Gambar arnab yang diternak sebagai hobi di QudRifaRm...
Berita baik,,, dari Qudrifarm :
Sejumlah 20 ekor ayam piru dewasa... (SOLD)
Berat purata: 3.5kg - 4.0kg seekor (betina)
Stok baru 500 ekor untuk raya puasa (dah ditempah customer)...
Anak Ayam Kampung Ori,,, Ayam Kampung Kacukan dan 20 ekor ayam piru...
Stok sediada cuma 100 ekor lagi bersaiz 1kg dan keatas untuk ayam kampung kacuk sahaja (masih ada stok)...

Jom tukar Profile Picture Kita. Save image,,, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop...
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini...
Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka,,, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang,,, hak lawatan,,, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa…
NAKBA = bencana besar atau malapetaka...
NAKBA PALESTIN = Negara Haram Israel telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948 yang menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa... Ini merupakan tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa...
KESANNYA - lebih 60% rakyat Palestin diusir keluar negara dan penindasan terus berlaku terhadap rakyat Palestin sehingga hari ini...
Sedikit info tentang ikan Patin
Nama: Ikan Patin
Nama saintifik:
Pangasius Sutchi
Habitat: Mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong...
Ciri-ciri: Mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan,,, tidak bersisik dan lembut...
Diet: Anak-anak ikan,,, buah-buahan sungai,,, udang dan bangkai binatang... Ikan yang diternak seperti dalam gambar nie diberi makan perut ayam proses,,, roti dan dedak je...
Nama : Burung ciak rumah, Tree Sparrow, nama saintifik Passer Montanus.
Makanan : Biji-bijian dan serangga.
Habitat :Kawasan terbuka, sawah, padang rumput, kawasan belukar bangunan-bangunan.
Ciri-ciri :
Memiliki warna coklat di atas kepala, dada sehingga hujung ekor berwarna coklat yang lebih cerah. Pipi berwarna putih dan ada tompokan hitam dengan paruh berwarna hitam dan memiliki sayap berwarna coklat dengan garis hitam dan putih.
Burung ini biasanya lebih banyak bersarang di rumah-rumah dan bangunan berhampiran manusia. Pembiakan biasanya menghasilkan anak 4 sehingga 6 ekor sekali penentasan.
Oleh sebab tak dapat ikan banyak masa mancing kat QudRifaRm,,, adik2 aku n the gang telah memulakan operasi "Balas Dendam" memancing di kolam berbayar pulak...
Operasinya bermula jam 11 malam,,, dengan bersenjatakan 4 joran dan lain-lain kelengkapan...
Tapi aku balik awal sebab ngantuk dah... Gambar ni saja yang sempat aku ambil... Yang lain tue aku ambil gambar lepas keluar dari peti ais je...
(Date setting camera problem)
* Petua memancing di kolam berbayar,,, jangan memancing selepas pertandingan memancing :)



