“Dalam dusun kita rumput pun boleh
dimakan…”
AYAM, ITIK DAN AYAM MUTIARA SEBAGAI
EJEN KAWALAN BIOLOGI DI QUDRIFARM
Kesedaran awal tentang bahaya baja
dan racun kmia selalu diingatkan kepada kami semasa kecil… Ayahanda selalu
menyebut dan mengingatkan kami bahawa “Dalam dusun kita rumput pun boleh
dimakan…” Kami dari kecik diajar
untuk menebas atau memotong rumput dengan mesin dan sekali-kali tidak boleh
menggunakan racun…
Sebagai petani kecil-kecilan usaha pertanian
organik ini mungkin hanya dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar sahaja…
Tetapi sedikit perkongsian ini mungkin
adalah lebih luas hasilnya untuk dimanfaatkan bersama…
Apa yang dipraktikkan di QudRiFaRm
dalam mengawal rumpai dan serangga perosak selain menebas dan memotong
rumput???
Mungkin teman-teman di laman facebook
dan page QudRiFaRm merasa hairan atau menganggap sebagai ia sebagai rojak
apabila melihat gambar dan aktiviti yang dikongsikan kadang-kadang
bercampur-campur antara ternakan dan tanaman…
Kadang-kadang gambar dan cerita yang dikongsi adalah ayam,,, itik atau ternakan,,,, dan
kadang-kadang pula segala macam pokok-pokok dan tanaman… Kenapa???
Sebenarnya itulah maksud yang hendak saya kongsikan disini antara
kegunaan dan peranan yang dimainkan oleh setiap ternakan dan tumbuhan dalam
ekosistem… Setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t kepada kita sepatutnya dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya…
Kesedaran kita juga penting supaya
kita tidak terlalu bergantung kepada bahan-bahan yang boleh mencemari diri kita
secar tidak kita sedar… Berapa banyak bahan-bahan kimia dan merbahaya dalam
daging,,, ayam dan itik yang kita makan??? Berapa banyak pula dalam
sayur-sayuran yang kita anggap perlu untuk kesihatan tetapi sebenarnya telah
dicemari racun-racun kimia merbahaya???
Sebenarnya setiap tanaman dapat
dimanfaatkan untuk ternakan atau tanaman lain yang kita usahakan dan sebaliknya
juga peranan ternakan untuk tanam-tanaman kita…
Kami di QudRiFaRm telah memanfaatkan ternakan seperti ayam,,, itik,,, dan ayam mutiara (ternakan
ruminan dll juga) sebagai agen kawalan biologi yang paling berkesan dalam mengawal serangga,,, siput dan rumpai
sejak diusahakan pada tahun 1980 lagi…
Kawalan biologi merupakan satu kaedah
jangka panjang dalam memastikan sumber dan hasil kebun yang diperolehi bebas
baja kimia dan racun kimia yang memudaratkan diri kita secara perlahan dan
tidak disedari…
Biarpun sedikit usaha kita walaupun hanya
bertani di kawasan rumah atau terhad penggunaan baja dan racun kimia patut
dielakkan sebolehnya…
Ayam mutiara dipilih kerana
keberkesanannya untuk kawalan serangga dan tidak mengganggu tanaman,,,
buah-buahan dan semaian di kebun... Ayam mutiara juga kurang merosakkan
buah-buahan berbanding ayam kampong… Sifat aktif dan riuh rendah ayam mutiara
dalam kebun juga menjadikan suasana dusun tidak sunyi dan amaran awal bagi
pencerobohan orang luar,,, anjing,,, musang atau ular di dalam kebun atau dusun
tidak kira siang atau malam… Ayam mutiara juga merupakan peronda yang aktif tak
kira tempat samada kawasan padang yang lapang atau semak samun yang terlindung…
Kadang-kadang sampai atas bumbung stor dan bangsal reban pun boleh jadi tempat
untuk meronda…
Itik (angsa,,, nila,,, kampung) pula
dilihat lebih suka dalam memburu serangga
seperti lalat atau serangga yang merayap perlahan seperti siput… Keberkesanan
itik dalam kawalan siput diperakui oleh banyak pekebun organic… Tak kira samada
siput-siput di darat ataupun dalam air habis disudunya… Rumput rumpai yang
berada di dalam kolam atau longkang juga dapat dikawal oleh itik secara organic
selain peranan ikan-ikan yang diternak…
Bagi ayam kampung yang banyak
dipelihara oleh petani,,,ia sebenarnya telahpun diketahui umum dapat dimanfaatkan
untuk penghasilan baja organic yang subur untuk tanaman… Sifat yang lebih
cenderung untuk meneroka kawasan belukar atau berhampiran rumah menjadikan ayam
kampong lebih jinak dengan kita berbanding ayam mutiara… Namun ayam kampung
dapat memberikan kawalan dalam kawasan yang lebih luas berbanding itik untuk
kawalan siput,,, serangga perosak dan rumpai… Sifat ayam kampung yang hampir
sama aktif dengan ayam mutiara juga
kadang-kadang menjadikan mereka gabungan satu kumpulan yang besar apabila
meronda bersama-sama dalam kawasan kebun atau dusun…
Selain sebagai agen kawalan serangga
dan biologi,,, ternakan ayam ayam,,, itik dan ayam mutiara juga dapat
memberikan hasil sampingan untuk sumber makananyang sihat dan selamat seperti
daging dan telur…
SEDIKIT USAHA DAN KESEDARAN KITA SEBENARNYA BANYAK MEMBANTU
DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN… InsyaAllah…
0 ulasan