Baka Asal Phoenix di QudRiFaRm |
Ayam Phoenix telah terhasil di Eropah melalui penyilangan
baka ayam Onagadori dari Jepun dengan beberapa jenis burung atau ayam yang
biasa digunakan dalam proses penyilangan... Terdapat tiga warna yang diiktiraf
oleh APA iaitu Silver,,, Golden dan Black-Breasted Red… Namun terdapat juga
dalam pelbagai warna lain akibat daripada aktiviti penyilangan oleh para
pentenak…
Ayam Phoenix memiliki ekor yang panjang dan akan bersalin
kulit setiap 1 atau 2 tahun... Ekor ayam Phoenix boleh mencapai sehingga 2 atau
3 kaki panjang atau lebihbergantung kepada pengurusan oleh penternak… Anggar
perlu diletakkan supaya bulu ekor tidak rosak menyentuh atau mencapai tanah…
Ciri-ciri ayam Phoenix dapat dilihat melalui penampilannya
seperti burung kuang,,, cuping telinga berwarna putih,,, balung tunggal dan
kaki berwarna slate... Ayam jantan
memiliki ekor yang mendatar berbanding ayam betina yang lebih tinggi sedikit...
Ayam Phoenix memiliki telur bersaiz sederhana dan bersifat mengawal kerana sering
merenung sarangnya...
Ia juga tergolong dalam spesies burung yang aktif dengan
kemahiran terbang yang baik dan dapat cekap mencari perlindungan atau melarikan
diri dari pemangsa dengan baik...
Penjagaan ayam Phoenix sama seperti ayam lain… Tetapi ia sebaik-baiknya
dikurung dalam reban yang besar dan bersih untuk mendapatkan pertumbuhan ekor yang
cantik dan sihat… Anggar juga boleh diletakkan supaya ekornya tidak pecah atau meleret
terkena najis dan kotoran lantai…
Detail
|
Value
|
Breed Purpose
|
Ornamental
|
Comb
|
Single
|
Broodiness
|
Average
|
Climate Tolerance
|
Heat
|
Egg Productivity
|
Low
|
Egg Size
|
Small
|
Egg Color
|
White
|
Breed Temperament
|
Aggressive,Friendly,Wild /
restless,Flighty,Easily handled,Calm,Bears confinement
well,Noisy,Quiet,Shy,Docile
|
Breed Colors/Varieties
|
Silver,Silver
Duckwing,Golden,Golden Duckwing,Black,White,Black-Breasted Red,Golden Black
Blue Gold Duckwing,Variegated, others.
|
Breed Size
|
Large Fowl
|
APA/ABA Class
|
Single Comb Clean Leg
|
0 ulasan