Apa itu Black Soldier Fly???
Ialah sejenis lalat
dari keluarga Stratiomyidae dengan nama saintifiknya Hermetia
illucens... Ia menjadi satu topik yang sering dibincangkan dalam pertanian organik...
Ia sering dikaitkan dengan keupayaannya untuk menukar sisa makanan ke dalam
produk berguna (kompos) dalam masa yang singkat...
Bagaimanakah rupanya???
Seperti namanya,,,
ia memiliki badan yang berwarna hitam,,, berbentuk lebih hamper kepada
penyengat,,, tidak memiliki sengat,,, berbentuk lonjong dan badan panjang
berbanding lalat rumah...
Apakah makanan BSF???
Sebenarnya BSF ini
tidak makan,,, tetapi larvanya boleh makan hampir semua bahan organik... BSF
hanya akan minum air... Contoh makanan Larva BSF (BSFL) adalah: sisa makanan,,,
sisa pertanian,,, bangkai,,, baja dan lain-lain...
Adakah ianya merbahaya kepada manusia???
Secara umumnya BSFmenjauhkan
diri daripada manusia.... BSF tidak makan,,, tidak menyengat atau beracun,,,
jadi ianya benar-benar tidak merbahaya kepada manusia... Cuma bagi penternak
kelulut,,, ianya tidak digemari kerana ia boleh memusnakan koloni kelulut yang
diternak dengan memakan madu,,, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam
proses pembesarannya... Keseluruhan
koloni boleh terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva
ini...
Berapa lamakah jangkahayat BSF???
BSF dewasa hidup
untuk tempoh 5-8 hari... Dalam tempoh ini,,, ia mencari pasangan dan bertelur...
Telur-telur mengambil masa 4 hari untuk menetas dan kemudian larva akan
mengambil masa kira-kira 2 minggu sebelum mereka bersedia untuk matang...
Apakah manfaat BSF???
BSF di peringkat larva pra-pupa adalah
super protein yang tinggi kepada ternakan... Satu meter persegi BSFL akan makan
15 kg setiap hari dan menukar sisa ini kepada nutrien (45% protein)... Larva
ini boleh diberi makan kepada ternakan seperti ayam,,, reptilia,,, burung,,,
ikan dan lain-lain... Hasil sisa yang dikompos oleh BSFL pula boleh dijadikan
baja organik yang menyuburkan tanaman dan tidak mematikan tanah seperti baja
kimia...
Di QudRiFarm kami menggunakan sisa
hampas kelapa dan kaedah tayar terpakai untuk mendapatkan larva BSF sebagai sumber
protein ternakan kami...
Amat bagus penerangan ni tapi bileh x detail sikit tentang menggunakan hampas kelapa dan kaedah tayar tu?? Saya kurang jelas tentang tu
Amat bagus penerangan ni tapi bileh x detail sikit tentang menggunakan hampas kelapa dan kaedah tayar tu?? Saya kurang jelas tentang tu
Assalamualaikum & salam sejahtera
Pihak kami membuat kajian saintifik berkaitan pembiakbakaan dan teknologi digunapakai dalam industri ayam kampung, menghasilkan makanan ternakan organik daripada teknologi black soldier fly larvae (BSFL) dan menganjurkan latihan industri untuk badan kerajaan dan swasta, institut pendidikan dan pensendirian sejak tahun 2012 hingga sekarang. Maklumat lanjut boleh layari http://bit.ly/ekofarmmalaysia terima kasih.