Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Daging Kambing atau Biri-biri...

Dicatat oleh ELYAS Thursday, October 18, 2012

Kambing
Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan 'kambing biri-biri' itu adalah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Namun rupa dua jenis ternakan itu hampir sama. Yang membezakannya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk daging serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu. 


Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon. Daging biri-biri diberi nama mutton. Istilah lamb ialah untuk biri-biri yang disembelih pada umur muda. 

Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah di kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau. Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Kebiasaannya kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri dengan harga yang jauh lebih rendah dari daging kambing. Sebab itu daging biri-biri menjadi pilihan pengusaha makanan, hotel dan restoran berbanding daging kambing. 

Biri-biri
Sama ada disedari atau tidak, ramai pengusaha makanan, hotel dan restoran melabelkan lauk biri-biri mereka sebagai lauk kambing dalam bahasa Melayu tetapi menggunakan label mutton dalam bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah jika masih ramai rakyat Malaysia memberi persepsi salah yang daging kambing mempunyai banyak lemak. 

Beberapa pasar raya masih tidak menandakan daging kambing dengan tepat. Pengunjung pasar raya dan pembaca akhbar harian boleh terkeliru kerana istilah 'mutton' diterjemahkan kepada 'daging kambing' oleh beberapa pasar raya besar pada rak-rak jualan dan pada iklan-iklan dalam akhbar harian tempatan. 

Kesilapan tersebut boleh membawa tindak balas negatif bagi promosi makan daging kambing kerana apabila dimasak mutton (yang disangka sebagai daging kambing) kelihatanlah kehadiran lemak yang nyata. 

Faktanya ialah daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging biri-biri. Kambing baka komersial yang dibawa masuk ke negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan banyak melambangkan pengaruh kolonial iaitu Inggeris.

Pengaruh Inggeris terbukti dengan kemasukan baka-baka kambing Eropah yang berbadan lebih besar dari baka Katjang iaitu baka tempatan. Antara baka-baka kambing Eropah ini ialah Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian. Baka Jamnapari pula dibawa masuk dari sebuah lagi koloni Inggeris, iaitu India. Pada hakikatnya ternakan dari negara bermusim seperti Eropah terdedah kepada tegasan haba dan menjadi kurang produktif bawah sistem-sistem tradisional berbanding dengan baka Katjang. 

Kajian saintifik telah membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih rendah dari daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur kurang dari setahun. Kandungan lemak pada daging kambing adalah antara dua dan tiga peratus sahaja. 

Daging biri-biri pula mengandungi lemak antara 12 ke 13 peratus. Ini bertambah jelas dengan tiadanya lemak pada keratan daging kambing. Di sebaliknya, pada keratan daging biri-biri lapisan-lapisan lemak yang tebal amat ketara. 

Oleh yang demikian fobia atau ketakutan untuk makan daging kambing adalah tidak berasas jika dikaitkan dengan kandungan lemak. Adalah tidak rasional juga dikaitkan daging kambing dengan penyakit darah tinggi kerana kandungan lemak yang rendah ini. 

Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis. Bagaimanapun, kambing jantan muda tidak berbau hamis. Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional. 

Teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosidur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. Cara demikian dapat memastikan aroma hamis tidak terdapat dalam kandang kambing. 

Artikel Penuh: Agrobiz

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani