Jumpa Kami di Facebook

Popular Posts

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Antara Ternakan @ Qudrifarm

Angsa Putih

Angsa Putih

Angsa

Angsa

Ayam Kampung

Ayam Kampung

Ayam Piru

Ayam Piru

Button Quail

Button Quail

White Quail

White Quail

Lavender Guineafowl

Lavender Guineafowl

Guineafowl

Guineafowl

Itik Nila/Serati

Itik Nila/Serati

Itik Kampung

Itik Kampung

Kambing

Kambing

Bebiri

Bebiri

Ikan Tilapia

Ikan Tilapia

WELCOME

About Me

My Photo
ELYAS
Semua penulisan dan catatan adalah sebagai peringatan dan panduan masa akan datang untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... Hanya sekadar nota yang dikumpul,,, (((sekiranya berkaitan agama ianya dipetik dari pandangan para ulamak,,, bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai sumber lagi dan program yang telah aku ikuti atau laksanakan dalam simpanan blog ini... Wallahu'alam...
View my complete profile

Tanaman Cili Padi @ QudRiFaRm...

Dicatat oleh ELYAS Wednesday, April 17, 2013


Lama dah tak tulis cerita pasal tumbuhan,,, jadi hari nie ada sikit masa dan info nak aku kumpulkan...

CARA-CARA MENYEMAI DAN MENYEDIAKAN BENIH CILI PADI...

1. Dapatkan benih cili padi dengan membeli anak benih dari kedai atau tanaman yang sedia ada...

2.Cili padi tersebut hendaklah dikeringkan terlebih dahulu dengan cara di jemur di bawah pancaran cahaya matahari...

3.Setelah kering cili tersebut hendaklah dipecahkan (buang kulit) untuk mengeluarkan bijinya dan kemudian direndam didalam air lebih kurang 4 jam...

4.Kemudian ianya di toskan dan dikeringkan di kawasan yang teduh dan kemudian di biarkan selama 2 hari supaya ianya betul-betul kering dan disimpan didalam bekas yang kedap udara seperti botol yang bertutup...

5.Dapatkan tanah bakar yang telah di simpan selama seminggu (ini perlu kerana tanah bakar yang baru akan mengakibatkan pokok tanaman menjadi kering kerana ianya masih panas)...
Alhamdulillah,,, hasil minggu ini...

6.Dapatkan baja organik dan tanah pasir (baja organik seperti dari ladang ternakan ayam,,, itik,,, lembu atau kambing)...

7.Sediakan bekas untuk penyemaian biji benih seperti tin kosong atau bekas-bekas plastik terpakai yang sesuai (bekas tersebut perlu ditebuk untuk mendapatkan dasar yang berlubang supaya air dapat mengalir keluar semasa proses penyiraman biji benih)...

8.Bahan seperti tanah bakar,,, baja organik dan tanah pasir hendaklah dicampurkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas tadi dan kemudianya disiram supaya ianya lembap (campuran tersebut mengikut nisbah 1:1:3 )...

9.Biji benih yang telah disediakan hendaklah ditabur dipermukaan tanah tersebut dan kemudiannya disiram dan hasilnya akan nampak setelah seminggu... InsyaAllah...

CARA MENANAM

1.Biji benih yang telah tumbuh hendaklah dibiarkan selama 1 bulan di dalam bekas semaian sehingga mencapai ketinggian 150cm atau 6 inci...

2.Kemudian ianya bolehlah dipindahkan ke tapak tanaman atau dalam polybeg yang diisi dengan campuran seperti penyediaan tapak semaian... 

3.Cili padi adalah salah satu campuran utama dalam masakan masyarakat di Malaysia dalam kebanyakkan penyediaan makanan harian... Disamping untuk kegunaan sendiri,,, hasil yang diperolehi boleh diasarkan untuk pendapatan sampingan...

* Lagi pedas lagi sedap...
* Lokasi gambar @ QudRiFaRm Jitra (bekas tapak lama projek bela ayam,,, itik dan arnab)...

0 ulasan

Post a Comment

Pertanyaan atau tempahan

Boleh Hubungi:

SMS atau Call
019-5671963

Labels

Blog Archive

Jejak Usahawantani