Sifat anak ayam piru terutama yang berumur 1 – 15 hari sangat
sensitif pada persekitaran… Sebagai permulaan saya membeli anak ayam piru yang
berusia 2 minggu dan ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian…
Nyamuk adalah musuh utama anak ayam piru (Ayam piru yang besar pun x tahan juga klau
nyamuk banyak dan besar)... Sekali kena gigit biasanya akan terkena
penyakit puru… Jadi sebagai ikhtiar kita boleh guna jaring halus atau kelambu
atau cahaya mentol untuk kurangkan masalah nie… Lampu mentol (oren) juga dapat
mengelakkan nyamuk pada waktu senja sehingga subuh…
Untuk jagaan yang sistematik,,, seboleh-bolehnya anak ayam
ini jangan dibela di atas tanah… Seelok-eloknya,,, anak ayam dipelihara dalam reban
yang tertutup atau kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol 40 - 60 watt...
Kalau musim panas,,, kurangkan watt mentol yang digunakan... Kalau reban
terbuka sediakan penutup (tirai) supaya tiada angin luar yang masuk terutama pada
waktu malam…
Bagi yang tinggal berhampiran bendang,,, boleh guna jerami
padi sebagai pelapik lantai kerana ia penyimpan haba yang baik…
Jerami lapik lantai elok disembur dengan larutan antibiotik
dettol untuk elak jangkitan bakteria terutama dalam keadaan lembab... Bersihkan
lantai perumah setiap hari,,, sebab najis terkumpul akan membebaskan gas
ammonia dan boleh akibatkan penyakit pneumonia (pucat)…
Gunakaan air yang tidak berklorin dan boleh campurkan
vitamin atau antibiotik dalam air untuk menguatkan anak ayam...
CADANGAN PEMELIHARAAN
MENGIKUT UMUR
Umur 1 Hari hingga 2
minggu
Anak ayam dipelihara
dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas...
Makanan permulaan Gold Coin 201C, Cargill 901C atau Hong Lee
501C atau lain-lain untuk anak Ayam Air yang secukupnya...
Jaring anti nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi
mengelakkan penyakit puru dan lain2 lagi...
Umur 2 minggu hingga
4 minggu
Anak ayam sudah boleh tidak diberikan lampu (nak guna lg pun x pa)...
Dedak halus dicampur jagung halus sudah boleh di berikan
beransur-ansur...
Boleh dipindahkan dari brooder
ke reban didik bagi menjaga kebersihan...
EM disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan
amonia...
Umur 2 bulan
Anak ayam sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur...
Dedak kasar atau dedak penggemuk (grower) boleh diberikan...
Pada masa ini lebihan makanan dan rumput napier boleh
diberikan kepada ayam piru supaya isinya kental dan sihat....
Elakkan memberikan sisa makanan yang berminyak...
0 ulasan