POKOK HANYIR IKAN
Cukup sekadar terpijak daun atau dipegang bahagian daun pasti akan ada bau seperti hanyir ikan yg keluar dari daun ini... 🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃🐠🍃
Pokok hanyir ikan ini merupakan tanaman yg tumbuh melata seperti tanaman pegaga atau kaduk,,, ia menyembunyikan bahagian dahan yg akan memegang dan berada dalam tanah...
Bahagian daun sahaja yg akan keluar di permukaan dan akan mengeluarkan bau yg kuat jika terpijak atau dipetik... 😣🌱😣🌱😣🌱 😣🌱😣🌱😣🌱😣🌱😣🌱😣🌱
Pokok hanyir ikan bukan sekadar dijadikan tanaman penutup bumi,,, ia juga cantik dijadikan tanaman hiasan gantung... Bunganya berkelopak dan bewarna putih menjadikan bunganya terserlah apabila berbunga...
Tahukah kita,,, pokok hanyir ikan sudah lama dimanfaatkan sebagai bahan masakan dan perasa seperti sup ikan dan sup sayur disamping manfaat tradisional bagi masalah pernafasan...
Bagi para petani di pedalaman dan tanah tinggi,,, daunnya yang dihancurkan akan diletakkan di dalam bubu bagi menarik masuk ikan ke dalam perangkap ikan yang ditahan...
Selain penggunaan secara tradisional,,, kini terdapat produk-produk kesihatan berasaskan pokok hanyir ikan ini yang dijadikan teh untuk manfaat masalah pernafasan dan berkaitan peparu... Tetapi baunya boleh tahan sama seperti daun segar juga 🍵😣🍵😆🍃😆🍃😆 Siapa pernah dan hendak cuba???
Selain itu,,, ia juga merupakan bahan yang boleh dijadikan campuran secara organik dalam menyediakan bahan pengawal serangga semulajadi di taman herba kami...
Rakaman menunjukkan pokok hanyir ikan yg subur selepas hujan di laman herba Paya Asli Herbal Valley Qudrifarm,,, Kuala Nerang,,, Kedah,,, Malaysia...
QudRiFarm ORGANIK-HIJAU-SELAMAT
0 ulasan