Entri kali ini berkaitan pokok keladi bunting dan fungsinya dalam pelbagai bidang seperti pertanian,,, penternakan dan perikanan...
Keladi bunting atau nama saintifiknya Eichornia crassipes merupakan sejenis tumbuhan akuatik (yang hidup dalam air)... Sesetengah orang memanggiln
ya sebagai pokok kemelin,,, orkid air atau Water Hyacinth... Keladi bunting adalah sejenis tumbuhan akuatik terapung dan mampu membiak dengan cepat...
Tumbuhan air ini dipecayai berasal dari Amerika Selatan ini... Dari segi rupa bentuk ia mempunyai bunga yang seakan-akan orkid dengan enam kelopak berwarna ungu atau merah jambu keputihan (boleh tengok gambar)...
Macam mana pula ia berfungsi dalam pertanian,,, penternakan dan perikanan???
Bagi penggemar tumbuhan hiasan,,, keladi bunting akan dipilih sebagai hiasan dalam pasu atau kolam kecil di pojok taman mini atau tempat takungan sebagai hiasan akuatik atau untuk memelihara ikan guppy atau ikan-ikan kecil lain...
Dengan kehadiran plankton-plankton yang hidup pada akar-akar pokok keladi bunting menjadikan ianya sumber makanan ikan-ikan yang dipelihara di dalam kolam atau takungan...
Selain daripada menjadi tempat persembunyian dan pembiakan ikan,,, keladi bunting juga berfungsi sebagai agen penuras air... Akar-akar keladi bunting yang banyak berfungsi menyejukkan dan menjernihkan air...
Teknologi alam sekitar kini lebih tertumpu bagaimana memastikan persekitaran yang ‘rosak’ dibaik pulih secara semula jadi... Tumbuhan akuatik yang biasanya tumbuh meliar memenuhi permukaan kolam,,, seperti keladi bunting kini dimanfaatkan sepenuhnya sebagai agen rawatan bagi air yang kotor atau terbiar...
Akar keladi bunting akan menyerap bahan tercemar daripada air atau tanah sebagai nutrien... Bahan cemar tersebut akan tersimpan dalam bentuk organik atau bukan organik pada bahagian akar,,, batang atau daun...
Ia kemudian diubah menjadi bahan ringkas yang kurang berbahaya di dalam pokok,,, atau menjadi wap dan gas yang dilepaskan ke udara semasa proses respirasi...
Terkini,,, selain digunakan sebagai hiasan dan rawatan semulajadi air,,, daun dan batang keladi bunting juga dijadikan bahan makanan untuk penternakan haiwan seperti lembu dan kambing bahkan untuk penternakan ikan termasuk ikan hiasan...
Subhanallah,,, setiap ciptaan Allah s.w.t. mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat... Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik... Kemudian dari pelbagai ciptaan-Nya itu disertakan khasiat yang tersendiri...
Tiada suatupun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia... Allah s.w.t. memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya...
*Petua tanam kemelin,,, gunakan buluh atau paip untuk mengelakkan anak dan pokok kemelin memenuhi keseluruhan kolam...
*Lokasi Kolam @ Qudrifarm...
renjer kalau pegi memancing selalu jumpe pokok keladi bunting ni :P
Ikan memang suka main kat tempat yg banyak pokok nie... kat kolam ikan sy ada juga diletakkan pokok nie...
Kenapa pokok keladi bunting yang dalam mini kolam saya yang asal subur menjadi layu dan daun berbintik-bintik putih.
saya perlukan pokok keladi bunting... dari siapa saya boleh membelinya... maklum balas maar2388@yahoo.com
Saya perlukan juga pokok keladi bunting, sesiapa yang ada menjualnya sila hubungi saya 0123516821 terima kasih.
Saya tanam sebagai hiasan kat aquariam
Tinggal akar je dikerja kan kura2.suka dia makan hmmmmmm