Selain
penggunaan incubator sendiri atau upah eram,,, QudRiFaRm juga menggunakan induk
asal bagi proses pengeraman telur ayam dan itik…
Anak-anak ayam kampung ori,,, ayam sabung/ayam laga,,, itik
serati/nila,,, dan baka-baka terpilih yang terdapat di QudRiFaRm kebanyakkannya
dieramkan secara semulajadi (dieramkan oleh induk ayam/itik) bagi mengekalkan
kualiti dan keaslian baka yang akan ditetaskan...
Peringkat pertama,,, dalam masa sehari atau dua hari,,, hanya
air disediakan untuk anak dan induk dalam reban didik…
Selepas tue,,, pada
hari berikutnya pula bolehlah mesti bagi makan kat anak dengan induk
ayam tue… Bagi dedak anak (dedak permulaan)…
Lepas seminggu dua pula,,, masa untuk induk dipisahkan dari anak-anak
ayam… Kembali ke kawasan reban besar…
Tujuan dia sebab kita nak
bagi masa rehat yang cukup bagi induk ayam,,, supaya nanti dapat menghasilkan
baka yang berkualiti pada masa akan datang… InsyaAllah…
*Belajar dan praktik,,, insyaAllah Berjaya…
0 ulasan