Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Ayam Mutiara Betina...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, February 9, 2014 0 ulasan


Tahukah kita???

Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas... Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari...

ANAK AYAM MUTIARA PELBAGAI PERINGKAT UMUR UNTUK DIJUAL...

(KEDAH,,, PERLIS,,, PULAU PINANG,,, IPOH)

BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:

019-5671963 (ELYAS)


ATAU TERUS KE LOKASI DAN BOLEH RASA DAN TENGOK SENDIRI PROSES MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:

QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia

(Map ada di sidebar kanan)--------->>>

Anak ayam mutiara dan anak ayam kampung untuk dijual...

Dicatat oleh ELYAS Saturday, January 25, 2014 0 ulasan

Anak ayam mutiara dan anak ayam kampung untuk dijual... Lokasi Kedah,,, Perlis,,, Perak,,, Pulau Pinang...

 

BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:

019-5671963 (ELYAS)

ATAU TERUS KE LOKASI DAN BOLEH RASA DAN TENGOK SENDIRI PROSES MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:

QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>

Madu Kelulut QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Monday, December 30, 2013 0 ulasan

Kelulut di QudRiFarm diternak di dalam kawasan kawasan dusun buah-buahan yang dikelilingi persekitaran asli tumbuhan liar hutan,,, herba-herba dan bunga-bungaan liar serta tanaman...

DAPATKAN MADU KELULUT ASLI DI QudRiFaRm...
BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:
019-5671963 (ELYAS)


DAPATKAN JUGA MAKLUMAT TERKINI SERTA AKTIVITI DI PAGE QudRiFaRm...

ATAU TERUS KE LOKASI DAN BOLEH RASA DAN TENGOK SENDIRI PROSES MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:
QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>


Mengapa madu kelulut dipilih????
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.
Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).
“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan   nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

Jom Kenali Pokok : Pudina / Mint de QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, December 1, 2013 0 ulasan


Peppermint (Mentha x piperita)

Klasifikasi Scientific

Kingdom: Plantae

(unranked): Angiosperms

(unranked): Eudicots

(unranked): Asterids

Order: Lamiales

Family: Lamiaceae

Genus: Mentha

Binomial name

Mentha × piperita L.

Pudina/Mint atau Mentha (B.Latin) adalah tumbuhan genus termasuk kira-kira 25 species berasal dari Europah, Afrika, Amerika Utara and Asia. Tumbuhan ini tumbuh setinggi 2 hingga 3 kaki dan mengeluarkan batang bercabang empat sisi, daun bertentangan dan bunga kecil. Tumbuhan pudina mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan perubatan.

Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
  • mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
  • mentha aquatica untuk merawat cirit birit,
  • mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.

Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 

Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.
Sumber: Buku/pamplets/Wikipedia

Madu Kelulut dan Madu Lebah Liar Asli...

Dicatat oleh ELYAS Friday, November 8, 2013 0 ulasan

Madu Kelulut dan Madu Lebah Liar Asli...Kedah


ROSELLE : AWET MUDA SEMULAJADI...

Dicatat oleh ELYAS Friday, October 11, 2013 1 ulasan


BAGAIMANA AWET MUDA SEMULAJADI
Oleh: Muhd Rizal Baharom



Hari ini pelbagai produk makanan kesihatan yang ada dipasaran dikatakan dapat melambatkan proses penuaan atau awet muda. Tetapi dalam keghairahan menggunakan produk-produk ini ramai pula yang cuba mengambil kesempatan dengan cara yang salah. Penggunalah yang menjadi mangsanya. Sihat yang dicari sakit pula yang menjengah.

Sebenarnya Vitamin C amat diperlukan oleh tubuh sebagai bahan anti oksida dan pertahanan semulajadi. Tambah pula pada hari ini, pelbagai makanan segera yang mungkin mempunyai banyak radikal bebas dan seterusnya mempercepatkan lagi proses penuaan dan juga penyebab kepada pelbagai penyakit merbahaya.

Roselle atau Hibiscus sabdariffa mengandungi paras vitamin C yang sangat tinggi. Menurut kajian dalam setiap 100gm Roselle terdapat 280mg Vitamin C iaitu berkali ganda lebih tinggi berbanding anggur, limau, epal dan lain-lain. Menariknya di Sudan, jus Roselle telah diangkat menjadi minuman rasmi negara tersebut. 

Kini roselle amat mudah diperolehi dipasaran samaada dalam bentuk cecair mahupun kering. Kalau anda rajin Roselle amat mudah ditanam dan diselenggara. Ia boleh dibiakkan samaada melalui biji benih ataupun keratan.

Jadi,tak payah membazir wang, jom tambah Roselle sebagai salah satu menu dalam diet seharian kita. Ia bukan saja murah tapi juga lebih enak dan selamat jika masuk ke dalam tubuh. Jangan bertangguh lagi!  - JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Ayam Mutiara,,, Ayam Api-Api,,, Ayam Belanda...

Dicatat oleh ELYAS Sunday, September 29, 2013 6 ulasan

Ayam Mutiara di QudRiFaRm
Ayam mutiara,,, juga dikenali sebagai Pintade ,,, Faraona,,, ayam api-api,,, ayam belanda atau pegar Afrika merupakan burung liar yang kini kebanyakannya telah diternak dan dikomesilkan di ladang-ladang untuk pengeluaran daging… Dengan bintik putih yang menarik pada bulu kelabunya,,, seekor ayam mutiara matang mempunyai saiz yang sama dengan pegar (burung kuang),,, tetapi sedikit lebih kecil daripada ayam... Ayam mutiara kebanyakkannya adalah asli samada yang diternak atau liar…
  
Seekor ayam mutiara matang memiliki saiz yang agak kurus,,, bertekstur,,, daging putih seperti ayam tetapi rasa adalah lebih mirip kepada burung... Ciri-ciri ini menjadikannya sebagai pilihan di sesetengah restoran dan hotel…Kalau dilihat pada ayam mutiara yang sudah diproses,,, ia tidak mempunyai tendon di kaki dan paha,,, macam burung…

Stok Ayam Mutiara Dewasa/Anak utk Dijual (RM8 - RM50)

HUBUNGI/SMS:
019-5671963 (Qudri / Elyas)

Mudah untuk memasak dan mudah untuk dinikmati dalam pelbagai resipi kegemaran kita….

Selain mempunyai rasa daging yang enak,,, ayam mutiara juga mempunyai banyak kelebihannya… Antara kelebihan lain ayam mutiara adalah: -

Ia bertindak sebagai pengawal yang sangat cekap dan sentiasa berjaga-jaga dan mengeluarkan bunyi amaran atau menyerang secara berkumpulan apabila ada penceroboh seperti ular atau musang…

-Menjimatkan dari segi kos makanan berbanding ayam domestik lain…

-Mempunyai daya tahan penyakit yang kuat…

-Menghasilkan telur yang banyak dan mempunyai rasa yang sedap…

-Senang dibiakkan…

-Boleh dibela secara bebas atau berkurung (intensif)…

-Memiliki warna dan corak yang menarik serta pelbagai (coral blue,,, royal 
purple,,, lavenver,,, white,,, buff,,, porcelain,,, vulturine dll)…
-

DAPATKAN MADU KELULUT ASLI DI QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, September 5, 2013 0 ulasan

 DAPATKAN MADU KELULUT ASLI DI QudRiFaRm...


BOLEH HUBUNGI ATAU SMS:

019-5671963 (ELYAS)


ATAU TERUS KE LOKASI DAN BOLEH RASA DAN TENGOK SENDIRI PROSES MADU SEGAR DIAMBIL DARI SARANG DI:
QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->>>
Sarang madu kelulut di Qudrifarm
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Saiz botol madu kelulut asli di Qudrifarm
Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.



Artikel Penuh: utusan melayu

JUALAN AYAM DAN BURUNG SEMPENA RAYA 1434H...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, August 8, 2013 0 ulasan

Ayam,,, itik dan burung Untuk Dijual Sempena Aidilfitri 1434H: 
Burung Merak Dewasa Jantan,,, burung tekukur kampung,,, merbah jambul,,, anak ayam mutiara,,, anak ayam piru,,, anak itik nila,,, ayam sutera hitam,,, ayam mini cochin jantan,,, ayam hutan (kacuk),,, Ayam Laga...

Untuk dijual Burung Merbah jambul,,, chandek... (MAI PILIH SENDIRI DI LOKASI)
Untuk dijual Ayam Mini Cochin Jantan...
Untuk dijual Ayam sutera hitam (black silkie)...
SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG TAHUN BAGI JENIS AYAM/ITIK YANG DIBIAKKAN DI QudRiFaRm...

PM HARGA DI FB PAGE QUDRIFARM

HUBUNGI:
019-5671963 (Qudri / Elyas)

ANDA BOLEH DATANG,,, TENGOK DAN PILIH SENDIRI SEMUA YANG HENDAK DIJUAL DI LOKASI UNTUK  MEMILIH DAN JUGA HARGA YANG LEBIH MENARIK...

LOKASI:
QudRiFaRm Kuala Nerang,,, Padang Terap,,, Kedah,,, Malaysia
(Map ada di sidebar kanan)--------->
Untuk dijual anak ayam kampung,,, anak itik nila ( 2 peringkat umur),,, anak ayam piru,,, anak ayam mutiara...
Untuk dijual Ayam laga... (BOLEH MAI PILIH DI LOKASI)
Untuk dijual Merak Jantan Dewasa...

Khasiat Daging Burung Merpati...

Dicatat oleh ELYAS Friday, August 2, 2013 0 ulasan

Apakah Khasiat Daging Burung Merpati??? 

Bagi penggemar daging burung,,, terutama burung-burung liar,,, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung merbah,,, ruak-ruak,,,puyuh dan lain-lain... Daging burung merpati mengandungi protein,,, lemak,,, kalsium,,, fosforus dan kalori... Ia sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama bagi kanak-kanak... 

Daging burung merpati telah lama digunakan oleh generasi terdahulu sehingga kini... Tetapi daging burung merpati kini sukar diperolehi di pasaran tempatan... Berbeza bagi negara seperti Perancis,,, Amerika,,, Itali,,, Maghribi,,, Mesir dan beberapa negara di Asia... Ia sangat mudah didapati,,, seperti mana kita melihat ayam hidup yang dijual di pasar-pasar tempatan... 

Pengalaman QudriFaRm,,, membeli daging segar burung merpati di pasar Souq Hayyu Thamin (seksyen 8) Kaherah,,, seperti kita membeli ayam hidup di pasar pagi... Di sana kita dapat memilih burung-burung merpati hidup dari dalam sangkar... Setelah memilih burung merpati yang dijual itu tadi akan disembelih dan dibersihkan sebelum dibawa pulang untuk dimasak... Burung merpati untuk daging sangat mudah didapati di mana-mana pasar di seluruh Mesir... 

Sifat daging merpati adalah panas dan basah... Daging merpati liar lebih tinggi sedikit tingkat kebasahanya... Namun anak burung merpati yang dipelihara adalah lebih tinggi sifat basah pada dagingnya...Burung merpati muda yang sedang berkembang lebih ringan dagingnya dan lebih berkhasiat...

Kebanyakkan merpati yang diternak untuk daging adalah dari jenis merpati Carneau,,, French Mondaine dan King...

Cara untuk menikmati daging burung merpati ini boleh pelbagai variasi mengikut selera masing-masing... Namun,,, cara terbaik untuk mnikmati kesegaran daging merpati dan khasiatnya,,, sangatlah digalakkan kita untuk memasak sebagai masakan sup burung merpati...

Dikatakan amalan memakan burung merpati jantan adalah berkhasiat untuk membantu mengubati penyakit-penyakit seperti penyakit lembik,,, penyakit kebas-kebas badan dan penyakit lumpuh...

Sedikit perkongsian pengalaman dan penerbitan semula...

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani