG WALET



CUTI... Bukan beerti tak kemana-mana dan tak buat apa-apa... Tetapi cuti hujung tahun ini penuh aktiviti... Dari satu negeri ke satu negeri aku pergi... Tapi tak boleh untuk tidak berada di Qudrifarm bersama dengan ternakan di sana... Rasa tak lengkap cuti atau balik kampung,,, tak membantu Al-Qudri...

Dalam kesempatan cuti lalu,,, aku sempat melawat beberapa ladang pertanian dan penternakan,,, pusat -pusat penyelidikan,,, dan berjumpa beberapa orang usahawantani di beberapa buah negeri semenanjung... Dari Johor sampai ke Perlis...

Cerita di Kelantan dan Terengganu,,, ketika di sana aku sempat melawat dan berjumpa dengan dua orang pengusaha sarang burung walet... Bila dengar cerita mereka tentang kejayaan mengutip sarang burung walet,,, barulah aku tahu mengapa banyak bangunan-bangunan tinggi komersil jadi rumah burung walet bukan pejabat atau pusat perniagaan lain... Kenapa??? Disebabkan pulangan lumayan yang diperolehi... Paling mudah,,, satu sarang burung dapat memberikan RM50 setiap kali dituai... Kalau harga sekilo mengikut gred terendah pun sudah mencapai 4 angka...

Tak pandai nak cerita panjang-panjang,,, jadi kita kongsi sedikit info tentang apa itu burung walet...

Burung Walet,,, merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur... Burung ini berwarna gelap,,, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil... Memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing,,, kakinya sangat kecil ,,, begitu juga paruhnya... Burung ini tidak pernah hinggap di pohon atau bertenggek... Burung walet mempunyai kebiasaan mendiami dalam gua atau rumah-rumah yang mempunyai kelembapan yang sesuai,,, keadaan yang gelap dan mempunyai tempat untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak... Dari segi klasifikasi untuk burung walet adalah sebagai berikut:

Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia

SPESIES : Collacaliafuciphaga

Hasil dari peternakan burung walet ini adalah sarangnya yang terhasil dari air liurnya (saliva)... Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi,,, ia juga mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia makanan kesihatan... Sarang burung walet dipercayai dapat menyembuhkan masalah paru-paru,,, panas dalam badan,,, melancarkan peredaran darah dan menambah tenaga...

Aktiviti perladangan burung Walet,,, dikatakan bermula sedekad yang lalu apabila burung wallet mula berhijrah dari gua-gua ke bandar dan menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya... Disebabkan mempunyai nilai pasaran yang tinggi,,, banyak premis-premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung wallet... Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama keadaan gua... Seperti gelap dan lembap... Pengubahsuaian biasanya dilakukan dengan menutup pintu dan tingkap,,, membina lubang pengudaraan,,, penyediaan pintu masuk,,, penyusunan beluti di siling sebagai tempat pembiakan,,, penyedian sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu dan memasang sistem audio sebagai suara panggilan kepada burung-burung walet liar...

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung walet ialah pada suhu yang stabil diantara 25 hingga 28 darjah celsius,,, dengan kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux... Bagi bumbung bangunan pula,,, ia hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari... Disebabkan pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit mendiami habitat barunya dan memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya...

Artemia...

Dicatat oleh ELYAS Friday, December 10, 2010 0 ulasan

ARTEMIA...

Artemia adalah sejenis haiwan akuatik dari genus Crustasea air,,, juga dikenali sebagai udang air masin... Artemia boleh ditemui di seluruh dunia,,, iaitu di pedalaman tasik air masin ,,, tetapi bukan di lautan...

Untuk proses penetasan disini kami gunakan Artemia yang dibeli dalam tin,,, dengan jumlah berjuta-juta ekor artemia dalamnya... Artemia ini dieram dalam air dengan kadar kemasinan seperti sifu ajar,,, beserta dengan bahan makanan termasuklah mikroorganisma,,, tepung gandum,,, serbuk soya atau kuning telur yang dibeli...

Artemia biasanya dijadikan sebagai makanan asas bagi benih-benih ikan laut... Tetapi kami tetaskannya disini untuk dijadikan sebagai makanan asas anak-anak ikan air tawar seperti tilapia merah...
Di sini ada beberapa gambar semasa tunjuk ajar sifu untuk penyediaan Artemia sebagai makanan asas anak-anak ikan tilapia merah...


ARTEMIA DARI TANGKI PENETASAN... GUNAKAN PENAPIS SAIZ KECIL,,, TAK INGAT BERAPA MIKRON PULA SAIZNYA...



SIFU SEDANG BASUH ARTEMIA DENGAN AIR TAWAR,,,SEBELUM BOLEH BAGI ANAK-ANAK IKAN TILAPIA MERAH MAKAN...



INI HASILNYA,,, SEBELUM KITA BOLEH MASUKKAN DALAM KOLAM ANAK-ANAK IKAN TILAPIA MERAH... TAPI BILA DAH BASUH DENGAN AIR TAWAR,,, CEPAT MATI LER ARTEMIA TU... TAPI TAK PE,,, MAKAN JUGA ANAK-IKAN IKAN TU NANTI...

TEKA-TEKI (FAUNA)...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, December 9, 2010 2 ulasan

TEKA-TEKI (FAUNA)...





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,,,

Kepada semua pelawat blog ini,,,aku ada beberapa teka-teki untuk kita pakat-pakat cuba jawab,,, tapi mugkin juga ada yang dah tahu jawapannya... Kalau yang tak tau tu,,, bolehlah sambil-sambil on the way balik kampung,,, balik kerja,,, balik mana-mana pun kita pakat-pakat pikir jawapannya... Yang tak balik mana-mana pun jom pakat-pakat try jawap... Dah tau jawapan dia nanti bolehlah kita kongsi dengan kawan-kawan...

OK,,, teka-tekinya adalah>>>

1. Ada sejenis burung,,, kaki ia dekat kaki,,, sayap ia dekat kaki,,, paruh ia dekat kaki,,, mata ia pun dekat kaki... Hmmm,,, burung ape itu???

2. Sedikit info,,, lalat ada enam kaki,,, lalat suka hinggap atas benda-benda kotor... Soalannya,,, kalau lalat hinggap atas najis ia ada berapa kaki??? Jawab,,, jawab,,, jangan tak jawab...

3. Katakan ulat gonggok ada 100 kaki,,, kemudian sampai di satu simpang dia belok ke kiri... Jadi sekarang dah tinggal berapa lagi kaki ulat gonggok itu???

4. Bagaimana nak bezakan ikan itu jantan atau ikan betina??? Kepada yang minat ikan mesti tahu jawapan nih...

5. Apa yang membezakan antara burung denga unta... Ish-ish macamna nih???

6. Kalau jauh ia macam ambulans,,, kalau dekat ia macam doktor... Ha aa,,, yang ini senang sikit... Binatang ape ye???

7. Ini special sikit... Binatang apakah ini,,, badan kecik macam semut,,, tapi mata besar macam mentol lampu??? Hmmm,,, spesies baru rasenya nih...

8. Dalam dunia ini haiwan apa paling miskin,,, dihina dan dicaci orang pulak tu??? Kesian sungguh haiwan ini...

9. Nie ade satu lagi kasihan,,, haiwan ini kalau malam hidup,,, kalau siang mati... Kasihan nih... Kalau tuan bijak,,, haiwan apakah ini???

10. Teka-teki yang last untuk kali ni... Ada dua ekor katak,,, seekor dari katak itu melompat,,, tetapi seekor katak lagi tak melompat,,, kenapa ye katak yang seekor lagi tak boleh melompat... Kenapa hah???


Dah ada sepuluh teka-teki,,, bolehlah kita cuba jawab,,, tak tahu boleh tanya emak,,, ayah,,, kakak,,, adik,,, atuk,,, nenek,,, takm kisah le sesiapa pun,,, yang penting kita boleh bertanya... Malu bertanya lambat nak dapat jawab... Ada sikit pembayang,,, kat atas tu,,, tapi tak semua ler...

Nantikan jawapannye,,, dalam page ini juga... Nanti saya updatekan...



SALAM MAAL HIJRAH - 1432

Dicatat oleh ELYAS Monday, December 6, 2010 0 ulasan

SALAM MAAL HIJRAH - 1432















Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya... Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perubahan adalah sesuatu yang pasti terjadi, siapapun yang tidak siap dengan perubahan dan tidak bersungguh-sungguh merubah diri menjadi lebih baik,,, nescaya akan berat menghadapi hidup...


PART II-Apa itu pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan seangkatan dengannya???

Seperti dijanjikan penulisan ini adalah sambungan dan penutup bagi bagi tajuk Apa itu pokke,,, cicak tokek,,, gecko,,, tokey,,, tokay dan seangkatan dengannya???

Terdapat pelbagai warna dan pola seperti ungu,,, merah jambu,,, hijau,,, biru,,, hitam dan sebagainya serta terdapat juga pelbagai corak menarik yang halus,,, kasar,,, bermotif dan juga cerah bagi tokek-tokek yang terdapat di muka bumi ini...

Terdapat juga beberapa spesies tokek yang boleh bertukar warna sebagai penyamaran dengan warna persekitaran atau berubah mengikut suhu tertentu... Dari segi pembiakan,,, beberapa spesies tokek dikenalpasti sebagai haiwan parthenogenic,,, yang membiak tanpa proses mengawan (boleh bertukar jantina - bukan pondan,,, hehehe)... Tetapi kebanyakannya,,, membiak secara seksual bukan aseksual...

Pernah juga saya melihat tokek (jenis Tokay gecko,,, gekko tokek yang menjadi buruan sekarang) dijual sebagai haiwan peliharaan sebelum ini dengan harga RM65 sahaja seekor,,, tapi tak ada sesiapa pun berminat ketika itu... sehinggalah sekarang,,, dan pastilah sudah jauh beza harganya sekarang... Bolehlah cuba tanya pemiliknya berapa harga Tokay tu sekarang... Kalau tokek jenis Leopard memang dah dua tiga ratus harga masa tu...

Melihat kepada keadaan itu,,, tokek juga merupakan haiwan berkualiti untuk dipelihara dan mampu hidup dan berkembang biak dalam kurungan... Tetapi mestilah mempunyai ruang kehidupan yang sesuai untuknya bertahan hidup...

Suhu kurungan pula harus berada antara 78 dengan 88 darjah Fahrenheit (25 dan 31 darjah Celcius) dan suhu malam tidak kurang dari 72 darjah Fahrenheit (22 darjah Celsius) di dalam kurungan...

Makanan yang paling diminati tokek dan mudah didapati di pet shop,,, seperticengkerik,,, ulat,,, cacing dan ada juga yang memakan buah-buahan segar serta madu seperti tokek Gold Dust Day... Tokek ini menjilat nektar dari bunga Strelitzia sebagai pemakanannya...

Seperti kebanyakkan Gekkonidae,,, tokek memiliki jari-jari kaki yang mengandungi adaptasi khusus yang membolehkannya berjalan seperti cicak pada permukaan tegak... Kekuatan menarik atau memegang pada kaki tokek ke permukaan yang dipanjat adalah sangat tinggi...


Menurut satu kajian dari Universiti Lund,,, kepekaan mata tokek seperti Tokek Helmet,,, pula dianggarkan 350 kali ganda lebih tinggi daripada kon penglihatan manusia di dalam kegelapan cahaya bulan...


Jenis-jenis tokek yang biasa dilihat...


  • Pachydactylus, genus tokek yang mempunyai banyak spesies.
  • Tokek Bibron's, Pachydactylus Bibroni - Berasal dari Afrika Selatan, tokek ini dikenali sebagai arboreal hardy kerana menjadi perumah kepada hama.
  • Tokek Buaya atau tokek Moor, Tarentola Mauritanica - sangat kuat dan sangat cepat membesar, sampai 15 cm (6 inci). Biasa dijumpai di kawasan-kawasan Mediterranean dari Semenanjung Iberia dan Selatan Perancis ke Greece dan Afrika utara. Ciri-ciri yang membezakan ialah bentuk kepala dan kulit serta ekornya menyerupai buaya.
  • Cyrtopodion, genus tokek yang mempunyai banyak spesies.
  • Cyrtopodion Brachykolon; biasa dikenali sebagai "tokek bent-toed", ditemui di barat laut Pakistan.
  • Rhacodactylus, genus Tokek yang ada beberapa spesies.

o Sura Tokek milik Rhacodactylus genus.

o Crested gecko, ciliatus Rhacodactylus – pupus. Dipercayai ditemui semula pada tahun 1994. Mendapatkan populariti sebagai haiwan kesayangan.


· Gargoyle tokek, Auriculatus Rhacodactylus - Dikenali sebagai tokek Caledonian New Bumpy atau tokek Gargoyle.


· Gold Dust Day gecko (Phelsuma laticauda laticauda (Boettger, 1880) (syn. Pachydactylus laticauda Boettger, 1880)) adalah subspesies diurnal tokek. Ia tinggal di utara dan Madagascar di Comoros.


· Golden gecko, Ulikovskii gecko – Tokek asli hutan hujan Vietnam.

· Hemidactylus, genus tokek yang memiliki banyak kelainan.

o Common House gecko, Hemidactylus Frenatus - Spesies yang membiak di sekitar binaan penempatan manusia dan di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia.

o Indo-Pasifik gecko, Garnotii Hemidactylus - Juga dikenali sebagai tokek rubah kerana muncungnya panjang dan sempit. Spesies ini dijumpai di rumah-rumah di seluruh daerah tropika. Memakan semut leafcutter.


  • New Caledonian Giant gecko, Leachianus Rhacodactylus - pertama kali ditemui oleh Cuvier pada tahun 1829, tokek terbesar dari Rhacodactylus.
  • Tokek Leopard, Eublepharis Macularius - Cicak yang paling biasa dijual dan dipelihara sebagai haiwan kesayangan, tidak mempunyai permukaan kaki yang melekat seperti cicak, melainkan cakar. Ini menjadikannya hanya mampu memanjat pada permukaan yang kasar seperti kulit pokok. Tokek ini tidak dapat mendaki ke segelas sebuah akuarium. Tokek ini cenderung menjadi jinak. Makanan terdiri daripada butterworms, croach, cengkerik, mealworm, waxworms, superworms dan tikus merah jambu.
  • Tokek Mediterranean, Hemidactylus Turcicus - perumahan dan habitat liar, diperkenalkan sebagai spesies di USA.
  • Tokek Mourning, merupakan spesies asal Asia Timur dan Pasifik, Lugubris Lepidodactylus terdapat di dalam rumah atau di alam liar seperti di persekitaran perumahan. Ditemui juga di Hawaii, mungkin telah menjadi Polynesia awal. Spesies parthenogenic. Dilaporkan pernah dilihat memakan tokek yang lebih kecil.
  • Ptychozoon - genus dari tokek Arboreal dari Asia Tenggara, yang dikenali sebagai Flying gecko atau Parachute gecko, mempunyai sayap flaps  dari leher ke kaki atas untuk membantu menyembunyikan diri pada pokok dan diangkat sambil melompat.
  • Stump-toed gecko, Gehyra Mutilata (Peropus mutilatus) - biasa disebut sebagai Gheckl, boleh berubah-ubah warna dari sangat cerah sehingga sangat gelap untuk menyamai latar belakang. Ada di habitat hutan atau di lingkungan perumahan.
  • Tree gecko, Hemiphyllodactylus typus – Tokek pokok dan menghuni hutan.
  • Tokay gecko, Gekko tokek - besar, umum, tokek Asia Tenggara dikenali dengan pembawaan yang agresif, bunyi panggilan memikat kuat, dan mempunyai tanda-tanda warna cerah. ( Tokek yang menjadi buruan sekarang,,, dipercayai memiliki khasiat utk merawat AIDS,,, wallahu’alam)...
  • Western Banded gecko, Coleonyx Variegatus - Berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan barat laut Mexico.
  • Dwarf gecko, Sphaerodactylus ariasae – tokek asli kepulauan Caribbean, dan cicak paling kecil di dunia...

Mungkin ini sahaja yang dapat dikongsi bersama untuk mengenali apa itu tokek,,, dan segala kekurangan maklumat dimohon kemaafan dan komen yang membina amat dialu-alukan dan dihargai...

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani